Halaman

Jumaat, Julai 04, 2014

Umrah Persendirian

Jan 2014
Catatan Persediaan UMRAH PERSENDIRIAN/private kami..


Andai di izinkanNya, inilah pertama kali kami mengerjakan umrah secara beramai-ramai (keluarga) secara Persendirian bersama-sama ibu dan adik beradik sebagaimana impian bagi setiap orang.

Memang kalau di rancang dengan betul tidak pulak menemukan jalan cuti yang sama dan sebagainya (tidak seperti kebiasaan percutian keluarga kami sebelum ini). Entah kenapa kali ni tiba-tiba je kami dapat kata sepakat.

Paling gembira ibu saya juga turut serta kerana. InsyaAllah..

Hampir semuanya kami uruskan sendiri tanpa pakej umrah dari mana-mana agent kecuali perkara visa..

Berikut beberapa catatan tak seberapa yang saya tulis di sini, sebagai kenangan kepada ahli keluarga dan anak-cucu yang mungki suatu masa akan menunaikan umrah cara persendirian seperti yang kami lakukan ini, catatan ni juga bagi mengelak terlupa proses dan perjalanan. Mungkin juga menjadi panduan pada yang lain yang berhajat melakukan umrah cara persendirian sebagini..



Dokumen yang perlu:
  1. Pastikan passport tempoh sah laku passport 6 bulan dari perjalanan kita. Beserta 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar visa yang diperlukan 4 keping. Latarbelakang berwarna putih.
  3. Buku/Sijil suntikan Meningitis 
  4. Salinan sijil nikah beserta cop pengesahan dari Jabatan... Pastu bawa cop kat Wisma Putra kat putrajaya pulak k..(untuk pasangan isteri berumur bawah 45 tahun)
  5. Salinan sijil kelahiran untuk anak-anak beserta cop pengesahan Jabatan.. Pastu bawa cop kat Wisma Putra pulak k..(anak berumur bawah 18 tahun) (kumpulan kami tak terlibat)
  6. Sijil beranak/nikah/kad pengenalan mahram (bukti mahram bagi perempuan yang belum berkahwin)

TA Berdaftar dgn Kementerian Hajj KSA
Catatan penting:
* Salinan nikah/kelahiran tu nanti kami akan bawa cop pengesahan di Wisma Putra pula..
* Visa hanya boleh dimohon sebulan sebelum tarikh tiket kapal terbang-perjalanan (sila lantik agent yang bertauliah untuk tujuan visa)-terdapat 20 agen yang berdaftar dengan kementerian Hajj Arab Saudi




Tiket Kapal Terbang


*Kami beli dari web airlines sendiri..
Kami memilih Airasia semasa offer tempohari untuk penerbangan Umrah kami kali ini. Kami bercadang nak memilih peerbangan terus ke Jeddah disebabkan ada 3 orang yang di anggap berumur..


Hotel: Kebiasaan percutian kami, kami selesa memilih Agoda


**last minute kami guna khidmat 'Ground Service' di sana untuk keselesaan kumpulan jemaah kami kerana kami tak terdapat dalam senarai agoda Mecca atau hotels in Mecca (sebab nak hotel yg murah)**







Ya Allah...
Permudahkan lah segala urusan kami...


Semoga segala yang dirancang akan dipermudahkanNya dan mendapat izinNya.. Jangan putus berdoa da solat hajat kerana segalanya dengan izinNya..


**Alhamdulillah.. Kami selamat menjalani ibadah umrah & ziarah pada 11 jan 2014 dan selamat kembali ke tanah air pd 23  jan 2014..**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda setelah membaca artikal di dalam web ini. Dengan komen itu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan sila kunjungi lagi web ini.