Halaman

Ahad, November 09, 2014

Maqam Nabi Ibrahim a.s

JOM UMRAH. UMRAH Persendirian / Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3900.00 Jom UMRAH JOM UMRAH





Nabi Ibrahim a.s:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud): Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat.

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Jika kedua-duanya tidak dihapuskan oleh kesalahan dan dosa anak-anak Adam, tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat.


Zikir dan Doa :

  1. Disunatkan membaca firman Allah Taala: (وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى)
    Yang bermaksud: Dan kamu jadikanlah Maqam Ibrahim itu tempat sembahyang.
  2. Disunatkan menunaikan sembahyang dua rakaat dengan membaca al-Fatihah dan surah al-Kafirun pada rakaat pertama manakala pada rakaat kedua membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
  3. Seterusnya berdoa dengan menyebut:
اللهم أنا عبدك وابن عبدك، أتيتك بذنوب كبيرة، وأعمال سيئة وهذا مقام العائذ بك من النار فاغفر لي إنك أنت الغفور الرحيم        Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Aku hambaMu dan anak hambaMu, aku datang kepadaMu dengan dosa-dosa yang besar dan pekerjaan yang buruk dan inilah tempat perlindungan denganMu dari Neraka, oleh itu ampunilah aku kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Topik lain berkaitan


SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda setelah membaca artikal di dalam web ini. Dengan komen itu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan sila kunjungi lagi web ini.