Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Memaparkan catatan dengan label Jadual Penerbangan UMRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jadual Penerbangan UMRAH. Papar semua catatan

Sabtu, April 25, 2015

PENGALAMAN UMRAH PERSENDIRIAN SECARA SOLO

JOM UMRAH. UMRAH Persendirian












Ayuk bersama dgn kumpulan perbincangan tentang Umrah Persendirian

https://telegram.me/joinchat/A_Bh-wERJkawWx-G8CH0Qg


https://telegram.me/joinchat/A_Bh-wERJkawWx-G8CH0Qg




Selasa, Januari 27, 2015

UMRAH PERSENDIRIAN KELUARGA TUAN ESS

JOM UMRAH. UMRAH Persendirian / Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3900.00 Jom UMRAH JOM









Ahad, September 28, 2014

TELEGRAM TELAH MENGGANTIKAN TEMPAT WHATSAPP BAGI GROUP UMRAH PERSENDIRIAN

UMRAH PERSENDIRIAN

Di kemaskini: 1 mei 2015
Sememangnya ramai rakyat Malaysia yang telah menunai umrah cara persendirian atau umrah tidak mengikut pakej dari mana-mana travel agen cuma tidak di ketahui umum atau dengan kata lain, pengetahuan tentang cara ini tidak tersebar luas. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej TA di samping faktor kepuasan lainnya.
Wujudnya group whatapps atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload pada 31 ogos 2014 telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua hari sahaja UP whatsapp tersebut telah mencapai tahap maksima bil ahlinya (padamasa itu maksima ialah 50 ahli  ~kini ialah 100 ahli). "Umrah Persendirian G2" di tambah bagi menampung jumlah yang terus meningkat. Walau bagaimanapun G2 juga akan mencapai jumlah maksima dalam masa yg singkat.

Ahli UP yang sedia ada telah mengadakan satu pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, mereka membawa bersama pasangan dan juga anak-anak.

Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.

Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan media “telegram” tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya asalnya. Telegrem sememangnya tidak popular dan tidak mesra pengguna masa ini tetapi ia dapat menampung jumlah ahli sehingga 200 orang bagi setiap group. Telegram akan di minati di masa akan datang, insyaallah.
icon telegram


Icon2 Telegram







TECHNOLOGY

Telegram vs Whatsapp – 

Best Free Instant Message







Telegram V$ Whatsapp


Di sebabkan kelebihan telegram berbanding dengan appl lain, maka group telah menerima penggunaan appl telegram sebagai perantaraan untuk perbincanag.

Jika anda pembaca semua berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat beragama Islam serta berumur 18 tahun ke atas bolehlah menghantar email menyatakan hajat itu kepada email : umrahsenang@gmail.com
atau
menghubungi melalui telegram melalui username
1. @umrahpersendirian
2. @freetollup

Sekian terima kasih

Jumaat, Julai 04, 2014

Umrah Persendirian

Jan 2014

Catatan Persediaan UMRAH PERSENDIRIAN/private kami..


Andai di izinkanNya, inilah pertama kali kami mengerjakan umrah secara beramai-ramai (keluarga) secara Persendirian bersama-sama ibu dan adik beradik sebagaimana impian bagi setiap orang.

Memang kalau di rancang dengan betul tidak pulak menemukan jalan cuti yang sama dan sebagainya (tidak seperti kebiasaan percutian keluarga kami sebelum ini). Entah kenapa kali ni tiba-tiba je kami dapat kata sepakat.

Paling gembira ibu saya juga turut serta kerana. InsyaAllah..

Hampir semuanya kami uruskan sendiri tanpa pakej umrah dari mana-mana agent kecuali perkara visa..

Berikut beberapa catatan tak seberapa yang saya tulis di sini, sebagai kenangan kepada ahli keluarga dan anak-cucu yang mungki suatu masa akan menunaikan umrah cara persendirian seperti yang kami lakukan ini, catatan ni juga bagi mengelak terlupa proses dan perjalanan. Mungkin juga menjadi panduan pada yang lain yang berhajat melakukan umrah cara persendirian sebagini..



Dokumen yang perlu:
  1. Pastikan passport tempoh sah laku passport 6 bulan dari perjalanan kita. Beserta 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar visa yang diperlukan 4 keping. Latarbelakang berwarna putih.
  3. Buku/Sijil suntikan Meningitis 
  4. Salinan sijil nikah beserta cop pengesahan dari Jabatan... Pastu bawa cop kat Wisma Putra kat putrajaya pulak k..(untuk pasangan isteri berumur bawah 45 tahun)
  5. Salinan sijil kelahiran untuk anak-anak beserta cop pengesahan Jabatan.. Pastu bawa cop kat Wisma Putra pulak k..(anak berumur bawah 18 tahun) (kumpulan kami tak terlibat)
  6. Sijil beranak/nikah/kad pengenalan mahram (bukti mahram bagi perempuan yang belum berkahwin)

TA Berdaftar dgn Kementerian Hajj KSA
Catatan penting:
* Salinan nikah/kelahiran tu nanti kami akan bawa cop pengesahan di Wisma Putra pula..
* Visa hanya boleh dimohon sebulan sebelum tarikh tiket kapal terbang-perjalanan (sila lantik agent yang bertauliah untuk tujuan visa)-terdapat 20 agen yang berdaftar dengan kementerian Hajj Arab Saudi




Tiket Kapal Terbang


*Kami beli dari web airlines sendiri..
Kami memilih Airasia semasa offer tempohari untuk penerbangan Umrah kami kali ini. Kami bercadang nak memilih peerbangan terus ke Jeddah disebabkan ada 3 orang yang di anggap berumur..


Hotel: Kebiasaan percutian kami, kami selesa memilih Agoda


**last minute kami guna khidmat 'Ground Service' di sana untuk keselesaan kumpulan jemaah kami kerana kami tak terdapat dalam senarai agoda Mecca atau hotels in Mecca (sebab nak hotel yg murah)**







Ya Allah...
Permudahkan lah segala urusan kami...


Semoga segala yang dirancang akan dipermudahkanNya dan mendapat izinNya.. Jangan putus berdoa da solat hajat kerana segalanya dengan izinNya..


**Alhamdulillah.. Kami selamat menjalani ibadah umrah & ziarah pada 11 jan 2014 dan selamat kembali ke tanah air pd 23  jan 2014..**

Khamis, Mac 20, 2014

UMRAH


Kaabah



Umrah atau ( Bahasa Arab: عمرة ) ialah mengunjungi Baitullah di  Mekah , Arab Saudi ,melakukan ihram, tawaf, sa'ie dan bertahallul mengikut tertib. yang di mana ianya boleh di laksanakan oleh orang Islam pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali pada bulan-bulan haji. Dalam bahasa Arab, Umrah bermakna "untuk mengunjungi Baitullah di Makkah.

 Dalam Syariah , Umrah bermakna untuk melaksanakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanhyak 7 pusingan selepas berIhram ( keadaan suci) ,  dan bersaie antara Safa dan Marwah , sama ada dari miqat seperti Zu'l- Hulafa , Juhfa , Qarnu ' l Manazil , Yalamlam , Zat -i- ' Irqin , Ibrahim Mursia , atau tempat di Hill. Ia kadang-kadang dipanggil ' haji kecil '. , Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Kaabah

Saie

Saie

Saie

Saie


Ritual Umrah

Jemaah umrah melakukan suatu siri perbuatan ritual simbolik kehidupan Ibrahim ( Abraham ) dan isteri keduanya Hajar, dan perpaduan dengan umat Islam di seluruh dunia. Perbuatan iman ialah:
Lakukan tawaf " طواف ", yang merupakan  mengelilingi Kaabah tujuh kali dalam arah lawan jam. Lelaki digalakkan untuk melakukan ini tiga kali pada kadar yang pergerakan laju, diikuti dengan empat kali, lebih rapat , pada kadar yang lebih santai .

Lakukan bersaie " سعي ", yang bermaksud berjalan cepat tujuh kali berulang-alik antara  bukit Safa dan Marwah . Ini adalah enakmen semula carian terburu-buru Hajar kerana air. Bayinya Ismail menangis dan memukul tanah dengan kakinya ( beberapa versi cerita yang mengatakan bahawa malaikat disisi kaki atau beliau hujung sayap menyentuh tanah ), dan air ajaib muncul sebagainya. Ini sumber air adalah hari ini dipanggil telaga Zamzam .

Lakukan halq atau taqsir , bermakna memotong rambut. Taqsir adalah memendekkan separa rambut ,  manakala halq adalah satu mencukur lengkap kepala, kecuali bagi wanita, kerana mereka memotong sejumlah kecil rambut.

Ritual ini melengkapkan Umrah , dan jemaah umrah boleh memilih untuk keluar dari ihram . Walaupun bukan sebahagian daripada upacara tersebut, kebanyakan jemaah minum air dari telaga Zamzam . Pelbagai mazhab Islam melaksanakan upacara ini dengan kaedah yang sedikit berbeza.
Masa-masa puncak haji hari-hari sebelum, semasa dan selepas Haji dan sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadan .


jenis Umrah

Terdapat dua jenis Umrah , bergantung kepada sama ada seseorang ingin menggabungkan Umrah dengan Haji: al- Umrat al- mufradah al- mustaqillah 'an al -Hajj (al- Umrat al mufradah ) dan al- Umrat al- mundammah ila al- Haji ( Umrat al- tammatu ).

al- Umrat al mufradah merujuk kepada Umrah yang dilakukan secara bebas daripada Haji.
Umrat al- tammatu merujuk kepada Umrah yang dilakukan sempena Haji. Lebih tepat lagi , upacara-upacara Umrah dilakukan pertama dan kemudian ritual Haji dilakukan kemudian.



Khamis, Mac 13, 2014

NAS AIR Terbang Terus KL-Jeddah. Satu Peluang Bagi Penggemar Penerbangan Tambang Rendah Menunaikan Umrah

JOM UMRAH.  UMRAH Persendirian / Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3500.00 Jom UMRAH JOM UMRAH
nasAir

Nas Air akan memulakan penerbangan Low cost bermula 1 april 2014 bagi sektor Jeddah-Kuala Lumpur secara terus. Sebelum ini Nas Air hanya beroperasi di KUL-JED dengan satu persinggahan.Kehadiran Nas Air LCC ini sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada para jemaah terutama yang memilih untuk melakukan umrah persendirian atau umrah tidak menggunakan travel agent. 

Sebelum ini telah kedengaran banyak jemaah yang telah memilih melakukan ibadah umrah cara persendirian termasuklah penulis blog ini sendiri apabila berpeluang membeli tiket promosi AA pada awal 2013 dulu.



NasAir




NasAir

NasAir

NasAir


Nas Air bukanlah syarikat baru dan juga sektor KUL-JED juga bukanlah baru. Cuma berbeza kali ini ianya menawarkan tiket tetap SAR1000 bagi KUL-JED dan SAR999 bagi sektor sebaliknya. 

NasAir
 Search Tiket  5 penumpang

NasAir


KREW 

Nampaknya pramugara/pramugari mereka lebih baik dari segi pakaian kerana yang perempuannya menutup kepala.

NasAir

NasAir

NasAir

Terimalah kalau ia memberikan kebaikan kepada jemaah persendirian terutamanya.


Terima kasih.

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian