Halaman

Khamis, Disember 19, 2013

Memasuki Kota Mekah Dari Niat di Miqat

Memasuki Mekah:

Ketika hampir dengan Mekah jemaah Umrah membaca ;

(اللهم هذا حرمك و أمنك، فحرمني على النار، وأمني من عذابك يوم تبعث عبادك, واجعلني من أوليائك وأهل طاعتك).

Apabila masuk ke Mekah jemaah Umrah membaca:

(اللهم البلد بلدك, والبيت بيتك, جئت أطلب رحمتك, وأؤم طاعتك متبعاً لأمرك, أسألك مسألة المضطر إليك، المشفق من عذابك أن تستقبلني بعفوك, وأن تتجاوز عني برحمتك, وأن تدخلني جنتك).

Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

Memasuki Masjidilharam:
Sunat masuk melalui Bab As-Salam.
Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan sambil berselawat kepada Nabi s.a.w dia membaca:

(اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك)
(اللهم هذا حرمك وموضع أمنك فحرم لحمي وبشري ودمي ومخي وعظامي على النار).
 (لا إله إلا الله و الله أكبر) 
Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir
sebanyak tiga kali sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah adalah mustajab:


(اللهم اجعلني مجاب الدعوة في الخير) 
(أعوذ برب البيت من الدين والفقر ومن ضيق الصدر وعذاب القبر)
(اللهم إني أسألك أن تغفر لي وترحمني وتفك رقبتي من النار).

Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca:

(اللهم زِد هذا البيت تشريفاً وتعظيماً وتكريماً ومهابة، وزد من شرفه وكرمه ممن حجه أو اعتمره تشريفاً وتكريماً وتعظيماً ومهابة وبرا, اللهم أنت السلام ومنك السلام فحينا ربنا بالسلام).

Niat di Miqat<<                                        
                              >> Tawaf Umrah


Ke Atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda setelah membaca artikal di dalam web ini. Dengan komen itu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan sila kunjungi lagi web ini.