Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah walaupun di mana dia berada.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa Adzam (Istiwa Utama).
Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
Bilakah Istiwa Azam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
- 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
- 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
Pada tahun 2014 ini, 28 mei akan jatuh pada hari rabu. Satu hari sebelumnya di jangkakan 27 May Isra and Mi'raj. Manakala 16 Julai 2014 jatuh pada rabu.
Sumber Falak Online
Apa yang perlu dilakukan?
Sebelum
- Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
- Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
- Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
- Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
- Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
- Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
- Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
- Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
- Tandakan arah qiblat.
Selepas.
- Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
- Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
- Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…
Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut: [KLIK SINI].
langkah pencerapan sendiri Istiwa Azam:
Almanak Astronomi 2014 yang telah di sediakan oleh Falak Online
Dalil-dali berkaitan:
- Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya. "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" (Surah Al-Imran: Ayat 190-191). RujukanTafsir Qur'an Per Kata: Dr.Ahmad Hatta, MA.
- Mengapa bersusah-payah berjemur tengah panas mencari kedudukan kiblat, lebih baik guna kompas.
Ini semua kerana jaminan Allah SWT yang telah diberikan dalam ayat Quran di bawah:
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.”
(Surah al-Anbiya: 33)
“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.”
(Surah Yaasin: 40)
2 ulasan:
Terima kasih
Sepatutnya umat Islam di Malaysia Khususnya dan di mana-mana sekalipun berterima kasih kepada FALAK ONLINe kerana telah menyediakan falak ini.
Terima kasih Falak Online
Catat Ulasan