Halaman

Selasa, Januari 22, 2013

PERMOHONAN VISA UMRAH

JOMUMRAH sama-sama kita mengerjakan UMRAH dengan cara yang murah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3000.00 Jom sama sama kita mengerjakan Ibadat UMRAH tanpa mengambil untung dengan menggunakan syarikat penerbangan tambang murah. Sewa bilik sederhana yang boleh di dapati di Mekah atau Madinah dan pengangkutan di Mekah dan Madinah secara bijaksana.


PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH


Passport Malaysia  
Passport Malaysia

Para jemaah perlu menyediakan:
Dokumen 1, 2, 3 & amp; dokumen tambahan mengikut keperluan
1- Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
2- Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% .
3- Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

PENGUMUMAN
PERATURAN BARU PERMOHONAN VISA UMRAH YANG DITETAPKAN OLEH KEDUTAAN ARAB SAUDI

Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 46 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah JIKA TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.
Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen
diperlukan :-
1.Suami – surat nikah;
2.Bapa kandung – surat beranak;
3.Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4.Bapa saudara kandung – surat beranak wanita,surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5.Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI WARGA ASING ( PEMBANTU RUMAH )

1. Salinan permit kerja yang sah dan tempoh sah lakunya tidak kurang dari 6 bulan
2. Mempunyai nama bapa di dalam passport
3. Diiringi oleh majikan yang sah
Blogger tidak boleh bertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan –peraturan tersebut di atas.

2 ulasan:

  1. Macamana nak mengerjakan umrah backpacker, nak dapat visa saja sudah tak dapat kalau mohon sendiri, nak guna khidmat travel agen, belum terjumpa yang sanggup buat. Jadi di mana boleh dapat VISA UMRAH

    BalasPadam
  2. 2:15 ptg
    kalau kita mahu lakukan umrah dan telah di jemput mengunjungi baitullah, pasti ada caranya untuk menyelesaikan perkara visa tu. percayalah

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda setelah membaca artikal di dalam web ini. Dengan komen itu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan sila kunjungi lagi web ini.