Assalamualaikum wbt.
Pertama kali AAX melancarkan perkhidmatan penerbangan sektor KUL-JED pada awal 2013. Sebelum memulakan perkhidmatan penerbangan bagi laluan KUL-JED yang mengguanakan A330-300 , AA telah membuat tawaran hebat dengan kadar kurang dari RM1K untuk penerbangan pergi balik. Ramailah yang membeli tiket secara online pada masa offer tersebut termasuklah penulis blog ini dan 8 org keluarga terdekat yg lain. Saya juga ada terbaca dari beberapa web tertentu ada menunjukan antara pembeli tiket yang tidak menyedari tentang kesukaran visa di musim haji kerana telah mengambil tiket pada tempoh tersebut, selepas itu mereka tercari-cari TA yg nak urus VISA. Sudah tentu mereka tak berjaya dapatkan visa pada tempoh sedemikian. Penulis juga tak dapat mengagak bila tarikh visa umrah di buka semasa pembelian dahulu, langkah selamat tiket di beli pada 11 jan 2014 rupa-rupanya visa di keluarkan bermula 4 dec 2013. Kalau lah tahu seawal itu, tentulah beli tiket dec 2013 sebab ada antara jemaah dlm kumpulan terlibat dengan sekolah.
Pada masa sekarang, AA tidak lagi menjual tiket atas taliannya bagi musim haji iaitu dari ogos 2014 hingga 31 nov 2014. Cuba anda search pada tarikh itu untuk sektor KUL-JED atau sebaliknya. Pasti anda akan dapat tahu...
Sebelum ini ramai yang senyun sinis bila saya
sebut menunaikan Umrah naik Air Asia. Pertanyaan yang selalu ditanya oleh kenalan
saya ialah “ada ke makanan yang dihidang
untuk jemaah dalam flight ?” Seat kecil dan tegak aje macam seat penerbangan
Air Asia ke sektor domestik atau ke Indonesia atau Vietnam. Nak makan kena beli
ke?. Sesudah saya menggunakan perkhidmatan Airasia X bagi sektor ini, saya dapati pertanyaan ini semuanya meleset. Jawapan yang saya patut beri untuk Airasia X
adalah sangat memuaskan dan kira OK, tiada masalah. Saya berikan penilaian 9.8/10 . Ini flight Airasia X dan bukan
Airasia, semestinya kapalterbangnya jauh beza antara Airasia X vs Airasia.
Tanyalah kepada orang yg pernah naik Airasia X. Saya bukanlah nak promote
Airasia X, tak akan dapat kurang hargapun! Sekurang-kurangnya saya bangga
dengan syarikat penerbangan negara kita yang boleh setanding dengan syarikat
luar kalaupun tak lebih. Sokong lah syarikat negara kita bagi mengelak pengaliran
wang keluar yang banyak bagi para jemaah umrah. Kalau pasal pramugari kebanyakannya adalah
Melayu yang tak menutup aurat (tutup kepala), kapalterbang khas umrah dari
Muhamadiah Travel pun sama juga. Pramugara
di kira perfectlah. Manakala Pilot semasa saya terbang ke Jedah itu dari hawa,
bangga juga melayu jadi pilot penerbangan jarak jauh yng lebih dari 9 jam.
Seat dalam flight untuk kelas Perniagaan
tidaklah banyak seperti flight komersial yang lain. Hanya ada 12 seat sahaja.
Manakala untuk seat Ekonomi sama macam flight yang lain. Ada 3 kerusi di
bahagian tepi kanan, 3 kerusi di bahagian tengah dan 3 kerusi di bahagian
tepi kiri. Bhg belakang ada 2 kerusi sahaja di kiri dan kanan, manakala di
bahagian tengah kekal ada 3 kerusi. Dan yang penting kerusi dalam flight
boleh diadjust untuk bersandar. Tidak seperti flight domestik.
1. Premium
Seat bagi
klas ini boleh baring, buat katil tidur.
Tiket dlm
klas ini boleh tukar nama penumpang.
2. Economy
Economy biasalah, apa lagi klu offer.
Seat sebenar AAX
32 inches (81 centimetres) pitch, 16.5 inches
(50 centimetres) width. A 3-3-3 layout for 377 economy-class seats.
Read more: smh.com.au/travel/flight-test-air-asia-x-20130704-2pehp.html#ixzz2uCjkg500 |
Pada musim Cuti Persekolahan Dec 2014, Perkhidmatan
Penerbangan Tambang Murah Air Asia X untuk destinasi Kuala Lumpur ke Jeddah dan
balik Jeddah ke Kuala Lumpur talah sekali lagi buat tawaran. Sejak Disember
2012 lagi, flight bagi sektor Umrah musim Cuti Sekolah Mac telah “fully
booked”. Banyak travel yang telah “blocked” seat flight untuk musim cuti
sekolah seperti ini. Pada jangkaan, “seat flight” musim cuti sekolah memang
menjadi rebutanJadi elok benar bila “available” ialah AirAsia X, degna offer
lagi tu maka hendak membelinya dengan kadar cepat sebelum harga tinggi yang
tinggal. Apa yg nak di risaukan, kapalterbang
Airasia X ini kesemuanya adalah masih baru dan baru. Penerbangan direct lagi tu KL-Jeddah selain Saudi
Airlines dan MAS dan flight cater, Kalau menaiki flight lain, kebanyakannya
transit sama ada di India, Pakistan atau Qatar dan juga Arab Saudi sendiri.
Makanan di
dalam flight ?
Pasti ada makanan yang dihidangkan di
dalam flight. Sama seperti penerbangan lain, makanan dihidangkan 2 kali iaitu
kali pertama setelah kira-kira 1 jam atau 2 jam flight take off dan kali kedua
kira-kira 2 jam sebelum flight landing. Menu yang dihidangkan samada Nasi Ayam
Kurma atau Nasi Lemak Pak Naseer. Dan sebotol air mineral.
Check in di
LCCT
Semasa check in bagasi di LCCT setiap
penumpang hanya dibenarkan membawa bagasi tidak lebih dari berat yang di beli. Manakala
semasa balik, setiap penumpang dibenarkan membawa muatan bagasi tidak lebih
dari berat di beli seorang. Dan tambahan air zam zam 10 liter. Semua penumpang yang
mempunyai Visa Umrah akan diturunkan di Terminal Haji di Jeddah sama juga seperti
penumpang pesawat yang lain. Tidak ada bezanya. Dan semasa keberangkatan pulang
pun, urusan check in bagasi dan mendapatkan boarding pas juga dilakukan di
Terminal Haji
Bagi sektor Jed-KUL, Petugas AirAsia di
Kaunter sangat baik hati. Semua bagasi penumpang dimasukkan secara berkumpulan
dan ditimbang untuk dapatkan jumlah
berat. Alangkah beruntungnya sesiapa menaiki fligh AAX. Biasalah jemaah
Malaysia, kalau balik Umrah atau Haji bag mereka pandai beranak dan bercucu. Ini menunjukan org Malaysia kaya/mampu dan
ingat kepada sanak-saudara untuk buah tangan, moga yg menerima buah tangan akan
segera teringin ke baitillah pula.termasuk kerana lebihan bagasi.
Kesimpulannya, flight AirAsia X ini tidaklah seteruk seperti yang ramai sangkakan. Bandingan
flight AirAsia dengan flight AirAsia X sangat jauh bezanya. Jika ingin
menunaikan Umrah pada musim cuti dec nanti, flight AirAsia X ini boleh
dijadikan pilihan pertama di atas faktor tambangnya sedang offer dan
penerbangan terus.Maklum lah musim cuti Persekolahan Nov-Dec 2014 ini harga tiket Saudi dan MAS akan melambung
tinggi. Terlalu jauh perbezaan harga tiket AirAsia X berbanding dengan flight lain.
Jadi bagi yang berbudget, elok sangat la pilih flight AirAsia X ini. Dan yang
penting sekali apabila dapat harga tiket yang murah berbanding yang lain,
Jemaah yang beli tiket untuk melakukan
umrah persendirian atau back packer, sudah tentu bukan bersaorangan. Jadi beli
dulu tiket dan kemudian carikan bagaimana nak urus visa, kalau tak dapat sekali
pun boleh guna TA.
Sebagai pengetahuan, saya sudah beli tiket
sendiri pada 1 dec dan balik 28 dec 2014.
Jumpa lagi dan Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan