Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Memaparkan catatan dengan label NasAir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NasAir. Papar semua catatan

Selasa, April 08, 2014

NAS AIR Terbang Terus Kuala Lumpur Jeddah, Peluang Mengerjakan Umrah Pada Kadar Murah

Assalamualaikum wbt.

1
Offer Price Oleh Nas Air untuk Penerbangan 1 apr 2014 - 31 mei 2014

2

Baru-baru ini Nas Air  mengumumkan laluan penerbangan terus KUL ke Jeddah  bermula 1 april 2014. Sebelum ini Nas Air hanya penerbangan transit kecuali sewa khasnya adalah terus. Kekerapan 2 kali seminggu bagi penerbangan terus. Dan bermula pada 1hb apr 2014 hingga 31 mei yang lalu, Nas Air melalui web jualan tiket flynas.com sektor Kuala Lumpur ke Jeddah telah mencetuskan satu fenomena baru dalam industri Umrah terutamanya bagi jemaah umrah persendirian. Kini ramai yang berpeluang untuk mendapatkan tambang murah bagi menunaikan Umrah. Dan untuk makluman flight NAS AIR  ke Jeddah secara terus adalah pada hari isnin dan khamis sahaja manakala Jeddah ke KL pada ahad dan jumaat.

3
Tiket offer Nas Air
SAR1000 = MYR871.59 (5 april 2014)

Saya telah melakukan search tiket sewaktu offer dan seperti yang di tunjukan di atas. Dengan tawaran serendah ini sudah tentu memberikan peluang yang lebih baik kepada jemaah persendirian tawaran oleh penerbangan Airasia dan juga LION Air melalui Malindo Air

Tawaran harga murah oleh Nasair berbeza dengan Airasia dari segi masa. Nas air offer pada jangka masa terdekat manakala Air asia offer di awal tahun untuk penerbangan akhir tahun atau tahu berikutnya.


Pilih Tarikh Yang Sesuai bila ada Tawaran harga

Pastikan tarikh pergi ke tanah suci ialah pada masa visa Umrah telah pun dibuka.Untuk makluman visa Umrah pada akhir 2013 ialah pada 5 dec 2013 dan berakhir pertengahan ramadham. Bulan Syawal visa Umrah telah tidak dibuka kerana sudah masuk bulan Haji. Dan visa Umrah akan kembali dibuka semula, pada akhir 2014 selalunya selepas 2 bulan selesai musim Haji. Belian tiket Nas Air pada hujung tahun  belum pasti jemaah boleh menunaikan Umrah kerana ketidakpastian visa diperolehi atau tidak.

4


Peserta Jemaah Persendirian wanita kurang 45 tahun mesti ditemani mahram

Sekiranya seorang wanita muda atau kurang dari 45 tahun, pastikan mahram wajib ikut bersama. Yang ditakrifkan sebagai mahram ialah lelaki yang haram dikahwini seperti ayah sendiri, abang atau adik lelaki yang berumur 18 tahun ke atas, atau anak lelaki (18 tahun ke atas), bapa saudara (adik atau abang sebelah ayah) dan juga bapa saudara (adik atau abang sebelah ibu). Selain itu mahram juga boleh dinasabkan kepada datuk (ayah kepada ayah atau ibu kita). Bermula tahun 2013 lagi peraturan Mahram amat ketat sekali. Cubaan nak menipu Kedutaan Arab Saudi dengan memberikan salinan Sijil Nikah Palsu akan membuatkan permohonan kumpulan umrah persendirian di tolak.


Pengendalian Ground Handling di Tanah Suci

Jemaah harus memahami dahulu kaedah Ground Handling yang lebih tinggi berbanding jemaah secara berkumpulan dalam pakej yang lebih besar. Bila jumlah ahli jemaah yang sedikit, pastinya kos pengangkutannya lebih tinggi kerana ianya memerlukan kenderaan yang disewa khas bersama dengan Pemandu. Kos penginapan di Makkah dan Madinah TIADA BEZA dengan kos jemaah secara berkumpulan. Cuma biasanya pihak Catering keberatan untuk menyediakan sajian Makanan jika jemaah terlalu sedikit atau kurang dari 10 orang. Alternatifnya, jemaah kena pandai membeli makanan sendiri yang mudah diperolehi di kawasan Hotel Penginapan atau ambil Pakej Fullboard di Hotel Penginapan iaitu sewaan bilik termasuk Makanan. Kaedah ini harganya pasti lebih tinggi.

