Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Rabu, November 06, 2013

UMRAH ALA BACK PACKER

  Saya ingin mengingatkan di sini, blog ini tidak menganjurkan apa-apa pakej UMRAH atau ZIARAH. Blog ini sekadar berkongsi pengetahuan untuk makluman. Jika ianya berfaedah, bolehlah anda baca dan fikir-fikirkan. 
Anda juga di alualukan untuk memberikan Sumbangan dalam bentuk penulisan tentang UMRAH terutamanya cara mengerjakan umrah yang mampu oleh kebanyakan masyarakat



Untuk anda yang hendak menunaikan ibadah umrah namun ingin mendapatkan kesan perjalanan yang berbeza dari biasanya mungkin perjalanan umrah ala backpacker boleh menjadi pilihan anda. Salain murah tentu saja pengalaman berbeza akan anda dapatkan .

Berikut ini tips untuk melakukan perjalanan umroh ala backpacker :

 Pertama , kumpulkan maklumat selengkapnya, berapa lama yang perlu berada di tanah Suci, Penginapan, tempat makan, hinggalah tiket penerbangan untuk pergi dan balik.

Kedua. Setalah maklumat telah di kumpul , siapkan keperluan yang akan dibawa , samada dukumen keperluan berupa pasport, salinan kad pengenalan, gambar saiz PP dengan 80% muka , ( bagi perempuan mesti bertelekung) berlatar belakang putih dan berwarna. Tips: Bila perjalanan terus ke Mekkah dalam rangka umrah sangat susah , cubalah untuk mengurus VISA perjalanan namun dengan tujuan yg berhampiran dengan Mekkah contoh nya Mesir dan begitu di lapangan terbang Kaherah , anda boleh mengurus visa ke Arab Saudi di bahagian ketibaan . Di Jeddah, ikutlah travel yang banyak terdapat di sana. Dan biasanya harga yang ditawarkan pun murah, namun sekali lagi hati -hati kerana sering terjadi kes penipuan di sana .

Ketiga, masalah pengangkutan, untuk menjimatkan kos, haruslah memilih penerbangan seperti AirAsia untuk penerbangan terus ke Jeddah dan Royal Brunei , Qatar Airways , Emirates, Gulf Air dan Yemen Air . Ada kebaikan tersendiri kerana anda boleh melawat negara berkenaan semasa transit. Jumlah masa pernerbangan melalui transit adalah lebih lama sedikit kira-kira 10 jam. Jadi , disyorkan anda tidur dalam penerbangan untuk mengelakkan jetlag .

Keempat, Ketika tiba di Mekkah anda sebaiknya memilih hotel melati , biasanya disana dikatagorikan dengan hotel satu, dua, atau tiga bintang, dalam hal ini jangan berharap kemudaha mewah di hotel, namun cukup untuk sekadar tidur ataupun melepaskan lelah setelah seharian beribadah di tanah suci.

Kelima, ibadah umrah sendiri berlangsung hanya berapa jam saja untuk sekali umrah, banyak waktu dapat anda gunakan untuk berziarah ke tempat bersejarah lain. Oleh itu kumpulkan maklumat tempat-tempat bersejarah lengkap dengan cara perjalanannya. Note: sebaik-baiknya anda mempelajari sedikit tentang bahasa arab, agar tidak mudah tertipu ketika berada disana lebih-lebih lagi untuk wanita yang seorang diri. Cuba untuk elakan lokasi yang kelihatan sepi kerana terdedah kepada jenayah.

  semoga Bermanfaat Search katogeri:

 Umrah cara back packer.
Umrah back packer,
Umrah murah,
cara mengerjakan umrah murah,
Umrah cara transit
Ziarah dan umrah
Ziarah murah
kaedah umrah
penipuan umrah
faedah umrah
kelainan umrah

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian