Halaman

Khamis, Disember 19, 2013

Rukun Umrah Pertama : Niat Umrah

Rukun Umrah

  1. Niat Umrah
  2. Tawaf
  3. Saei
  4. Bercukur
  5. Tertib


Berihram dari miqat dengan niat Umrah

Berihram ialah niat dan talbiah.

Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang.
Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:
Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu.
Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya.
Mandi dan berwuduk.
Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru.
Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.

Kemudian jemaah bertalbiah dengan berkata:

لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا شريك لك.

Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.


Larangan dan Harus Ihram | Miqat Makani Ihram

>> Memasuki Mekah dan Masjidilharam



Ke Atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda setelah membaca artikal di dalam web ini. Dengan komen itu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan sila kunjungi lagi web ini.