Nas Air
Penggunaan GMS sangat populer  di KSA


Kenderaan Persendirian yang biasa digunakan ialah GMC (sesuai untuk muatan sekeluarga antara 2 hingga 7 orang). Jika lebih ramai jemaah maka boleh disewa Van yang boleh memuatkan 12 orang. Jika lebih dari itu, mungkin terpaksa 2 kenderaan digunakan yang sudah pasti akan meningkatkan kos. Untuk menyewa Bas Persiaran pula dirasakan tidak praktikal jika dibanding dengan jumlah jemaah.


Saptco



SaptcoSewaan kenderaan MPV ini akan membawa jemaah dari airport Jeddah ke Madinah, Ziarah Luar Madinah, dari Madinah menuju ke Makkah, Ziarah Manasek di Makkah dan dari Makkah ke Jeddah (kepulangan jemaah). Dengan kata lain, jemaah secara runcit ini akan terjamin selamat dan dapat menunaikan ibadah Umrah sama seperti jemaah yang datang secara berkumpulan. Bezanya ialah cara layanan bagi jemaah Runcit ini lebih personal kerana jumlah jemaah yang sedikit.

Walaupun kos Ground Handling jemaah persendirian ini lebih tinggi berbanding jemaah berkumpulan, tetapi secara keseluruhan Kos Umrah seorang pastinya lebih rendah kerana mendapat tiket NASAIR yang murah. Bayangkan ada jemaah yang sudah dapat membeli tiket NASAIR pergi dan balik ke Jeddah pada harga RM1700 seorang, sedangkan biasanya kos tiket antara RM3000 hingga RM4000 (bergantung kepada jenis flight dan musim), sudah pasti ianya menjimatkan kos.

Kepada yang berminat untuk menunaikan Umrah PersendirIAN menaiki NASAIR yang murah dan boleh memohon mana pihak menguruskan VISA dan ground handling.

Wassalam.

Ahad, Mac 16, 2014

FROM JEDDAH TO THE WORLD Nas Air


Nas Air

flynas telah merintis  Pengangkut Kos Rendah Plus (LCC +) konsep perniagaan yang membolehkan syarikat penerbangan itu untuk menawarkan penumpangnya nilai tambah perkhidmatan yang dipacu, perjalanan udara antarabangsa tetapi mampu dimiliki di kedua-dua Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi, sebagai sebahagian daripada program Laluan Penerbangan Global. Program ini akan memacu pertumbuhan masa depan flynas, kerana ia memperluaskan kehadiran di tiga benua - Asia, Afrika dan Eropah.

Nas Air
NAS AIR Seat Layout

Destinasi Global baru termasuk, London Gatwick dan Manchester di United Kingdom, Kuala Lumpur di Malaysia, Jakarta di Indonesia, Karachi, Islamabad, Lahore di Pakistan dan Casablanca di Maghribi.


JOM UMRAH. JOM UMRAH. UMRAH Persendirian / Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3500.00 Jom UMRAH JOM UMRAH

Jumaat, Mac 14, 2014

Penerbangan Umrah Low Cost Cerrier DENGAN NAS AIR

Nas Air

Nas Air
Nas Air
Tambah kapsyen

Assalamualaikum wbt.


Nas Air

Mulai 01 april 2014 yang akan tiba tidak lama lagi, Perkhidmatan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Arab Saudi iaitu Nas Air  telah melancarkan penerbangan tambang murah keseluruh dunia termasuklah sector  Jeddah ke Kuala Lumpur dan balik Kuala Lumpur ke Jeddah.
Sebenarnya saya telah membuat search pada dari 01 april 2014 sehingga akhir mei 2014 untuk sector KUL-JED dan sebaliknya. Saya dapati hanya bila di letakan 5 penumpang sahaja yang boleh dapat pada harga SAR1000 untuk penerbangan KUL-JED dan JED-KUL boleh dapat SAR999.

Ramai yang memandang sepi bila disebut Nas Air terbang Kuala Lumpur ke Jeddah. Pertanyaan yang selalu ditanya oleh bakal jemaah ialah “ada ke makanan yang dihidang untuk jemaah dalam flight ?”. Atau nak makanan kena beli ke? Seat dia mesti kecil dan tegak aje macam seat penerbangan murah sektor domestik. Sila search ke nasair dengan web flynas.com dan akan dapat semua maklumat yang anda fikirkan.

Makanan di dalam flight ?

Pengalaman menaiki pesawat Nas ke Jeddah merupakan pengalaman kali pertama bagi saya. Dan yang pasti memang ada makanan yang dihidangkan di dalam flight. Sama seperti penerbangan lain, makanan dihidangkan 2 kali iaitu kali pertama setelah kira-kira 1 jam atau 2 jam flight berada di ruang angkasa dan kali kedua kira-kira 2 jam sebelum flight mendarat. Menu yang dihidangkan samada seperti menu di bawah.
Nas Air

Nas Air

Nas Air


Seat di dalam flight ?

Seat dalam flight untuk kelas Perniagaan tidaklah banyak seperti flight komersial yang lain. Hanya ada 4 seat sahaja. Manakala untuk seat Ekonomi sama macam flight yang lain. Ada 3 kerusi di bahagian tepi kanan dan 3 kerusi di bahagian tepi kiri. C. Dan yang penting kerusi dalam flight boleh diadjust untuk bersandar. Tidak seperti flight domestik. kerusibersaiz 32".
Nas AirNas Air

Nas Air


Nas Air

Check in 
  Kuala Lumpur di KLIA
   Jeddah di King Abdulaziz International Airport - Southern Terminal

Semasa check in bagasi di  KLIA, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa bagasi tidak lebih dari 20kg. Manakala semasa balik, setiap penumpang dibenarkan membawa muatan bagasi tidak lebih dari 30kg . Dan tambahan air zam zam 10 liter.  



Khidmat Paramugari ?

Pakaian Paramugari  bertudung kepala sangat menarik dan sopan. Tidak seperti pakaian Paramugari tempatan NAS yang lain. Layanan paramugari juga mesra seperti paramugari Pesawat Antarabangsa yang lain. Dengan kata lain, tidak ada masalah jika bakal-bakal jemaah memilih Pesawat Nas Air. Yang penting dapat cepat sampai ke Arab Saudi kerana penerbangan terus.

Nas Air

Nas Air
Nas Air


Nas Air


Nas Air

Nas Air

Nas Air




KABIN BAGASI

Setiap Pelanggan boleh membawa satu (1) bagasi kabin 56cm H maksimum , 36 cm W, 23cm D dan berat maksimum 7kg. Anda juga boleh membawa kes komputer riba yang kecil atau beg tangan yang mesti cukup kecil untuk dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan anda. Jika Bagasi Kabin anda melebihi dimensi maksimum atau berat, atau jika kita membuat keputusan ia tidak selamat , anda perlu menyerahkan sebagai Hold Bagasi. Yuran Bagasi berlebihan akan dikenakan jika Bagasi tangan anda melebihi Peruntukan Bagasi anda. Sila ambil perhatian bahawa disebabkan prosedur keselamatan lapangan terbang anda adalah terhad kepada 100ml setiap cecair, aerosol dan / atau Gel Bagasi Kabin anda. Ini mesti dibawa di dalam beg plastik ditutup semula pula telus dengan kapasiti maksimum 500ml . Ini tidak termasuk ubat-ubatan dan makanan bayi.


Nas Air

  BAGASI

Pelanggan Kelas Perniagaan  boleh mendaftar masuk sehingga dua ( 2)  Hold dengan dimensi maksimum 81sm H, 119cm W, 119cm D dan pemberat tidak lebih daripada 25kg setiap , Jika anda ingin mendaftar masuk barangan dan / atau berat tambahan ini akan diterima tertakluk kepada ketersediaan ruang dan pembayaran yuran Bagasi berlebihan .

Pelanggan ekonomi boleh mendaftar masuk 1 beg dimensi maksimum 81sm x 119cm x 119, beratnya tidak lebih daripada 20kg . Jika anda ingin mendaftar dalam beg tambahan anda boleh menyimpan sehingga 50% dengan membayar untuk Lebihan Bagasi anda terlebih dahulu perjalanan.

Sila ambil perhatian bahawa atas sebab-sebab keselamatan kita tidak dapat menerima apa-apa barang daripada Bagasi lebih 32kg dalam berat badan.

Mesti menunjukkan Bagasi bimbit di kaunter daftar masuk apabila anda tiba di lapangan terbang untuk penerbangan anda, sila pastikan semua item telah ditag untuk pengenalan.

Apabila anda daftar masuk Bagasi tangan anda, akan di berikan " Tag Pengenalan Bagasi " bagi setiap unit, ini adalah penerimaan anda yang anda mesti menyimpan sehingga anda mengumpul bagasi anda di destinasi anda.
Nas Air
HOLD (CHECKED) BAGGAGE
 LEBIHAN  BAGASI 

Penerimaan dan pengangkutan Bagasi berlebihan akan tertakluk kepada budi bicara mutlak flynas ' mengikut peruntukan flynas bagasi dan tidak boleh dijamin.

Jika anda merancang untuk umrah dengan lebih daripada Peruntukan Bagasi Pegang anda, anda boleh menyimpan sehingga 50 peratus dengan membayar terlebih dahulu.



Jadual Flight ?

Nas Air
Pesawat Nas Air  ke Jeddah berlepas pada jam 12.40 pm  dan sampai di Airport Jeddah pada jam 4.25pm (waktu SA)  hari sama dengan jumlah penerbagan 8j45m.
Selepas selesai urusan Imigresen, jemaah akan dibawa menaiki bas menuju ke Madinah. Bagi jemaah yang memilih meneruskan penerbangan ke Madinah juga  menaiki Nas Air dngn kadar SAR109 pada pagi selepas subuh.

Berbeza jika mengambil Penerbangan lain yang Transit. Ada yang check in Madinah pada hari ke-3 perjalanan kerana jemaah terpaksa bermalam di Negara Ketiga. Dan yang lebih kasihan,  semasa keberangkatan pulang Penerbangan Transit ini juga terpaksa menginap sekali lagi di Negara Ketika sebelum sampai ke tanah air. Bagi flight Nas Air, semasa keberangkatan pulang, pesawat berlepas pada jam 4.40 pagi (waktu tempatan KSA) dan sampai di KLIA pada jam 1.25 petang.

Nas Air

Nas Air


Kesimpulannya, flight Nas Air ini tidaklah sama seperti nas air yang lain dan juga sama seperti MAS. Dan yang penting sekali apabila dapat harga tiket yang murah berbanding yang lain, maka jemaah persendirian boleh menempah  hotel ekonomi yang tidaklah terlalu jauh dari Masjidil Haram terutama untuk musim Umrah cuti sekolah Mei-Jun ini nanti.


Jumpa lagi dan Wassalam.

DARIPADA JEDDAH KEPADA DUNIA TERMASUK KUALA LUMPUR

flynas telah merintis Pengangkut Kos Rendah Plus (LCC +) konsep perniagaan yang membolehkan syarikat penerbangan itu untuk menawarkan penumpangnya nilai tambah perkhidmatan yang dipacu, perjalanan udara antarabangsa tetapi mampu dimiliki di kedua-dua Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi, sebagai sebahagian daripada program Laluan Penerbangan Global. Program ini akan memacu pertumbuhan masa depan flynas, kerana ia memperluaskan kehadiran di tiga benua - Asia, Afrika dan Eropah. 

Destinasi Global baru termasuk, London Gatwick dan Manchester di United Kingdom, Kuala Lumpur di Malaysia, Jakarta di Indonesia, Karachi, Islamabad, Lahore di Pakistan dan Casablanca di Maghribi.



Saptco
Tawaran NASAIR SAR999 KESELURUH DUNIA

Saptco
 Kul-Jed Kekerapan 3 kali seminggu

Saptco
Jakartar -Jedah 3X seminggu

* Terma dan Syarat
Tempoh tempahan untuk semua laluan 11 Mac 2014 to 17 Mac 2014
Tempoh perjalanan sehingga 31 Mei 2014

Penumpang Kelas Perniagaan akan dapat menikmati pengalaman dalam penerbangan yang sangat selesa dengan padang tempat duduk 60 " inci dan penuh rata katil- reclinable , sebagai tambahan kepada perkhidmatan hidangan panas dan minuman panas dan sejuk yang tidak terhad. Penumpang kelas perniagaan juga akan menikmati perkhidmatan -meningkatkan keselesaan seperti akses Lounge dan perkhidmatan Fast Track , percuma "Comfort Pack, hiburan dalam penerbangan dan hiburan iPad individu , surat khabar, memegang elaun bagasi murah hati (2 keping x 30kg ) dan tempahan penerbangan fleksibel dan penjadualan semula pilihan.

Penumpang Kelas Ekonomi akan menikmati perkhidmatan bernilai tinggi pada harga yang berpatutan dengan tempat duduk yang menawarkan 32 " inci padang tempat duduk, hiburan dalam penerbangan , membeli - atas kapal makan ( dengan keupayaan untuk tempahan awal pilihan pilihan makan) , fleksibel tambang yang termasuk peruntukan bagasi 30kg , keupayaan untuk pra- membeli keistimewaan seperti akses lounge , bagasi berlebihan, pengangkutan darat dan keselesaan pek, dan membeli dalam penerbangan tambahan atas kapal .


Tempahan Makanan

Kami menawarkan pelbagai salad, makanan snek dan hidangan panas boleh didapati untuk pra pesanan sahaja. Untuk pra-perintah, melawat mengurus tempahan saya untuk menambah permintaan anda untuk tempahan penerbangan anda.

Sila ambil perhatian makanan pra pesanan hanya terdapat jika ditempah sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal perjalanan.


Saptco

Saptco

Saptco


Jumaat, Februari 07, 2014

Perlaksanaan Umrah Persendirian



JOM UMRAH. 

 JOM UMRAH. 

 UMRAH cara Persendirian


Mataf dalam Pembinaan


Hajar

Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali pada musim HAJI.

Umrah dilakukan semasa bulan Ramadan dianggap sama dengan mengerjakan haji dan menawarkan ganjaran yang sama. Walau bagaimanapun, melaksanakan Umrah pada bulan Ramadhan bukanlah boleh di anggap pengganti Haji, pelaksanaan ibadat haji adalah wajib (fardu ) untuk semua umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, jika mereka secara fizikal dan mampu.

Untuk melaksanakan Umrah , anda perlu berada dalam keadaan berihram . Ihram adalah keadaan kesucian dan kekudusan.
Perkataan Ihram juga digunakan untuk menunjukkan pakaian yang dipakai oleh jemaah haji atau umrah apabila dalam keadaan berihram. Pakaian lelaki  dalam keadaan putih, dua helai pakaian tidak berjahit. Pakaian atas meliputi  tubuh tetapi semasa Umrah dan Haji , di sunatkan tidak menutup bahu kanan. Pakaian yang lebih rendah meliputi dari pinggang ke bawah lutut. Wanita memakai jubah putih yang panjang yang menutupi mereka dari kepala ke kaki. Semua memakai selipar yang tidak menutupi jari-jari kaki, bukannya kasut.

Untuk memulakan Ihram , jemaah harus mensucikan diri mereka sendiri. Seorang lelaki boleh memotong, rambutnya. Semasa berihram, aktiviti seksual, bercukur dan memotong kuku atau kulit seseorang semua adalah dilarang. Terdapat juga larangan terhadap membunuh haiwan, kecuali orang-orang yang boleh membahayakan orang, pertempuran atau bergaduh , menggunakan minyak wangi, mencuci rambut dengan syampu , memakai sarung tangan atau sarung kaki, atau mencabut out atau pokok-pokok . Mereka yang melakukan larangan semasa ihram ini secara sedar atau tidak perlu membayar denda yang di namakan DAM dengan mengorbankan haiwan atau memberi sedekah .

Terdapat lima tempat-tempat luar Kota Suci Makkah yang jemaah untuk mengerjakan Umrah atau Haji.Tempat ini atau stesen dipanggil Miqat . Miqat adalah seperti di bawah:


Miqat
Kedudukan Miqa

  1. Dhul - Hulayfah : miqat ini juga di kenali Bir Ali adalah  kira-kira 9 kilometer dari Madinah dan kira-kira 450 kilometer dari Makkah. Dhul - Hulayfah adalah miqat bagi mereka yang tinggal di Madinah dan bagi mereka yang datang dari Makkah ke arah itu.
  2. Juhfah : miqat Ini adalah kira-kira 190 kilometer ke barat laut Makkah. Ini adalah miqat bagi orang-orang yang datang dari arah Syria.
  3. Qarn al- Manazil : miqat Ini adalah tempat yang berbukit kira-kira 90 kilometer di timur Makkah. Ini adalah miqat bagi penduduk Nejd atau bagi mereka yang datang dari arah itu.
  4. Dhat Irqin : miqat Ini adalah kira-kira 85 kilometer ke arah timur laut dari Makkah. Ini adalah miqat bagi penduduk Iran, Iraq dan bagi mereka yang datang dari arah itu.
  5. Yalamlam : miqat Ini adalah kawasan berbukit kira-kira 50 kilometer ke tenggara Makkah. Ini adalah miqat bagi penduduk Yaman dan lain-lain yang datang dari arah itu. Ia adalah miqat bagi kebanyakan jemaah dari China, Jepun , India, Pakistan yang datang dengan kapal.
Miqat for Mecca
Miqat Bagi Penduduk Mekkah

Kawasan di luar Masjidil Haram , tanah suci di mana terletaknya Bandaraya Makkah, dipanggil al- Haram. Orang Islam yang memasuki kawasan Haram untuk perniagaan atau untuk tujuan lain yang tidak perlu melakukan ihram sebelum memasuki Kota Suci Makkah melainkan mereka mempunyai niat untuk melakukan Umrah atau Haji. Orang Islam datang ke Makkah dengan tujuan untuk melaksanakan Umrah atau Haji tidak menyeberangi miqat tanpa memasuki ke Mekah dalam keadaan berihram , kecuali jika mereka tinggal dalam kawasan di antara miqat dan Haram. Dalam kes ini mereka melakukan Ihram sama ada di rumah atau sebelum memasuki kawasan Haram .

Ruj Miqat di sini 

Apakah Hukum Umrah?
Dalam permasalah hukum umrah ini ada beberapa khilaf pendapat antara pendapat para ulama. Sebahagian pendapat Ulama Malikiyah, dan pada kebanyakan ulama Hanafiyah berpendapat bahawasanya ‘umrah itu sunnah muakkad, iaitu wajib hanya sekali seumur hidup. kerana menurut istilah ulama Hanafiyah sunnah muakkad itu sama dengan wajib.

Para ulama mahzab Syafi’iyah dan Hambali berpendapat bahwa umrah itu wajibnya hanya sekali seumur hidup dengan berlandaskan firman Allah SWT,

Kaabah for muslim
Dalil Al Quran

Maksud ayat diatas adalah sempurnakanlah kedua ibadah (haji dan umrah) tersebut. Dalam ayat tersebut digunakan kalimat perintah, hal itu menunjukkan akan kewajiban untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Dalil lainnya adalah,
Doa
Dalil hadith

Walaubagaimanapun ada juga pendapat yang menyatakan bahawa umrah itu sunnah muakadah.




Umrah Secara Persendirian?
Lazimnya untuk menunai ibadah umrah secara persendirian kerana mahu menjimat kos ataupun ingin memperluaskan pemandangan ataupun suka menghadapi cabaran ...

Anda pernah buat umrah? Jika belum- baik ikut pakej yang ditawarkan dari mana TA. Yang berpengalaman pun tak sanggup nak buat secara persendirian dan amat susah untuk mendapat kelulusan Visa Umrah. Jika anda guna visa ziarah (selalunya mahal sikit) tak mengapa. Tapi tahu ke cara yang selamat untuk ke Madinah atau ke Mekah?

Maaf kerana saya bercerita mengenai perkara- kurang mengalakkan nie. Nak pergi Umrah anda hendaklah menggunakan Visa Umrah tapi trendnya hendaklah BERSAMA Muasassah (agen di Saudi) yang dilulukan oleh Lembaga Haji Arab Saudi. Jika tidak, perjalanan akan menjadi terlebih sukar. Nie bukan dugaan atau kifarah tapi saja cari pasal. Visa Umrah satu hal pulak ... hanya sah dalam tempoh 30 hari sahaja, selepas tarikh yang dicopkan dipasport anda oleh Kedutaan Saudi tempatan.

Muasassah mengesahkan ...

1. Anda telah membuat pembayaran hotel, pengangkutan dan makanan;
2. Anda mempunyai tiket penerbangan pergi balik yang sah
3. Anda sudah buat injection
4. dan sebagainya

Anda berkemungkinan dapat melepasi perkara2 di atas dengan hanya membayar yuran perkhidmatan kepada agen di Malaysia. Tetapi, ingat yer bahawa tempoh visa tamat semakin berkurangan dan sudah pasti tidak lebih dari 30 hari.....

KOS PENERBANGAN.

Setelah anda mendapat visa anda beli ticket MAS, Saudi Air atau AirAsia dan NAS Air ke Jeddah .... Lazimnya tiket ke Jeddah selalu habis dijual, sebab nie belum lagi cerita pasal birokrasi syarikat penerbangan yang suka potong queue (no customer right yer ...).

Katakan, anda berjaya mendapat tiket penerbangan. Anda nak kemana dulu? Adakah anda akan ke Mekah atau Madinah? Jika ke Mekah, di mana anda hendak berniat? Tak semua yang berihram dalam penerbangan yang sama, bermazhab yang sama dengan anda ... ingat tu?

Hanya penerbangan Saudi sahaja yang dibenarkan ke Madinah ... yang lain hanya dibenarkan ke Riyad atau Jeddah.

Jeddah Promo

Itenarary Jeddah
Tiket Air asia masa offer (Saya dan Keluarga) Jan 2014


NasAir yang beru memulakan perkhidmatan terus KL-Jed juga membuat promosi seperti iklandi bawah

NasAir Promotion
NAS AIR offer KUL-Jeddah Direct Flight pada SAR1000 sehala


GROUND TRANSPORT

Selepas tiba di Jeddah (kenapa tak Madinah?), anda akan berasa amat bersyukur dapat melalui pemeriksaan imigresen. Setelah anda melangkah keluar bangunan terminal, anda cari kaunter teksi ataupun bas untuk ke Mekah atau Madinah? Maaf, tiada perkhidmatan sedemikian ditawarkan, sebaliknya anda hendaklah senyap-senyap keluar (tidak ada kesalahan pun) dan sekira anda bertanya dalam bahasa arab-mudahlah perjalanan anda, jika tidak 'pasport' anda akan menjadi penyelesaian. ... Mereka akan meminta paspot anda dan pada passport tersebut tercatit nama Muasassah dan anda akan dirujuk kepada mereka..... tetapi anda cuma membayar fi perkhidmatan di Malaysia .... silap anda akan berumrah di airpot Jeddah kerana Muasassah tak kenal anda ...
Bagi Airasia di uruskan di terminal Haji dan bukan di terminal King Abdul Aziz Utara atau Selatan. Di terminal ini tak tidak ada perkhidmatan teksi, biasanya bas dari pihak ground service yang akan tunggu, oleh itu jika anda menaiki Airasia, uruskan tranport semasa di Malaysia lagi. Anda boleh ke Jeddah dan di Jeddah ambil bas ekpress ke Madinah menggunakan bas SAPTCO

Saptco Bus
bUS SAPTCO Jeddah/Madinah/Mekkah


Baiklah katakan anda memperolehi transport (samada ke Madinah ataupun Mekah), terdapat tidak kurang dari dua check point di antara Jeddah ke kedua dua tanah haram di atas.

Chek point pertama ... sebagai makluman anda keluar dari Jeddah untuk Umrah .... jika anda menggunakan visa selain umrah .... anda di arah pulang... Jika tidak anda didapati melanggar peraturan muasassah ... anda kena pulang ....

Check point kedua . akan di lalui eperti check point pertama.


Lihat juga :
Ritual Umrah

  1. Syarat-wajib umrah sama juga dengan syarat wajib haji
  2. Umrah
  3. Hukum IIbadah Umrah

Sistem Peraturan Umrah

  1.  Persediaan-awal-umrah
  2. Bagaimana umrah persendirian boleh di Laksanakan
  3. Permohonan-visa-umrah
  4. Air-asia-ke-jeddah
  5. Nasair terbang terus kualalumpur-Jeddah

Tuan/puan yang di rahmati Allah, sila tinggalakan komen anda di sini bagi menyatakan sokongan anda yang telah membaca di entri ini sampai ke saat ini. Komen tuan/puan akan di jadikan idea atau pembetulan dan penabahbaikan kepada blog ini khususnya entri di atas.

Atas komen dan sumbangan tuan/puan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terimakasih.



Rujukan utama:
                   SUMBER



Join group perbincangan melalui link

https://telegram.me/joinchat/A_Bh-zvu29udRrWkLz23uA
 

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian