Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Ahad, November 17, 2013

Ibadah UMRAH, Apakah Hukumnya

Wajibkah Hukum Beribadah Umrah?

Setelah melalui penjelasan hukum menunaikan ibadah haji, bagaimana dengan hukum ibadah umrah? Sebagaimana diketahui ibadah haji adalah ibadah yang hukumnya fardhu (wajib) yang sangat ditekankan dan menunaikannya merupakan salah satu rukun Islam. Namun bagaimana hukum ibadah umrah, yang di dalamnya hanya ada tiga ritual ibadah utama iaitu thawaf iaitu mengelilingi ka’bah 7 keliling dan sa’ie antara bukit Safar dan Marwah, serta tahalull?



Dalam permasalah hukum umrah ini ada beberapa khilaf pendapat  antara pendapat para ulama. Sebahagian pendapat Ulama Malikiyah, dan pada kebanyakan ulama Hanafiyah berpendapat bahawasanya ‘umrah itu sunnah muakkad, iaitu wajib hanya sekali seumur hidup. kerana menurut istilah ulama Hanafiyah sunnah muakkad itu sama dengan wajib.

Pendapat yang terkuat muncul dari Imam Syafi’i, yang juga diutarakan oleh Hambali, bahawa umrah itu wajib sekali seumur hidup. Lain lagi dengan pendapat Imam Ahmad yang berpendapat bahawa umrah itu tidaklah menjadi kewajiban bagi penduduk kota Mekkah al Mukarramah kerana rukun nya yang paling utama adalah thawaf mengelilingi Ka’bah. Apabila dilogik penduduk kota Mekkah, sering melakukan thawaf saat mereka mengunjungi masjidil Haram, oleh sebab itu thawaf tersebut dinilai sudah cukup bagi mereka.

Para Ulama Hanafi dan Maliki berdalil bahwa umrah itu hukumnya sunnah dengan dalil,
حديث جابر بن عبد اللّه رضي الله عنهما قال : « سئل رسول اللّه صلى الله عليه وسلم عن العمرة أواجبة هي ؟ قال : لا ، وأن تعتمروا هو أفضل » .

Hadits Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah SAW ditanya mengenai perihal umrah, wajib ataukah sunnah. Rasulullah SAW bersabda , “Tidak. Jika engkau berumrah maka itu afdhal.” (HR. Tirmidzi no. 931, sanad hadits ini dho’if sebagaimana kata Syaikh Al Albani)
وبحديث طلحة بن عبيد اللّه رضي الله عنه : « الحجّ جهاد والعمرة تطوّع » .

Hadits Riwayat Tholhah bin ‘Ubaidillah RA , “Haji itu jihad dan ‘umrah itu tathowwu’ (anjuran).” (HR. Ibnu Majah no. 2989, hadits ini dinyatakan dho’if sebagaimana kata Syaikh Al Albani)

Para ulama mahzab Syafi’iyah dan Hambali berpendapat bahwa umrah itu wajibnya hanya sekali seumur hidup dengan berlandaskan firman Allah SWT,
Dalil Al Quran

Maksud ayat diatas adalah sempurnakanlah kedua ibadah (haji dan umrah) tersebut. Dalam ayat tersebut digunakan kalimat perintah, hal itu menunjukkan akan kewajiban untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Dalil lainnya adalah,

Dalil hadith

Pendapat yang paling kuat dalam hal ini, umrah hukumnya wajib bagi yang mampu dan hanya sekali seumur hidup. Sedangkan ulama yang berpendapat hukumnya sunnah (mu’akkad) berasal dari dalil yang lemah (dho’if) sehingga tidak dapat dijadikan rujukan. Jadi bagi yang mampu mengadakan perjalanan ke baitullah, sekali seumur hidup usahakan untuk menunaikan umrah. Namun perlu di jelaskan bahawa ibadah umrah ini dapat langsung ditunaikan bersama masa melaksanakan ibadah haji yakni dengan cara melakukan ibadah haji secara tamattu’ ataupun haji qiran. Kerana dalam kedua nya sudah terkandung ibadah umrah di dalamnya.

Pendaftaran dan tunggu haji di Malaysia yang mencapai 10-30 tahun, maka memang sebaiknya melaksanakan ibadah umrah terlebih dahulu, sehingga telah menggugurkan sebuah kewajipan. Wallahu a’lam… 

Semoga Kita selalu dimudahkan Allah SWT dalam beribadah.


Mengenai umrah

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sekarang ini nampaknya kaum wanita yang lebih menunaikan ibadah umrah?

Unknown berkata...

Mereka lebih berjaya dalam pekerjaan dan sebagiannya belum berkahwin. Nak tunai haji kena masuk zon tunggu yg lama

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian