Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Sabtu, Disember 14, 2013

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH



Disusun oleh :                               Ust Jamaluddin bin Hashim
Pensyarah Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam,




Link Ust Jamaluddin



PENGERTIAN UMRAH

Menurut bahasa : ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak : mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.


HUKUM MENGERJAKAN UMRAH



Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :

1- Firman Allah swt:
Umrah Persendirian

Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

2- Hadith Aisyah r.a :

Umrah Persendirian
Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W:“Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah”.

Menurut Mazhad Shafie, kewajipan melakukan umrah ini boleh di lakukan pada bila-bila masa dalam kehidupan orang-orang  muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.



KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH

Umrah adalah sunat dilakukan berulang kali terutama sekali pada bulan Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadithhadith berikut :

Umrah Persendirian

Maksudnya : Daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa antara keduanya


Umrah Persendirian

Maksudnya : (Melakukan) satu umrah di bulan Ramadhan adalah menyamai (pahala) melakukan sekali haji



WAKTU MELAKUKAN UMRAH

Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun selain daripada masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehingga dia selesai melakukan kerja-kerja haji tersebut


RUKUN-RUKUN UMRAH1 :
  1. Berniat ihram 
  2. Tawaf
  3. Saie 
  4. Bergunting atau bercukur 
  5. Tertib

WAJIB-WAJIB UMRAH2 :
  1. Berniat ihram di miqat3
  2. Meninggalkan pantang-larang ihram.


PERSIAPAN UNTUK MELAKUKAN UMRAH

1. Jemaah umrah dari Malaysia masuk ke Tanah Haram Mekah melalui dua jalan
                             i. Malaysia ke Madinah dan  ke Mekah
                            ii. Malaysia ke Mekah
  1. Dalam Bab Haji dan Umrah istilah rukun bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah menjadi tidak sah. 
  2. Dalam Bab Haji dan Umrah istilah wajib bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah tetap sah, akan tetapi wajib ke atas orang yang meninggalkan perkara-perkara tersebut menyempurnakan dam. 
  3. Miqat bermaksud ketentuan tempat (miqat makani) atau masa (miqat zamani) untuk berniat ihram umrah. Miqat zamani umrah iaitu masa untuk melakukan umrah telah dijelaskan di bawah tajuk : “Waktu Melakukan Umrah”, manakala tentang miqat makani umrah, akan dijelaskan selepas ini.
2. Sebelum memakai pakaian ihram, jemaah hendaklah bersiap-siap melakukan perkara-perkara sunat4 berikut :

  • Memotong kuku; 
  • Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari.
  • Mengandam misai, janggut dan rambut.
  • Mandi sunat ihram. lafaz niat:
                 Umrah Persendirian
              Maksudnya : Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala
  • Memakai minyak rambut 
  • Memakai bau-bauan di tubuh sahaja tidak pada pakaian ihram.                                                     Bagi wanita guna bauan yang kurang kuat baunya atau sekurangkurangnya memakai penghilang bau ketiak.

PERHATIAN :
  • i. Perkara-perkara ini juga sunat dilakukan oleh wanita yang berada dalam keadaan haid.
  • ii. Perkara-perkara ini sunat dilakukan di miqat5. Bagi jemaah umrah yang masuk ke Mekah melalui Madinah, sunat melakukan perkara-perkara ini di Miqat Bir Ali 6.                                                         Bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, perkara-perkara sunat ini dilakukan di mana-mana tempat sebelum menaiki pesawat.

3. Selepas melakukan perkara-perkara sunat tersebut, jemaah wajib memakai pakaian ihram. Pakaian ihram
sunat berwarna putih.
  • i. Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas : sehelai dipakai untuk menutup auratnya antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang untuk menutup bahagian atas badan.
  • ii. Bagi wanita ialah pakaian yang menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. pastikan jemaah wanita memakai sarung lengan, stokin yang tebal dan kain tudung yang mempunyai alas dagu
                PERHATIAN :
               Bagi jemaah lelaki, sepatu yang dibenarkan semasa dalam ihram ialah yang                                                    menampakkan tumit dan hujung jari-jari kaki.
          iii. Selepas selesai memakai pakaian ihram dengan sempurna, jemaah disunatkan melakukan solat                      sunat ihram.
                                       Lafaz niatnya:
Umrah Persendirian

                 Maksudnya : Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala
* Pada rakaat kedua: selepas al-Fatihah baca surah al-Kafirun
                         * Pada rakaat kedua: selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas

                 PERHATIAN :
                          i. Solat sunat ihram ini tidak boleh dilakukan pada lima (5) waktu tahrim.7
                         ii. Wanita dalam haid tidak boleh menunaikan solat sunat ihram ini.


4. Setelah selesai melakukan solat sunat ihram, jemaah menaiki kenderaan dalam keadaan sudah lengkap
memakai pakaian ihram dan sunat dalam keadaan berwuduk.


    RUKUN 1 : BERNIAT IHRAM DI MIQAT

5. Apabila bas mahu mula bergerak daripada Bir Ali semasa dalam perjalanan Madinah ke Mekah, maka jemaah hendaklah berlafaz niat umrah dalam keadaan mengadap kiblat jika keadaan mengizinkan. Lafaz niat umrah :
                      Umrah Persendirian
            Maksudnya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya8 kerana Allah Taala”

Bagi jemaah yang masuk ke Mekah dari Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat melepasi miqat Qarn Manazil9.

    Terima Kasih kerana anda telah baca sampai ke tahap ini, untuk seterusnya sila berkunjung ke laman web Ustazdi >>>>  panduan-mengerjakan-umrah-pakej-umrah

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian