Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Isnin, Mac 03, 2014

Bagaimana

Umrah Persendirian

Boleh Terlaksana Dengan Perbelanjaan Terendah
Peluang Melakukan Umrah Dengan Perbelanjaan Lebih Rendah

Assalamualaikum wbt.

 AirAsia X yang akan telah memulakan penerbangan komersialnya bermula 16hb Februari 2013 dengan kekerapan 3 kali seminggu. Di tambah satu penerbangan mulai 1hb Mei 2013 menjadikan kekerapan penerbangan ialah 4 kali seminggu. Kemunculan AirAsia X dalam sektor LCCT (Kuala Lumpur) - Jeddah telah mengubah atau mewujudkan satu fenomena baru dalam industri Umrah. Ramai di kalangan yang suka mengembara telah memasukan satu lagi destanasi mereka sabagai destanasi ibadat bila berpeluang untuk mendapatkan tambang murah bagi menunaikan Umrah. Flight AirAsia X ke Jeddah ini pula adalah jenis AirBus dan bukannya seperti jenis flight Airasia domestik  atau airasia Indonesia.

Pelancaran Airasia ke Jeddah
Pelancaran Kuala Lumpur - Jeddah
(pramugarinya berseluarpanjang cuma belum bertudung)

Pelancaran Airasia ke Jeddah 
 layout plan bagi airasia X

Pelancaran Airasia ke Jeddah
 Bz class

Pelancaran Airasia ke Jeddah





Bila pelancung kita yg sebelum ini cuma melancung ke luar negara di sekitar Asia Tenggara, Asia jauh atau Eropah, kini mereka telah berubah dan membeli tiket Airasia X sektor KL-Jeddah. Bukan saja rakyat Malaysia bahkan terlibat rakyat Indonesian dan Australia keraana kedua-dua negara ini ada connecting flight dari tempat mereka ke Jeddah melalui LCCT (KUL). Pembelian tiket cara ini memang dengan jumlah yang banyak. Semasa Tawaran hebat keseluruhan penerbangan Airasia pada 26 feb 2014 hingga 2 mei 2014 bagi pernerbangan dari 1 dec 2014 hingga 30 april 2015 (sektor lain bermula 1 okt 2014) dengan harga asas flihgt RM1069 + RM4, tempahan tiket onlinenya tak sampai 24 jam telah kehabisan, ini menunjukkan ramainya orang yang telah membeli tiket tersebut.
Katakan:

  1. AA offer 100 seat bagi setiap penerbangan, ini akan berjumlah 100 X 4 (seminggu) X 4(sebulan) X 5 bulan = 8000 seat, BAGAIMANA kalau tawaran melebihi jumlah itu.
  2. Cuba pula kita jumlahkan wang yang Airasia X kumpul bagi sektor ini, RM1073 X 8000 = lebih dari RM8.5 juta, kiraan ini tidak melibatkan pembelian makanan dan barang. 
  3. Tempahan online tiket ini sudah pasti tidak melibatkan tempahan dari agensi umrah (treval agen untuk umrah), mereka tidak ada calon jamaah bagi tempoh yang bagitu lama iaitu 1 Dec 2014 ke atas.


Dengan adanya penerbangan terus airasia selain penerbangan yang tersedia ada sebelumnya seperti MAS dan SaudiAir, bertambah ramailah masyarakat Malaysia Khususnya dan Asia sebelah sini amnya yang akan melakukan umrah cara persendirian. Jika pengeluaran VISA UMRAH bukan satu perkara susah, sudah semestinya ramai yang akan ke Tanah Suci bagi maksud mengerjakan umrah dengan tidak melalui travel agen.

Bila keadaan ini berlaku, maksud saya pembelian tiket online berskala kecil setiap kumpulan, dan jumlah kumpulan yang banyak, travel agensi umrah terpaksa menambah satu lagi produknya mereka iaitu produk Ground Handling di tanah suci. Produk Ground Handling ini di perlukan oleh kumpulan yang telah membeli tiket secara online terutama waktu tiket di offer  jika pengeluaran visa masih di tahap sekarang. Sebaliknya jika visa pula senang di perolehi, jemaah persendirian ini akan menguruskan semuanya kerana tempahan hotel juga boleh di lakukan secara online.

Dengan kaedah beli tiket penerbangan sendiri dan minta bantuan TA uruskan Ground Handling di tanah suci, jumlah perbelanjaan akan berkurang. Katakan

  1. Harga tiket RM1000 per pax 
  2. ground handling RM1700 untuk tempoh lebihkurang 12H10M
  3. kiralah sendiri perbelajaan keseluruhannya. 
Kepada TA, anda jangan risau, perkhidmatan anda masih relevan samada untuk pakej penuh atau untuk Ground Handling di tanah suci.


SYARAT-SYARAT LAIN BAGI JEMAAH UMRAH PERSENDIRIAN

Selain dari perkara di atas yang telah si sebutkan, perkara ini perlu di ikuti terlebih dahulu.


  1. Wanita ditemani mahram
Sekiranya diri seorang wanita muda berumur 45 tahun dan kebawah, pastikan mahram wajib ikut bersama. Di takrifkan sebagai mahram selain suami ialah lelaki yang haram dikahwini seperti ayah sendiri, abang atau adik lelaki yang berumur 18 tahun ke atas, atau anak lelaki (18 tahun ke atas), bapa saudara (adik atau abang sebelah ayah) dan juga bapa saudara (adik atau abang sebelah ibu). Selain itu mahram juga boleh dinasabkan kepada datuk (ayah kepada ayah atau ibu kita). Bermula tahun 2013 ini peraturan Mahram amat ketat sekali. Jangan cuba nak menipu Kedutaan Arab Saudi dengan memberikan salinan Sijil Nikah Palsu. Pihak Kedutaan meminta Sijil Nikah yang Asli dan perlu mendapat pengesahan JPN dan juga ada kes kena dapat pegesahan Wisma Putra di akhir 2013. Arab nie pelik sikit, baca lah artikat di laman yang lain, mereka boleh sesuka hati menambah peraturan sendiri walaupun tidak terdapat dalam peraturan rasmi kedutaan Haji mereka.

       2.    Pilih Tarikh Yang Sesuai

Pastikan tarikh pergi ke tanah suci ialah pada masa visa Umrah telah pun dibuka. Jangan asal nampak harga murah terus beli. Dibimbangi masa itu visa Umrah belum lagi dibuka. Untuk makluman visa Umrah tahun 2014 ini bermula 4 Dec 2013 bermula sehingga 30 Syawal nanti. Selepas bulan Syawal visa Umrah tidak dibuka kerana sudah masuk bulan Haji. Dan visa Umrah akan kembali dibuka semula, selalunya 2 bulan selesai musim Haji. Pernah juga berlaku selepas selesai musim haji VISA ZIARAH dibuka bagi memberi peluang jemaah menunaikan Umrah. Tetapi keputusan Visa Ziarah dibuka atau tidak  selepas musim haji 2014 penghujung tahun ini belum dapat dipastikan lagi. Tiket AirAsia pada hujung 2014 hanya boleh di tempah bermula 1 dec sahaja.

     3.     Pengendalian Ground Handling di Tanah Suci

Jemaah harus memahami dahulu kaedah Pengendalian Jemaah Persendirian dalm bil yg kesil oleh TA.  kos Ground Handling yang lebih tinggi berbanding jemaah secara berkumpulan. Dalam jumlah ahli jemaah yang sedikit, pastinya kos pengangkutannya lebih tinggi kerana ianya memerlukan kenderaan yang disewa khas bersama dengan Pemandu. Kos penginapan di Makkah dan Madinah TIADA BEZA dengan kos jemaah secara berkumpulan besar. Biasanya pihak Catering keberatan untuk menyediakan sajian Makanan jika jemaah terlalu sedikit atau kurang dari 10 orang. Alternatifnya, jemaah kena pandai membeli makanan sendiri yang mudah diperolehi di kawasan Hotel Penginapan. Bagi  jamaah ambil hotel Pakej Fullboard  iaitu sewaan bilik termasuk Makanan. Kaedah ini harganya pasti lebih tinggi.

Umrah Persendirian

Kenderaan Persendirian yang biasa digunakan  ialah GMC (sesuai untuk muatan sekeluarga antara 2 hingga 7 orang). Jika lebih ramai jemaah maka boleh disewa Van yang boleh memuatkan 12 orang. Jika lebih dari itu, mungkin terpaksa 2 kenderaan digunakan yang sudah pasti akan meningkatkan kos. Untuk menyewa Bas Persiaran pula dirasakan tidak praktikal jika dibanding dengan jumlah jemaah di bawah 30 orang.
Sewaan kenderaan MPV ini akan membawa jemaah dari airport Jeddah ke Madinah, Ziarah Luar Madinah, dari Madinah menuju ke Makkah, Ziarah Manasek di Makkah dan dari Makkah ke airpaot Jeddah. Dengan kata lain, jemaah secara persendirian ini akan terjamin selamat dan dapat menunaikan ibadah Umrah sama seperti jemaah yang datang secarapakej dari TA . Bezanya ialah cara layanan bagi jemaah ini lebih personal kerana jumlah jemaah yang sedikit.


Walaupun kos Ground Handling jemaah Runcit ini lebih tinggi berbanding jemaah berkumpulan dari TA, tetapi secara keseluruhan Kos Umrah seorang pastinya lebih rendah kerana mendapat tiket AirAsia yang murah. Bayangkan ada jemaah yang sudah dapat membeli tiket AirAsia pergi dan balik ke Jeddah pada harga RM800 atau RM1000 seorang seperti yang di ceritakan di atas, sedangkan biasanya kos tiket bagi pakej TA ialah antara RM3000 hingga RM4000 dan keatas (bergantung kepada jenis flight dan musim), sudah pasti ianya menjimatkan kos.

Akhir sekali, saya mengajak diri saya sendiri walaupun baru juga melakukan umrah sendirian jan 2014, juga rakan, sahabat dan pembaca semua untuk menunaikan umrah cara persendirian jika kurang mampu untuk melalui pakej anjuran TA yang rata-ratanya RM5k ke atas. Flight yang di pilih tidak semestinya dari Airasia X tetapi mana-mana penerbangan yang memberikan harga yang murah terutama bagi penerbangan terus KL-Jeddah atau KL-Madinah.

Terima kasih kerana sudi membaca.

petikan dari sumber Iqbalsafwan





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana menjawab persoalan individu/kumpulan yg mahu pergi sendiri. Saya berhajat ke Tanah Suci bersama isteri & seorang anak berusia 4 tahun. Tarikh dirancang ialah pada 22hb Mei 2014 hingga 2 Jun 2014 (kira-kira 12 malam) dan berminat menggunakan perkhidmatan Saudi Airlines/Nas Air / Air Asia. Bagi perkhidmatan menempah tiket dan hotel tentu saya boleh lakukan secara online. Visa umrah serta Pengangkutan , pihak mana boleh bantu menguruskannya kan? Sesetengah org kata, baik ambil saja pakej kalau semua mahu agensi yg urus tetapi saya lebih berminat untuk tempah secara ‘ala carte’ kerana saya boleh pilih masa dan hotel pilihan sendiri, di samping dpt menjimatkan sedikit kos kerana pendapat saya membawa anak kecil tidak perlu dikeluarkan apa2 kos selain drpd kos tiket penerbangan saja. Katil boleh berkongsi saja. Makan pula apalah sgt. Untuk makluman, ini bukan kali pertama saya ke Tanah Suci namun pergi secara ‘persendirian’ ini merupakan yg pertama.

Terima kasih..

Wassalam..


Mohon reply : fairolredza@gmail.com

Hamba allah berkata...

Mohon maaf kerana lambat membuka komen tuan Fairol. sudah lepaspun tarikh yg tuan cadangkan untuk berumrah.

Kalau kita nak buat umrah apa lagi umrah cara persendirian hendaklah bagi masa yg lebih sedikit semasa merancang. Sekurangnya lebig kurang 2 bulan dari tarikh menunaikan umrah untuk urusan tempahan tiket dan visa

TQ untuk lawatan ke blog ini dan komen yg di tinggalkan

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian