Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Selasa, April 08, 2014

NAS AIR Terbang Terus Kuala Lumpur Jeddah, Peluang Mengerjakan Umrah Pada Kadar Murah

Assalamualaikum wbt.

1
Offer Price Oleh Nas Air untuk Penerbangan 1 apr 2014 - 31 mei 2014

2

Baru-baru ini Nas Air  mengumumkan laluan penerbangan terus KUL ke Jeddah  bermula 1 april 2014. Sebelum ini Nas Air hanya penerbangan transit kecuali sewa khasnya adalah terus. Kekerapan 2 kali seminggu bagi penerbangan terus. Dan bermula pada 1hb apr 2014 hingga 31 mei yang lalu, Nas Air melalui web jualan tiket flynas.com sektor Kuala Lumpur ke Jeddah telah mencetuskan satu fenomena baru dalam industri Umrah terutamanya bagi jemaah umrah persendirian. Kini ramai yang berpeluang untuk mendapatkan tambang murah bagi menunaikan Umrah. Dan untuk makluman flight NAS AIR  ke Jeddah secara terus adalah pada hari isnin dan khamis sahaja manakala Jeddah ke KL pada ahad dan jumaat.

3
Tiket offer Nas Air
SAR1000 = MYR871.59 (5 april 2014)

Saya telah melakukan search tiket sewaktu offer dan seperti yang di tunjukan di atas. Dengan tawaran serendah ini sudah tentu memberikan peluang yang lebih baik kepada jemaah persendirian tawaran oleh penerbangan Airasia dan juga LION Air melalui Malindo Air

Tawaran harga murah oleh Nasair berbeza dengan Airasia dari segi masa. Nas air offer pada jangka masa terdekat manakala Air asia offer di awal tahun untuk penerbangan akhir tahun atau tahu berikutnya.


Pilih Tarikh Yang Sesuai bila ada Tawaran harga

Pastikan tarikh pergi ke tanah suci ialah pada masa visa Umrah telah pun dibuka.Untuk makluman visa Umrah pada akhir 2013 ialah pada 5 dec 2013 dan berakhir pertengahan ramadham. Bulan Syawal visa Umrah telah tidak dibuka kerana sudah masuk bulan Haji. Dan visa Umrah akan kembali dibuka semula, pada akhir 2014 selalunya selepas 2 bulan selesai musim Haji. Belian tiket Nas Air pada hujung tahun  belum pasti jemaah boleh menunaikan Umrah kerana ketidakpastian visa diperolehi atau tidak.

4


Peserta Jemaah Persendirian wanita kurang 45 tahun mesti ditemani mahram

Sekiranya seorang wanita muda atau kurang dari 45 tahun, pastikan mahram wajib ikut bersama. Yang ditakrifkan sebagai mahram ialah lelaki yang haram dikahwini seperti ayah sendiri, abang atau adik lelaki yang berumur 18 tahun ke atas, atau anak lelaki (18 tahun ke atas), bapa saudara (adik atau abang sebelah ayah) dan juga bapa saudara (adik atau abang sebelah ibu). Selain itu mahram juga boleh dinasabkan kepada datuk (ayah kepada ayah atau ibu kita). Bermula tahun 2013 lagi peraturan Mahram amat ketat sekali. Cubaan nak menipu Kedutaan Arab Saudi dengan memberikan salinan Sijil Nikah Palsu akan membuatkan permohonan kumpulan umrah persendirian di tolak.


Pengendalian Ground Handling di Tanah Suci

Jemaah harus memahami dahulu kaedah Ground Handling yang lebih tinggi berbanding jemaah secara berkumpulan dalam pakej yang lebih besar. Bila jumlah ahli jemaah yang sedikit, pastinya kos pengangkutannya lebih tinggi kerana ianya memerlukan kenderaan yang disewa khas bersama dengan Pemandu. Kos penginapan di Makkah dan Madinah TIADA BEZA dengan kos jemaah secara berkumpulan. Cuma biasanya pihak Catering keberatan untuk menyediakan sajian Makanan jika jemaah terlalu sedikit atau kurang dari 10 orang. Alternatifnya, jemaah kena pandai membeli makanan sendiri yang mudah diperolehi di kawasan Hotel Penginapan atau ambil Pakej Fullboard di Hotel Penginapan iaitu sewaan bilik termasuk Makanan. Kaedah ini harganya pasti lebih tinggi.

Nas Air
Penggunaan GMS sangat populer  di KSA


Kenderaan Persendirian yang biasa digunakan ialah GMC (sesuai untuk muatan sekeluarga antara 2 hingga 7 orang). Jika lebih ramai jemaah maka boleh disewa Van yang boleh memuatkan 12 orang. Jika lebih dari itu, mungkin terpaksa 2 kenderaan digunakan yang sudah pasti akan meningkatkan kos. Untuk menyewa Bas Persiaran pula dirasakan tidak praktikal jika dibanding dengan jumlah jemaah.


Saptco



SaptcoSewaan kenderaan MPV ini akan membawa jemaah dari airport Jeddah ke Madinah, Ziarah Luar Madinah, dari Madinah menuju ke Makkah, Ziarah Manasek di Makkah dan dari Makkah ke Jeddah (kepulangan jemaah). Dengan kata lain, jemaah secara runcit ini akan terjamin selamat dan dapat menunaikan ibadah Umrah sama seperti jemaah yang datang secara berkumpulan. Bezanya ialah cara layanan bagi jemaah Runcit ini lebih personal kerana jumlah jemaah yang sedikit.

Walaupun kos Ground Handling jemaah persendirian ini lebih tinggi berbanding jemaah berkumpulan, tetapi secara keseluruhan Kos Umrah seorang pastinya lebih rendah kerana mendapat tiket NASAIR yang murah. Bayangkan ada jemaah yang sudah dapat membeli tiket NASAIR pergi dan balik ke Jeddah pada harga RM1700 seorang, sedangkan biasanya kos tiket antara RM3000 hingga RM4000 (bergantung kepada jenis flight dan musim), sudah pasti ianya menjimatkan kos.

Kepada yang berminat untuk menunaikan Umrah PersendirIAN menaiki NASAIR yang murah dan boleh memohon mana pihak menguruskan VISA dan ground handling.

Wassalam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Haji,

Berkenaan mahram ya….saya ada bertanya dengan travel agent. Mereka kata BAPA SAUDARA BELAH IBU TIDAK BOLEH JADI MAHRAM UNDER SAUDI VISA APPLICATION.
Payah betul kalau bapa cuma ada adik bradik perempuan shj. Ikut hukum, BAPA SAUDARA TIDAK KIRA BELAH MANA PUN, SUDAH DI KIRA MUHRIM.
Ya kan Tuan Haji?

wassalam

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian