Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Jumaat, Februari 07, 2014

Umrah Secara Persendirian?

MUKADIMMAH


Lebih baik jangan... ikut saja pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan bagi orang yang belum pernah menunaikan umrah ataupun mana-mana individu yang tak mahu bersusah payah mencari maklumat perjalanan umrah cara persendirian. Bagi yang suka melancung, cara ini adalah di syo


rkan kerana perlaksanaan perjalanan umrah persendirian samalah dengan perlaksanaan pelancungan yang telah anda lakukan

Lazimnya untuk menunai ibadah umrah secara persendirian kerana mahu menjimat kos ataupun ingin memperluaskan pemandangan ataupun suka menghadapi cabaran ...

Anda pernah buat umrah? Jika belum- baik ikut pakej-pakej yang ditawarkan. Jika anda guna visa ziarah (selalunya mahal sikit) tak mengapa. Tapi tahu ke cara-cara yang selamat untuk ke Madinah atau ke Mekah?

Maaf kerana saya bercerita mengenai perkara-perkara kurang mengalakan ini. Nak pergi Umrah anda hendaklah menggunakan Visa umrah tapi trendnya hendaklah BERSAMA Muasassah (agen di Saudi) yang diluluskan oleh Lembaga Haji Arab Saudi, senarai syarikat travel di Malaysia yang di berdaftar dengan kementerian Haji KSA boleh di rujuk disini. Jika tidak visa umrah, perjalanan akan menjadi terlebih sukar. Nie bukan dugaan atau kifarah tapi saja cari pasal. Visa Umrah satu hal pulak ... hanya sah dalam tempoh 30 hari sahaja, selepas tarikh yang dicopkan dipasport anda oleh Kedutaan Saudi tempatan.

Muasassah mengesahkan ...

1. Anda telah membuat pembayaran hotel, pengangkutan dan makanan;
2. Anda mempunyai tiket penerbangan pergi balik yang sah
3. Anda sudah buat injection
4. dan sebagainya

Anda berkemungkinan dapat melepasi perkara2 di atas dengan hanya membayar yuran perkhidmatan kepada agen di Malaysia. Tetapi, ingat yer bahawa tempoh visa tamat semakin berkurangan dan sudah pasti tidak lebih dari 30 hari.....



KOS PENERBANGAN.

Setelah anda mendapat visa anda beli ticket AirAsia ke Jeddah secara terus atau laluan lain Airasia ke Dhaka ataupun India, dari situ anda beli tiket ke Jeddah, tiket penerbangan terus juga boleh di dapati dari NAS AIR .... Lazimnya tiket ke Jeddah selalu habis dijual (silap2 anda berumrah di Dhaka atau India) sebab nie belum lagi cerita pasal birokrasi syarikat penerbagan yang suka potong queue (no customer right yer ... sebab bukan Malaysia).

Kul-Jed-
Bila anda berjaya mendapat tiket penerbangan. Anda nak kemana dulu? Adakah anda akan ke Mekah atau Madinah? Jika ke Mekah, di mana anda hendak berniat? Tak semua yang berihram dalam penerbangan yang sama, bermazhab yang sama dengan anda ... ingat tu?

Hanya penerbangan Saudi dan penerbangan Cater seperti MAS, NASAIR, Muhamdiah Travel sahaja yang dibenarkan ke Madinah ... yang lain hanya dibenarkan ke Riyad atau Jeddah.
. Anda boleh menyambung penerbangan Jeddah ke MAdinah menggunakan Saudia Air atau NAsAir denga kos sekitar SAR110 hingga SAR140 sahaja sehala.

MAS
Tiket NasAir

Umrah Persendirian
Nas Air Offer





GROUND TRANSPORT

Selepas tiba di Jeddah (kenapa tak Madinah?), anda akan berasa amat bersyukur dapat melalui pemeriksaan immigresen. Setelah anda melangkah keluar bangunan terminal, anda cari kaunter teksi ataupun bas untuk ke Mekah atau Madinah? Maaf, tiada perkhidmatan sedemikian ditawarkan di terminal Hajj, sebaliknya anda hendaklah senyap-senyap keluar (tidak ada kesalahan pun) dan sekira anda bertanya dalam bahasa arab-mudahlah perjalanan anda, jika tidak 'pasport' anda akan menjadi penyelesaian. ... Mereka akan meminta paspot anda dan pada passport tersebut tercatit nama Muasassah dan anda akan dirujuk kepada mereka..... tetapi anda cuma membayar fi perkhidmatan di Malaysia .... Bagi yang mendarat di Terminal King Abdul Aziz Utara tak jadi masalah sebab di sini banyak teksi dan juga kenderaan lain.

Bila anda berjaya mendapat pengangkutan untuk ke Mekah atau Madinah (yang tertakluk pada niat umrah anda), Tetapi sebelum itu, sebagai kes study, jika kita berniat dalam kapalterbang berihram untuk terus ke Mekah, bolehkah kita menukar fikiran sebaik sahaja tiba di Jeddah untuk ke Madinah kerana anda memperolehi pengangkutan ke Madinah, tidak ke Mekah? tapi larat ke kalau anda berada dalam keadaan ihram yang begitu lama?

Baiklah anda memperolehi transport (samada ke Madinah ataupun Mekah), terdapat tidak kurang dari dua check point di antara Jeddah ke kedua dua tanah haram di atas. Check point ini akan memeriksa tiada pendatang tanpa visa sahaja. Bila sebut warga Malaysia, anggapan mereka ok dan tiada masalah.

Chek point pertama ... sebagai makluman anda keluar dari Jeddah untuk Umrah .... jika anda menggunakan visa selain umrah .... anda di arah pulang... Jika tidak anda didapati melanggar peraturan muasassah ... anda kena pulang ....






PENGINAPAN

Katakan anda berjaya sampai ke Mekah atau Madinah. Kalau pergi sendiri selalunya bilik satu malam sekitar RM600. Sememangnya banyak hotel disitu tetapi kena carilah satu demi satu ... kalau di Mekah masa dalam ihram tuuuu (amacam dugaan atau cabaran?). kalau sudah di tempah lebih awal melalui Agodadotcom atau apa-apapun cara tempahan online yang berkembang sekarang ini adalah lebih baik

Masalah yang mungkin di hadapai adalah berkaitan perkara bahasa perhubungan, peraturan-peraturan ketat, hukum-hukum umrah, keselamatan.



BAYANGKAN ...




Semua diatas bersama-sama dengan tanggungan seperti ibu, adik, saudara-mara, sahabat atau sesiapa jua ... (nie orang kata ... cari penyakit!). Baik guna khidmat TA


Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian