Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Sabtu, Februari 08, 2014

PERMOHONAN VISA BAGI

UMRAH PERSENDIRIAN

JOM UMRAH. 
 JOM UMRAH. 
 UMRAH Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3500.00 
Jom UMRAH JOM UMRAH

SALAM UNTUK SEMUA MUSLIMIN



Hadis Nabi Muhammad s.a.w : 


95%

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."


Dalam usaha kita melakukan Ibadah UMRAH, terutamanya kita yang hendak menunaikan umrah pertama kali memikirkan tentang kos untuk ke Tanah Suci. Cara terbaik bagi jamaah utuk melakukan ibadah umrah ialah dengan mengikuti mana-mana pakej umrah yang di anjurkan oleh travel agen yang sah, kita tak perlu fikirkan apa-apa masalah sebab ikut saja program yg di susun, jadi tumpuan boleh 100% kepada ibadah. Kalau ada timbul masalah pertukaran jadual penerbangan atau pembatalan tempahan hotel, jemaah tak perlu ambil tahu sebab semua di urus oleh pihak pengendali travel agen. jemaah ikut pakej bab kata orang senang dan tak perlu fikir apa-apa masalah.

Berbeza bila kita berada dalam kumpulan jemaah persendirian yg biasanya bil kecil, pertama perlu merancang segala-galanya dari tarikh boleh dapat visa umrah, penempahan tiket penerbangan, VISA, tempahan hotel, tranportation di Tanah Suci dan sebagainya lagi. Semua ini dapat di rancang bagi yang berhajat mengerjakan umrah cara persendirian. Kita boleh rancang sebaiknya tetapi kadang-kadang perancangan tak terpakai secara 100% kerana pelaksaannya melibatkan pihak lain sama. Pengendali pakej yg handalpun kadang-kadang terkena juga oleh manusia lain seperti yg berlaku pada Tn Hj Iqbal pada dec 2013 di mana tempahan hotel dgn bayaran penuh pun boleh di batalkan (lihat web Hj iqbal) apatah lagi kalau yg pergi persendirian tentu lebih banyak halangan/masalah yg terkeluar dari perancangan. Jadi plan yg di lakarkan kadang-kadang perlu ada alternatif.

Kalau kita berada di barisan hadapan kump <h1>umrah persendirian</h1> atau umrah cara back packer, tentu kita memerlukan daya fikir bagi merancang dan mengatasi sebarang rintangan. Dengan ini mungkin kita akan lebih mengingati bagaimana kesukaran Nabi kita semasa mula-mula hendak mengerjakan haji apabila di perintahkan oleh Allah untuk mengerjakan haji ketika itu. Kesukaran kita agaknya tak sampai 1% dari kesukaran nabi Muhamad SAW.

Alhamdulilah kumpulan saya adik-beradik tidak ada halangan atau halangan terlalu kecil, cuma masa balik ke Jedah di hantar oleh bas  ke terminal King Abdul Aziz Utara kerana tiket AA menunjukan ke situ, bila tanya beberapa petugas airport di terminal itu, ada kata betul dan ada kata di terminal Hajj. Petugas org Arab ini nakal sikit, walaupun benda tak betul tapi boleh kata betul dgn cakap "aku tahulah sebab aku kerja di sini (King Abdul Aziz Utara)". Sebenarnya AA di urus di terminal Haji. Jika guna TAXI mungkin tidak masalah nak ke terminal ini tapi kami sewa coaster yg hantar org ke terminal King Abdul Aziz Utara dgn kadar SAR300 (Terminal Haji ini bukan senang nak masuk kalau kita guna van/coaster yg tak sah).



Di bawah ini saya sertakan salah satu syarikat yg boleh urus visa jika berhajat mengerjakan umrah persendirian atau back packer. Mohon layari web syarikat berkenaan.

TQ kerana sudi membaca.


Elaf Shahidah Travel, menyediakan perkhidmatan untuk pemohonan VISA Selain itu, penhujung bulan MAR 2012 sampai kini kami mengorak langkah dengan menyediakan perkhidmatan VISA UMRAH bagi kemudahan<h1> jemaah persendirian</h1>..




SYARAT-SYARAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH 2014
  1. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 7 bulan dari tarikh penerbangan beserta dengan 6 muka surat kosong berserta satu salinan passport. 
  2. 4 Keping gambar warna berukuran passport 4x6cm berlatarbelakang putih dan saiz muka 70-80%. Bagi Wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutup kepala. 
  3. Kad suntikan ACYW135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.4.Satu salinan tiket penerbangan pergi dan balik (berkuatkuasa bulan mei oleh embassy Saudi) 


DOKUMEN BAGI SUAMI ISTERI
  1. Salinan surat nikah akan di endorse di JPN dan Visma Putra
DOKUMEN BAGI ISTERI PERGI TANPA SUAMI
  1. Salinan kad pengenalan suami
  2. Salinan surat nikah
DOKUMEN BAGI WANITA BUJANG ATAU IBU TUNGGAL DI BAWAH UMUR 45 TAHUN
  1. Salinan surat lahir sendiri
  2. Salinan surat lahir K/P adik beradik lelaki atau anak lelaki berumur 18 tahun ke atas.
  3. Salinan K/P bapa
    DOKUMEN BAGI WANITA BUJANG ATAU IBU TUNGGAL UMUR 45 TAHUN KE ATAS
  1. Salinan surat lahir dan salinan K/P adik beradik lelaki atau anak lelaki berumur 18 tahun ke atas2 
  2. Salinan K/P bapa

DOKUMEN TAMBAHAN BAGI LELAKI BERUMUR KURANG DARI 18 TAHUN KE BAWAH
  1. Salinan K/P bapa (Jika bapa tidak ikut serta) 
  2. Salinan surat kelahiran sendiri atau 
  3. Salinan surat lahir dan salinan K/P adik beradik Lelaki lebih 18 tahun.



DOKUMEN TAMBAHAN BAGI IBU MENGIKUTI ANAK LELAKI BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS
  1. Salinan surat lahir anak lelaki yang turut serta.
Nota: Dokumen yang lengkap hendaklah di hantar selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh berlepas. Dokumen yang diterima lewat dari tempoh tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan visa daripada pihak Kedutaan Arab Saudi
95%

CONTOH GAMBAR UNTUK PERMOHONAN VISA ARAB SAUDI


BAKAL JEMAAH PERLU MENYEDIAKAN KEPERLUAN SEPERTI DI BAWAH:

95%


1. Gambar berukuran Visa - 4 keping (4cm x 6cm) Dibawa bersama Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) semasa menyerahkan PMA yang telah siap.


2. Latar belakang gambar berwarna PUTIH.

3  Di belakang gambar mestilah di tulis:

- Nama

- No Kad Pengenalan


Download Form


Sumber

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian