Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Khamis, Disember 19, 2013

Bercukur Atau Bergunting:

Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (2 cm) dan disunatkan bercukur rambut di seluruh kepala dan dengan menggunakan pisau cukur berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w.:

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
(Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yang bergunting).

Manakala perempuan hanya perlu menggunting rambutnya sekadar hujung jari sahaja.
Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Umrah bahawa rambut ialah sesuatu yang akan bertukar ganti dan ketika mencukur rambut setiap helai rambut akan mendapat satu kebaikan dan menghapuskan satu kejahatan daripada kamu serta dengannya kedudukan kamu akan diangkat.
  • Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:

    (الحمد لله على ما هدانا، الحمد لله على ما أنعم به علينا، اللهم هذه ناصيتي, فتقبل مني واغفر لي ذنوبي اللهم اغفر لي وللمحلقين والمقصرين يا واسع المغفرة، آمين.)

    Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca:


    (الحمد لله الذي قضى عنا نُسُكَنا).
Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut bermakna dia telah bertahallul dengan tahallul kecil, dan dia dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang diharamkan semasa berihram melainkan bersetubuh dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya di mana persetubuhan tidak dihalalkan baginya sehiggalah dia melakukan tawaf Ifadhah.

                                       Bersaei >>>>>>>

                            Selesai Umrah  | >>  Kembali Ke Ibadat Umra

Rukun Umrah

  1. Niat Umrah
  2. Tawaf
  3. Saei
  4. Bercukur
  5. Tertib

Wajid Umrah

  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.


Ke Atas

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian