Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Sabtu, November 08, 2014

Hajarulaswad


JOM UMRAH. UMRAH Persendirian / Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3900.00 Jom UMRAH JOM UMRAH



Kelebihan Hajarulaswad:


  1. Berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata, Rasulullah s.a.w telah mengucup Hajarulaswad. Selepas baginda mengucupnya para sahabat serta seluruh umat Islam terus mengucupnya hingga ke hari Kiamat kerana mengikuti Rasulullah s.a.w dalam perkara ini.
  2. Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah memberi peringatan kepada seluruh umat Islam dari beriktikad bahawa terdapat sesuatu yang boleh memberi manfaat dan kemudaratan selain daripada Allah s.w.t. Terdapat riwayat di dalam kitab Sahih bahawa Saidina Umar bin Al-Khattab r.a pernah berkata: Demi Allah! Sesungguhnya aku telah menyedari bahawa kamu hanyalah batu, tidak boleh memberi manfaat dan kemudaratan. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, tentu aku tidak akan mengucupmu.
  3. Terdapat riwayat sahih bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari Kiamat dengan mempunyai dua mata yang dapat melihat dan lidah yang dapat berkata-kata. Ia akan menjadi saksi kepada sesiapa yang mengucupnya dengan keadaan yang sebenar. Imam Tirmizi mensahihkan hadis Rasulullah s.a.w dimana baginda bersabda: Hajarulaswad diturunkan dari Syurga dalam keadaan lebih putih daripada susu tetapi telah dihitamkan dengan kesalahan dan dosa anak-anak Adam. Di dalam lafaz yang lain: Sehinggalah telah dihitamkan oleh kesalahan dan dosa golongan syirik (yang menyekutukan Allah).



Maqam Nabi Ibrahim a.s:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud): Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat.

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim a.s diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Jika kedua-duanya tidak dihapuskan oleh kesalahan dan dosa anak-anak Adam, tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat.

Air Zamzam:

Rasulullah s.a.w bersabda (mengenai air Zamzam): "Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit".


  1. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".
  2. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit."
  3. Ketika Muawiah bin Abu Sufian r.a mengerjakan ibadat Haji, beliau telah meminum air Zamzam dan berkata: "Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".
  4. Ibnu Abbas r.a berkata: "Kami menamakannya (iaitu air Zamzam) sebagai pengenyang. Air Zamzam itu boleh memberi nikmat yang menolong anak-anak kecil".
  5. Katanya lagi: "Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu air Zamzam".
  6. Katanya lagi: Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w meraikan seseorang lelaki, baginda akan meraikannya dengan memberi minum air Zamzam.

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian