Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Memaparkan catatan dengan label solat sunat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label solat sunat. Papar semua catatan

Isnin, April 28, 2014

Solat Sunat Isyraq


.
Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.
.

Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.

Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.” (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.

Keutamaan Solat Isyraq

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’.

Keterangan Hadis

Keterangan lanjut tentang hadis di atas:
  • Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti’” menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)
  • Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari terbit dan meninggi.” (HR Muslim dan at-Tirmidzi)
  • Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.
  • Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.
  • Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu.
Cara Melakukan Solat Isyraq
1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
2. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
3. Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
4. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.
5. Selepas salam bacalah doa ini;

 

 

6. Atau boleh dibaca doa ini;

Solat Sunat Nisfu Syaaban


Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat2 sunat Mutlaq, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban

1. Lafaz niat:
Daku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.
2. Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
.
3. Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
.
4. Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:

5. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.
6. Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.

Maknanya;


by
shafiqolbu
.
.

Solat Sunat Musafir


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

ما خلف أحد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد السفر

“Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”
(Al-Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Dar Ihya’ At-Turots al-Arobiy)

Dalam hadis lain dari Sahabat Anas RA disebutkan:

وعن أنس قال كان النبي صلى الله عليه وسلم لا ينزل منزلا إلا ودعه بركعتين

Dari sahabat Anas berkata: “Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah tinggal di suatu tempat tinggal kecuali Baginda meninggalkannya dengan dua rakaat.”

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ

وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

“Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.”
(H.R. Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani)

Sekiranya seseorang itu ingin memulakan perjalanan yang melebihi 2 marhalah (96 kilometer); Maka disunatkan baginya mendirikan solat sunat Musafir dua rakaat. Pada umumnya cara melakukan Solat Sunat Musafir adalah sama seperti solat-solat sunat biasa yang lain.



Cara Melakukan Solat Sunat Musafir


  1. Lafaz niatnya:-

2. Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:
Rakaat pertama: Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua: Al-Ikhlas Surah atau An-Naas

3. Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.
Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)

4. Akhirnya baca doa melakukan perjalanan (musafir) berikut:

Maknanya:-

Ya Allah! Dengan pertolongan-Mu daku melawan musuh, dengan pertolongan-Mu daku menjelajah dan dengan pertolongan-Mu daku berjalan. Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu akan kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini serta apa yang Dikau redhai dari segala perbuatan. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan kami ini dan perdekatkanlah mana yang jauh. Ya Allah! Dikaulah yang sebenarnya menyertai daku dalam perjalanan ini dan pengganti (wakil) kepada keluarga dan harta yang ditinggalkan. Kerana itu sertakanlah dalam perjalananku ini, keselamatan dan kesehatan, dan tinggalkanlah pada keluarga dan hartaku kebaikan. Ya Allah! Sesungguhnya daku berlindung dengan-Mu daripada kesukaran perjalanan, kejemuan pemandangan dan perubahan buruk terhadap harta, keluarga dan anak pinak. Semua yang kembali, semua orang yang bertaubat dan semua orang yang beribadat, kepada Tuhan kami mereka memuji, dengan Rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!


5. Doa memulakan perjalanan
Setelah berada di dalam kenderaan, sebelum berlepas, bacalah doa berikut;
.

Atau;




والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


10 responses to this post.


  1. artikelnya bagus,,
    Reply
  2. Posted by faaiz on 16/03/2013 at 10:29 am
    jazakallah ahsanal jazaa
    Reply

  3. Posted by fizie on 18/03/2013 at 9:45 pm
    Sangat berguna…terima kasih tuan.
    Reply

  4. Posted by sazizi on 09/04/2013 at 1:27 pm
    salam admin…mohon untuk share kan
    Reply

  5. alhamdulillah … syukran…
    Reply

  6. Posted by fadhillah on 02/08/2013 at 1:29 pm
    assalamualaikum ustaz.. buat sekarang saya holiday kat ngri saudi (riyadh) untuk 2bulan, dan saya mnegerjakan solat jamak selama 3hari krna saya dikirakan orang musafir. Lalu saya pergi Makkah utk mngerjakan umrah selama 3hari dan balik k’riyadh semula dan mngerjakan solat jamak selama 3hari.. betul ke cara saya buat itu ustaz? adakah saya masih orang musafir? maaf jika kurg difahami..
    Reply

    • وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله ِوَبَرَكَاتُه
      Sekiranya Ukhti Fadhilah telah berniat untuk tinggal melebihi 3 hari di Riyadh, maka hanya jamak di Makkah saja yang boleh diterima..
      والله أعلم بالصواب

      Wallahu A’lam Bish Shawab
      Reply

      • Posted by fadhillah on 06/08/2013 at 12:37 pm
        astaghfirullah al’azim.. jadinya wajib lh saya qadha fardhu saya itu ustaz? terima kasih ustaz atas penerangan nya.. saya masih jahil tentang solat jamak, itupun saya ikut cousin saya solat jamak..boleh kah sekiranya ustaz buat blog mengenai solat jamak & qasar.. hanya mmberi cadangan.. :) terima kasih ustaz



  7. Posted by dayang on 30/09/2013 at 7:09 pm
    Mohon share doa di atas,terima kasih.
    Reply

  8. Posted by Saidah Ibrahim on 30/09/2013 at 10:32 pm
    Terima kasih di atas perkongsian yg sungguh bermanafaat. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRO. Mohon share ya ustaz.
    Reply

Solat Sunat Lailatul Qadar






Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).
Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.
.
Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya.


Cara Melaksanakan Solat Lailatul Qadar


Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.

1. Niatnya:

2. Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:
1. Al-Takatsur 1 kali
2. Al-Ikhlas 3 kali.


3. Selepas memberi salam baca doa;


Rasulullah SAW bersabda: Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

والسلام




Ahad, April 27, 2014

Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari)




‘Gerhana Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.


Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai ‘sebaik-baik kurun’.

Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.


Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.”


Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat Gerhana ini berdasarkan banyak hadis berkaitan gerhana. Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”


Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”




Solat Sunat Gerhana Matahari

Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.

Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.


Waktu Solat Gerhana Matahari

Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.


A. Pelaksanaan Gerhana Matahari (Kusuf)

‘Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari’ tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Dalam semua cara Solat Sunat Gerhana Matahari, hendaklah diperlahankan suara ketika membaca surah.


1. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :



Aku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).

Dari Aisyah r.a. berkata:
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian Baginda mengangkat kepala dan mengucapkan“Sami’ Allahhu Liman Hamidah”, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian Baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, sedang rukuk ini berkurang dari rukuk pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana.” (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


3. Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.


4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;



5. Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :





B. Ringkasan Cara Solat Sunat Kusuf


Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) ini boleh dilakukan dengan4 cara atau empat kaedah dan dalam solat ini bacaan Al-Fatihah dan surahnya dibaca dengan suara perlahan dan tidak dinyaringkan.


Secara ringkasnya Solat Gerhana / Solat Sunat Kusuf adalah seperti berikut :

1. Cara Pertama

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) boleh dilakukan dengan cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana Solat Sunat Zuhuratau mana-mana solat sunat. Didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.


2. Cara Ke-Dua

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara ‘ ال أدنى ‘, iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud pada setiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap Qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu) kemudian rukuk dan berdiri tegak semula (qiam kedua).

Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian rukuk semula (dipanggil rukuk kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.


3. Cara Ke-Tiga

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara membaca tasbih dan surah panjang.


           a. Rakaat Pertama

                   1. Takbiratul Ihram.

                   2. Membaca Doa Iftitah.

                   3. Membaca Ta`awwuz.

                   4. Membaca surah al-Fatihah.

                   5. Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.

                   6. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

                   7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

                   8. Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

                   9. Iktidal.

                 10. Sujud dan membaca tasbih.

                 11. Duduk antara 2 sujud.

                 12. Sujud kembali.

                 13. Berdiri ke rakaat kedua.


           b. Rakaat kedua

                  1. Membaca surah al-Fatihah.

                  2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

                  3. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.

                  4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.

                  5. Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

                  6. Iktidal.

                  7. Sujud dan membaca tasbih.

                  8. Duduk antara 2 sujud.

                  9. Sujud kembali.

                10. Membaca Tasyahud Akhir.

                11. Memberi salam.


                      Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة

Ishak B. Rahawaih berkata: “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”


      4. Cara Ke-Empat

Cara keempat Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari), ia didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 4 kali Qiam, 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.

Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan membaca 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
Disunatkan membaca dengan suara perlahan surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat gerhana matahari.
Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca al-Fatihah dan surah, lalu rukuk.
Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.


              Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ سَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ. 

“Ketika terjadi gerhana di zaman Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).


Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata: “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara solat gerhana memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat gerhana dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali rukuk dalam setiap raka’at, atau empat kali rukuk dalam setiap raka’at.” (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)


Nota
Makmum yang tertinggal rukuk yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.


C. Khutbah Solat Gerhana :

Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana.
Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.
Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.


                       Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

“Seterusnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana.” (Riwayat Bukhari r.a.)


Pertembungan Solat

Jika gerhana berlaku serentak dengan solat fardhu yang lain, maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling utama:

Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat witir didahulukan solat gerhana.


Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengadakan dan menunaikan ‘Solat Sunat Kusuf’ ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana matahari tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.


Matla’ Badrain.
Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Artikel Berkaitan:
Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) (Klik Di Sini)
Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Khusuf (Klik Di Sini)
Khutbah Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) (Klik Di Sini)
Gerhana Penuh Dan Solat Khusuf (Klik Di Sini)


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



Share this:

shafiqolbu

Solat Sunat Nikah








Di satukan melalui nikah
.
Solah Sunat Nikah berjamaah


Solat sunat selepas akad nikah dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kepada Allah سبحانه وتعالى yang telah menentukan jodoh pertemuan dengan isteri/suami yang tersayang.


Melaksanakan Solat Sunat Nikah boleh dilakukan sejurus selesai majlis akad nikah atau pada masa yang sesuai. Kedua-dua pengantin hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah Yang Maha Penyayang supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah سبحانه وتعالى daripada sebarang keburukan.

Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya:

“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kamu berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Seterusnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)

Ulamak fiqh membenarkan solat sunat yang bersebab dilakukan di waktu yang dilarang, justeru harus (dibolehkan) bersolat sunat nikah walaupun ia dilakukan seperti pada selepas solat Asar kerana sebab bernikah.



Solat Sunat Selepas Nikah

Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat dan dituruti dengan Sujud Syukur selepasnya.


A. Cara Melaksanakan Solat Sunat Nikah

Apabila selesai bernikah, lakukanlah Solat Sunat Nikah dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah سبحانه وتعال semata-mata.


     1. Niat

                  Lafaz dan niatsolat sunat selepas berkahwin ialah:



     2. Bacaan Surah

              Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah:

                      a) Raka’at pertama :

                                Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)


                       b) Raka’at kedua :

                               Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad)


    3. Sujud Syukur selepas salam.

Kemudian, selepas salam dilakukan pula Sujud Syukur, ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan Sujud Syukur terlebih dahulu tanpa mengerjakan Solat Sunat Nikah tersebut yang ditangguhkan pada sebelah malam nanti. Ia terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan individu dan pasangan tersebut untuk melakukannya.


   4. Membaca DoaNikah

Membaca doa nikah yang bersesuaian atau boleh dibaca contoh di dalam bahasa Melayu berikut:


“Ya Allah! Dikau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, seru sekalian alam. Ya Allah! Daku bersyukur kepada-Mu, setelah selesai pernikahan kami ini, daku memohon pada-Mu Ya Allah; Dikau berkatilah pernikahanku ini, Dikau jadikanlah daku dan isteriku orang-orang yang soleh.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Kepada-Mulah kami memohon pertolongan. Dikau anugerahkanlah kepadaku isteri yang solehah, Dikau berikanlah daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Dikau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan mendidik bakal anak-anak kami ke jalan yang Dikau redhai.

Ya Allah, Ya Wadud! Dikau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Dikau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai yang soleh dan solehah. Dikau anugerahkanlah kami dan anak cucu kami kesihatan dan kesejahteraan di sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Dikau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami.

Ya Allah, Ya Razaq, Ya Rashid! Dikau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang bersih lagi baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Dikau jadikanlah daku dan isteriku serta bakal anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Dikau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya daku dan isteriku serta anak-anak kami tergelincir atau menyimpang ke jalan yang tidak Dikau redhai.

Ya Allah! Dikau anugerahkanlah padaku, isteriku dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya, fitnah dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang zahir mahupun yang batin.

Ya Allah! Dikau berkatilah umur kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu.

Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah! (3 kali),

Dikau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah! (3 kali).”


   5. Memegang Ubun-ubun Isteri dan Mengucapkan Lafaz Doa

Dianjurkan kepada seorang suami meletakkan tangannya di ubun-ubun si isteri ketika pertama kali mendekatinya. ubun-ubun adalah bahagian puncak kepala.. maknanya si suami letakkan telapak tangan kanannya atas puncak kepala isteri (biasanya selepas bersolat sunat berjemaah bersama-sama di malam pertama) dan bacakan doa memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar perkahwinannya mendapatkan berkah.

Hadis riwayat daripada Abu Daud dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Rasulullah ﷺbersabda:

“Apabila salah seorang di antara kamu menikahi seorang wanita atau membeli seorang budak, hendaklah ia memegang ubun-ubun isteri atau budak tersebut sambil menyebut nama Allah ‘Azza wa Jalla dan berdoa meminta berkah untuknya. Hendaklah ia mengucapkan:

.



والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Artikel Berkaitan:

Lafaz Diamalkan Dalam Majlis Akad Nikah (Klik Di Sini)


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Solat Sunat
Hajat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


.

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.


Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”


Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.



Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.


Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.




FADHILAT SOLAT HAJAT
Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
Permohonan dimakbulkan Allah SWT.



PANDUAN SOLAT HAJAT

Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.

Alhakim berkata,“Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”

Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.




CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT


Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:


1. Lafaz dan niat:




Aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.


2. Bacaan selepas Al-Fatihah

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)



“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]




Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)



“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”


*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.


3. Membaca Tasbih

a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:


Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.



b. Atau Tasbih berikut 1 kali:



4. Wirid Selepas Solat Hajat

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

   a. Istighfar (10 / 100 kali)


Aku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.



  b. Zikir


Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.


  c. Selawat (10 / 100 kali)



Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.


5. Doa Solat Hajat

Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:



Sslamat Beramal…!



والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Solat sunat
  1. Solat Sunat Dhuha
  2. Solat Sunat Taubat
  3. Solat Sunat Witir
  4. Solat Sunat Hajat



Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian