Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Memaparkan catatan dengan label cara menunaikan umrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara menunaikan umrah. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 14, 2015

Perbincangan di PRM4 pada 7 mac 2015 Berkaitan Persedian Umrah cara Persendirian

JOM KITA IKUT BINCANG BERKAITAN UMRAH CARA PERSENDIRIAN DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH



SELAMAT datang kepada semua warga baru PRM yang baharu di addkan ke group telegram Persatuan Rehlah Muqoddasah (PRM). Ini adalah group PRM4 dan group ini masih baru.

PRM adalah group perbincangan khusus berkaitan UMRAH terutamanya UMRAH CARA PERSENDIRIAN, juga ada di bincangkan haji selain haji menggunakan perkhidmatan LTH.
Tuan puan juga boleh melihat mesej terdahulu yg kebiasaannya akan di berikan untuk tempoh 2 hari dari tarikh penyertaan.

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan umrah khasnya umrah persendirian, sila kemukakan ke room ini, insyaallh jika soalan itu perlukan jawapan akan ada yg cuba menjawab jika terdapat ahli terdahulu di line.

Sebelum itu, menjadi amalan di sini bagi setiap warga PRM yang baharu di minta memperkenalkan diri. Oleh itu mohon tuan-puan yg baharu agar dapat memberi sedikit taarufkan .


Terima kasih

Penyelaras bagi PRM 4 ialah:
1. Pn Adil
2. Pn hamiz
3. Pn Zali
4. Pn Haffi
5. Pn Rosdi
6. Pn Izzat
Umrah Persendirian invited Ahmad Bustamam
Umrah Persendirian invited Ahmad Hazman Udzir

يحي سلام سمسوري
Assalamualaikum... semua terima kasih pd puan adil sebab add sy dalam group 8:15:31
8:15:31 PM
Duduk shah alam sek  XX
8:17:03 PM
Alhamdulillah dah di beri peluang oleh allah sampai di rumahnya yg mula 2tahun lepas . Mengerjakan umrah. 8:17:19 PM
Mula- mulia 8:18:15 PM
berharap di beri lg peluang. Kesana. AMIN

Adil
sama2 .Tn.

Fazid
Salam pn haffiz...if nak buat dummy flight date bila ye...sekurang kurang visa saya dapat.. boleh cadang datenya tak....tiket saya cfm 3 jun n balik 11jun...

Fazid
Umrah Persendirian 11/20/14


Selasa, Januari 27, 2015

UMRAH PERSENDIRIAN KELUARGA TUAN ESS

JOM UMRAH. UMRAH Persendirian / Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3900.00 Jom UMRAH JOM









Ahad, September 28, 2014

TELEGRAM TELAH MENGGANTIKAN TEMPAT WHATSAPP BAGI GROUP UMRAH PERSENDIRIAN

UMRAH PERSENDIRIAN

Di kemaskini: 1 mei 2015
Sememangnya ramai rakyat Malaysia yang telah menunai umrah cara persendirian atau umrah tidak mengikut pakej dari mana-mana travel agen cuma tidak di ketahui umum atau dengan kata lain, pengetahuan tentang cara ini tidak tersebar luas. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej TA di samping faktor kepuasan lainnya.
Wujudnya group whatapps atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload pada 31 ogos 2014 telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua hari sahaja UP whatsapp tersebut telah mencapai tahap maksima bil ahlinya (padamasa itu maksima ialah 50 ahli  ~kini ialah 100 ahli). "Umrah Persendirian G2" di tambah bagi menampung jumlah yang terus meningkat. Walau bagaimanapun G2 juga akan mencapai jumlah maksima dalam masa yg singkat.

Ahli UP yang sedia ada telah mengadakan satu pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, mereka membawa bersama pasangan dan juga anak-anak.

Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.

Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan media “telegram” tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya asalnya. Telegrem sememangnya tidak popular dan tidak mesra pengguna masa ini tetapi ia dapat menampung jumlah ahli sehingga 200 orang bagi setiap group. Telegram akan di minati di masa akan datang, insyaallah.
icon telegram


Icon2 Telegram







TECHNOLOGY

Telegram vs Whatsapp – 

Best Free Instant Message







Telegram V$ Whatsapp


Di sebabkan kelebihan telegram berbanding dengan appl lain, maka group telah menerima penggunaan appl telegram sebagai perantaraan untuk perbincanag.

Jika anda pembaca semua berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat beragama Islam serta berumur 18 tahun ke atas bolehlah menghantar email menyatakan hajat itu kepada email : umrahsenang@gmail.com
atau
menghubungi melalui telegram melalui username
1. @umrahpersendirian
2. @freetollup

Sekian terima kasih

Sabtu, Jun 14, 2014

Panduan Perbelanjaan

Umrah Persendirian

(Perbelajaan Sebenar)

Berikut ini adalah tulisan saudara kita yang baharu menunaikan umrah pada akhir mei 2014. Beliau menurunkan sedikit catatan untuk pengunjung dan pencari berita umrah persendirian.

Tulisan penuh beliau saya siarkan di bawah




Airasia Kul - Jedah
Airasia

Ringkasan Perjalanan & Perbelanjaan
KL ke Jeddah         :  19 mei 2014 menggunakan Airasia
Jeddah ke Madinah :  19 mei 2014    menggunakan Nasair
Jeddah - KL           :    1 jun 2014   menggunakan Airasia
Jumlah Perbelanjaan 6 pax  :   RM16924  atau  RM2820.67/pax



Salam buat semua sahabat....

Alhamdulillah... Syukur pada Allah, saya sekeluarga selamat mengerjakan ibadah umrah... Mudahan semua ibadat kami sepanjang umrah kelmarin diterimaNya... Insya Allah...

Pertama, saya ingin meminta maaf kerana lambat untuk update atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan... Setelah pulang dari Tanah Suci, saya demam + batuk yang berpanjangan... Alhamdulillah... Saya sudah kembali sihat....

Terima kasih pada semua sahabat yang mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga di Tanah Suci... Alhamdulillah semua berjalan dengan baik sekali tanpa sebarang kesulitan besar... Adalah 1-2 masalah sewaktu tiba di Jeddah... Namun, saya sekeluarga ikhlaskan semua yang terjadi dan berharap agar ada hikmah di sebalik kejadian tersebut...

Kami selamat mendarat di Hajj Terminal Jeddah pada 19/5/14.... Maklumlah, pertama kali menggunakan terminal Hajj tambahan umrah sendiri tanpa TA... Agak gabra jugaklah... Setelah melalui proses immigrasi selama 1 jam 30 minit... Saya sekeluarga menuju ke bahagian luggage... Proses di sini serba pantas... Terlalu banyak pekerja yang membantu dan menyebabkan keadaan kelam kabut... Beberapa pekerja di situ berkata... Malaysia??? Dan suruh kami berjalan menuju pintu keluar dan beg" kami disusun dan diuruskan oleh mereka... Mungkin pekerja tersebut berpikir kami dari Andalusia kerna rata" jemaah dari Andalusia hanya berlenggang kangkung ke arah bas yang sedia menunggu mereka... Saya sekeluarga agak panik melihat beg" kami dibawa pergi oleh pekerja tersebut padahal kami bukan dari Andalusia...

Disebabkan kekeliruan tersebut, 1 dari beg saya sekeluarga hilang tanpa jejak... Sama ada terikut dengan rombongan Andalusia atau Tiram dari Malaysia... Beg tersebut mengandungi laptop + bahan study adik saya... Kami ikhlaskan semua yang terjadi dan berharap agar kejadia tersebut tidak menghalang saya sekeluarga beribadah nanti... Namun, adik saya agak DOWN setelah mengharungi penerbangan 9 jam... Proses immigrasi hampir 2 jam... Nasihat saya... PASTIKAN BARANG" ANDA SEMUA TERJAGA... SETIAP AHLI KELUARGA MEMAINKAN PERANAN SEWAKTU AMBIL BAGASI... JANGAN BIAR PEKERJA MEMBANTU... ATAU ANDA HARUS MONITOR PERGERAKAN MEREKA AGAK TIDAK BERLAKU KESILAPAN BAGASI....

Hajj Airport nie besar... Nak buat report kehilanganpun bukan mudah... Lari sana Lari sini... Penat jugaklah... Namun, kami sekeluarga sentiasa berdoa agar beg tersebut ditemui nanti... Disebabkan ada connecting flight ke Madinah di South Terminal... Kami sekeluarga harus mencari kenderaan untuk ke sana... Alhamdulillah... Dengan bantuan Pegawai Immigrasi Saudi... Urusan kami lancar... Setelah berurusan selama 10 minit... Kami berjaya keluar dari terminal Hajj ke South dengan bayaran SAR100... Bunyi memang agak mahal tetapi sangat berpatutan... Kami 6 sekeluarga... dan beg sebanyak 12 unit... So, memang berbaloi... Perjalanan kami ke South Terminal ambil masa kurang lebih 25 minit....

Pengalaman pertama dengan Pak Arab... Alhamdulillah... Semua urusan berjalan lancar... Mungkin kerna saya juga boleh berbahasa Arab (Buku) jadi agak tersambunglah perbualan kami.... Kami berlepas ke Madinah dengan pesawat Saudia dan semua berjalan dengan lancar... Tak keterlaluan kalo saya katakan saya tidak menghadapi masalah sepanjang saya di Madinah dan Mekah.... Alhamdulillah....

Dan saya nak ambil kesempatan pada mereka ini untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerna telah membantu saya sekeluarga di Kota Mekah dalam konteks 'Sharing Ilmu':
a) Saudara Mohd Danial (Wakil Pelajar Malaysia di Madinah)
b) Saudara Nabil (AA Engineer)

Terlalu banyak untuk diceritakan... Terlalu manis untuk dikenang... Saya bersyukur padaNya kerana manjadikan saya sekeluarga tetamuNya... Insya Allah... Saya berharap agar saya dapat menjejakkan kaki sekali lagi ke Tanah Suci... Amien YRA...

Seperti yang dijanjikan... Berikut adalah butiran lengkap perbelanjaan saya sekeluarga di Tanah Suci...

  1. 6 Orang - Ayah+Ibu+Saya+3 Adik
  2. Pesawat via AirAsia (KUL-JED-KUL)                                    : RM7850 - 6 pax (Tiket Sahaja)
  3. Visa Umrah via Zahafiz Travel and Tours                                    RM2100 - 6 Pax
  4. Injection Umrah + Buku Merah @ Putra Medical Centre              RM900 - 6 pax
  5. Gambar @ PKNS Shah Alam                                                        RM60 - 6 pax
  6. Kelengkapan Umrah (Complete Set)  RM500 - 6 pax
  7. Hotel di Madinah (Al Eiman Taibah-Booking.com) 19/5 to 24/5  RM1260 - 6 pax
  8. Hotel di Mekah (Qubad Najd 3-Booking.com) 24/5 to 31/5         RM800 - 6 pax
  9. Bagasi/Makanan (AA - Return Flight)                                            RM684 - 6 pax
  10. Pesawat via Saudia (JED-MED):                                                   RM720 - 6 pax (Tiket Sahaja)
  11. Transport Fee
    1. Hajj Airport to South Airport                                              SAR100
    2. Madinah Airport ke Hotel                                                   SAR100
    3. Ziarah Madinah (2 Jam - Private)                                        SAR120
    4. Madinah-Mekah (Hotel)-MasjidilHaram                             SAR550
    5. Ziarah Mekah (2 Jam - Private)                                          SAR100
    6. Mekah to Hajj Airport                                                       SAR250
  12. Kos Makanan (19/5/14 to 31/5/14)                                           SAR1000 - 6 Pax
**** Semua kereta jenis 7 seaters

==================================================

No Telefon untuk Tempahan dan Rujukan:
  1. Saudara Abdullah (Ethiopia), Hyundai Starex Boleh berbahasa English (Simple), Sopan, Murah Senyuman, Rajin, RecommendedKawasan Madinah
    Service - Madinah Airport, Madinah Ziarah, Madinah to Mekah 0533428281
  2. Saudara Abdul Majid (Saudi)  GMC Yukon
    Tidak boleh berbahasa English, Agak sombong tapi baik hati, Muda, Kawasan Madinah,
    Service - Madinah Airport, Madinah Ziarah, Madinah to Mekah 0598153379
  3. Saudara Mustafa (Bangladesh)  Toyota Innova Boleh berbahasa English (Sangat Baik), Sopan, Recommended, Kawasan Mekah - Jedddah Airport, Mekah Ziarah, Mekah to Jeddah
    0504515188
  4.  Saudara Abu Hajar (Saudi) , Toyota Advanza Tidak boleh berbahasa English, Pendiam, Baik
    Kawasan Mekah  Service - Jedddah Airport, Mekah Ziarah, Mekah to Jeddah
    0555409908


Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat pada semua... Insya Allah... Amien YRA...


Sumber: umrah persendirian

Ahad, Mei 11, 2014

Umrah – Suatu Ibadah Ikut-ikutan dan mungkin tidak berlaku pada Umrah persendirian

Bila sesaorang terpanggil untuk menunaikan umrah, antara persoalan utama yang bermain di fikiran mereka ialah…
  1. Macam mana nak buat umrah ni?
  2. Banyak ke doa dan bacaan yang perlu dihafal?
  3. Macam mana nak jaga wuduk semasa tawaf, orang ramai sangat …confirm akan tersentuh juga !
  4. Dah bersediakah dari segi emosi, hati, perasaan selain dari kesediaan dari segi fizikal dan kesihatan.
  5. Betul ke masa ihram..orang lelaki memang tak boleh pakai seluar dalam langsung..??
  6. Pelbagai lagi soalan-demi soalan bermain di fikiran.

Bila bertanya kepada beberapa orang yang pernah menunaikan umrah, pelbagai pandangan yang berbeza yang diterima. Ada yang mengatakan persediaan memang sangat di perlukan kerana ibadah ini walaupun nampak mudah tetapi memerlukan pengetahuan yang mendalam khususnya tentang rukun umrah dan wajib umrah.

Ada pula yang mengatakan tak perlu risau apa-apa pun sebab umrah ni senang sangat. Ikut sahaja apa yang orang lain buat khususnya mutawif. Bagi yang ikut pakej tak susah bila dapat mutawif yang berpengetahuan tentang trend jemaah semuanya dia akan tunjukkan, doa masa tawaf atau saie’ pun dia yang bacakan, jemaah di bawah seliaannya hanya mengaminkan sahaja. Mutawif angkat tangan lambai Kaabah, jemaahpun angkatlah juga. Hmmmm…senang macam buat sesuatu yang boleh kita pelajari dengan meniru gaya orang lain buat saja. Sama macam sembahyang berjemaah yang semuanya ikut iman sahaja.

Berbeza pula dengan jemaah yang pergi secara persendirian. Mereka terpaksa mempelajari selok belok melakukan ibadah umrah sepenuhnya terutama sekali pasal tawaf takut berlaku terbatal tawaf yang menyebabkan tidak sahnya umrah. Beruntung kalau dalam kumpulan umrah persendirian tersebut terdapat jemaah yang mengetahui atau pernah melakukan umrah sebelumnya, mereka akan dapat melakukan ibadah umrah dengan bantuan jemaah tersebut. Walau bagaimanapun ada segelintir jemaah yang telah menunaikan umrah berulang kali tapi masih perlukan bantuan beberapa bahagian bagi menyempurnakan ibadat umrahnya.

Bagi generasi kini yang sudah celik IT, nampaknya mereka mula mencari maklumat berkaitan menunaikan umrah melalui internet yang sangat banyak dan pelbagai bentuk. Perlu di ingatkan disini bahawa ilmu agama termasuklah dalam perkara menunaikan umrah perlukan guru yang arif. Ilmu yang di perolehi dari sumber alam maya hanyalah sebagai pembantu sahaja.
Jika terdapat pula antara jemaah jenis orang  yang perisau dan was-was khususnya kalau perkara yang melibatkan ibadah dan melibatkan hukum agama ini, maka sebagai seorang yang kurang arif tentang umrah mula mengkaji dan menghayati pelbagai aspek tentang umrah. Pelbagai jenis buku, dvd, blog, video youtube yang berkaitan dengan ibadah umrah yang akan di kumpulkan dan diulangkaji. Rutin hidup mereka sepanjang beberapa bulan terakhir sebelum tarikh tempahan penerbangan disahkan. Setiap hari, samaada selepas solat subuh biasanya atau sebelah malam mereka akan meluangkan masa untuk mengulangkaji samaada melalui membaca nota berkaitan, menonton video , baca buku panduan yang berkaitan dengan ibadah umrah. Selain membaca atau menonton video para jemaah juga boleh membaca travelogue umrah dari blog yang tersangat banyak sekarang ini . Seterusnya, para jemaah juga mengikuti kursus umrah yang dianjurkan oleh agensi yang menguruskan perjalanan mereka ke Mekah dan Madinah. Berbeza dengan jemaah umrah persendirian, mereka pula terpaksa menumpang kursus dengan pihak lain atau cuma berguru kepada mana-mana guru agama bagi mendalami cara melakukan ibadah umrah.

Akhirnya, Alhamdulillah berkat usaha berterusan tersebut dan dengan izinNya juga membolehkan jemaah umrah menunaikan umrah dengan sumpurna dan juga aktiviti ziarah tanpa sebarang masalah yang ketara sehingga memerlukan panggilan talian hayat kepada ustaz dan sebagainya. Kemusykilan kecil-kecilan tu biasalah…masih ada, tetapi masih boleh dicari jawapannya di dalam kitab dan buku panduan umrah yang di bawa ke sana. Harap-harap ibadah tersebut diterima oleh Allah kerana kita manusia hanya berusaha yang menentukan segalanya adalah Dia. Dia yang maha Mengetahui.

Nak kongsikan betapa ibadah umrah ini..yang memang agak mudah tetapi ada kalanya terlalu sering diambil mudah oleh ramai orang sehinggakan kadang-kala ia turut mengelirukan ramai rakan-rakan di sekitarnya.

Kita ambil contoh ya, yang paling penting dalam ibadah umrah ini ialah Rukun Umrah dan Wajib Umrah

Rukun Umrah ada lima iaitu:

  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie’
  4. Tahalul (Bercukur/Bergunting)
  5. Tertib

Rukun umrah merujuk kepada perkara asas yang wajib dilakukan dengan betul dan sempurna. Kalau salah sahaja caranya, ibadat umrah jadi tidak sah.

Sebagai contoh tawaf. Tawaf ialah rukun umrah, maka ia wajib dilakukan dengan betul mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Kalau salah cara tawaf kita, maka tawaf kita dianggap tidak sah dan sekaligus umrah kita juga tidak sah.


Apa dia syarat tawaf…antara yang paling asas ialah;

Bahu kiri sentiasa menghala ke Kaabah (Kiblat).

Mudah sahaja kan…?? Tak kan itu pun tak boleh buat. Tapi masalahnya bila orang terlalu ramai yang lain juga mungkin terlepas laku dan terambil mudah atau terlupa tentang perkara ini. Semasa tawaf mengelilingi Kaabah, orang memang ramai dan tidak seperti orang kita yang lebih sopan dan bertolak ansur sifatnya, orang dari negara-negara Arab, Afrika misalnya mempunyai saiz yang lebih besar dan kasar sifatnya. Kita berkemungkinan besar akan ditolak dan dirempuh yang menyebabkan mungkin bahu kiri kita beralih arah. Itu lain ceritalah. Itu dikira tidak sengaja dan kita perlu cepat-cepat kembali membetulkan bahu dan pusingan tawaf kita masih boleh disempurnakan.

Kabah
Orang sentiasa ramai semasa tawaf. Ini baru umrah, kalau musim haji..lagilah kan.


kaabah
Tak kira waktu panas atau waktu redup, suasananya tetap sama

Sebahagian jemaah dalam keadaan biasa yang aman lagi tenteram, ada yang dengan sengaja dan sukarelanya menghalakan bahu ke arah lain.

Contohnya:

  1. Apabila tiba-tiba terdapat jemaah membelakangi kaabah kerana ingin mengambil gambar sendiri semasa sedang masa itu dia dalam tawaf.
  2. Apabila kita sengaja mendepani atau membelakangi Kaabah kerana tiba-tiba ingin mengambil gambar Kaabah atau gambar rakan/keluarga atau gambar suasana orang ramai yang sedang hampir dengan Kaabah.
  3. Dalam keadaan “selesa” ini, bahu kita akan secara automatik tidak mengirikan Kaabah lagi…betul tak? Maka kalau kita berterusan dalam keadaan begitu, sedangkan kita sedar hukumnya maka…??? tanya ustaz nanti. Tak berani nak bercerita pasal hukum di sini

Bukanlah tak boleh mengambil gambar sebagai kenangan. Faham…sungguh-sungguh faham. Tetapi tunggulah sehingga selesai proses tawaf dahulu. Selepas tu, nak posing bahu ke bawah, lutut ke atas pun, tali pusat tergantung….

kaabah
Video Rakaman semasa tawaf


Jika anda membawa hp atau cam ataupun gabungan hp+cam, tentu anda akan merakam terutama sedang melakukan tawaf atau selepas tawaf. Nak simpan gambar sedang berada di Masjidil Haram dalam keadaan pakaian ihram sebagai tanda yang anda sedang tawaf. Bagi hp pula, katakan anda sedang melakukan rukun tawaf samaada tawaf umrah wajib atau tawaf umrah sunat, bila hp berbunyi atau bergegar, adalah anda tidak akan menjawab?  bila anda berada di dalam keadaan tawafpun bila hp menerima panggilan. 50% akan menjawab hpnya. Cuba anda buka video di atas, bagaimana cameramen itu merakam, berpusing-pusing arah videonya, sudah tentu dia aakan berpusing mengikut sudut camnya.

Sebaik-baiknya janganlah bawa camera dan juga handphone semasa melakukan tawaf terutama tawaf umrah wajib kerana di khuatiri akan mengganggu ibadat tawaf itu sendiri. Bawalah cam+hp masa lain terutama masa duduk berikhtikaf dalam masjid atau masa yg sesuai.


kaabah
Kalau nak bergambar bersama Kaabah, tunggulah di masa lapang dan bukannya semasa sedang tawaf ya.


Satu lagi yang selalu dilihat ialah bila mana ada yang melakukan tawaf (dan/atau saie’) secara “berjemaah” sama ada berjemaah beramai-ramai dengan seisi rombongan kapalterbang, seisi lori, berjemaah bersama seisi keluarga ataupun sekadar berjemaah bersama isteri/suami sendiri.

Betul…melakukan ibadah bersama-sama lebih seronok, lebih bersemangat. Dalam keadaan di mana orang terlalu ramai, kita juga mungkin takut tersesat atau kehilangan ahli keluarga, rakan, isteri, suami, anak dan sebagainya. Tetapi saya ada mendengar ceramah dari seorang ustaz yang mengatakan salah satu usaha kita untuk mendapatkan umrah yang mabrur ialah tawaf dan saie’ perlu dilakukan dengan penuh khusyuk (kalau boleh jalankan ianya seolah-olah seperti kita sedang solat). Tak bolehlah masa tu jugalah kita nak bersembang yang bukan-bukan, bergurau-senda, menjawab telefon, update status Facebook, mengelamun atau melakukannya sekadar ikut-ikutan; apa yang orang hadapan atau sebelah buat, kita pun ikut sahaja.

Berbalik kepada aktiviti tawaf/saie’ secara “berjemaah” tadi. Dalam beberapa keadaan, akan berlakunya kita terputus hubungan atau kehilangan ahli kumpulan. Suami mungkin kehilangan isteri, abang mungkin kehilangan adik, pak ngah mungkin kehilangan pak busu dan sebagainya. Apa yang kita buat bila keadaan ini berlaku ialah kita akan mula mencari. Kita mungkin memandang ke belakang, kiri, kanan dan sebagainya. Kemungkinan besar kemungkinan bahu kita akan beralih arah. Itu sebabnya, pada pandangan saya, ada baiknya kita fokus dan jalankan ibadah tawaf/saie’ ini secara sendirian. Ini tidaklah bermakna kita mementingkan diri atau mengabaikan keluarga atau rakan-rakan…tetapi berjanjilah kemudiannya apabila semuanya selesai, kita akan bertemu di mana dan bolehlah kembali hati-hati yang terpisah seketika tadinya bertaut kembali. Jangan risaulah sesat di dalam Masjidil Haram kerana ianya rumah Allah…..Allah senantiasa ada untuk memastikan keselamatan ahli keluarga kita (tapi jangan cakap besar pula…nanti sesat betul-betullah jadinya pula…hee hee).

Satu lagi yang sering berlaku ialah apabila kita ingin bertukar laluan (track) semasa tawaf. Katakanlah pada pusingan tawaf yang pertama hingga ke enam, kita berada dalam pusingan yang berhampiran dengan Kaabah. Masuk pusingan ke tujuh, yang terakhir, kita mengambil keputusan untuk berada pada pusingan yang terkeluar, jauh sedikit dari Kaabah. Ini bagi membolehkan kita mudah keluar daripada kelompok manusia yang sedang bertawaf nanti apabila diperlukan. Dalam proses menukar laluan itu, ramai yang mengambil jalan mudah dengan terus melintasi orang ramai, berjalan membelakangi Kaabah sehinggalah berada pada track atau laluan yang dikehendaki. Bukankah itu juga bermakna bahu kita tidak lagi mengirikan Kaabah? Mudah sahaja kan untuk kita menyebabkan tawaf kita tidak sah…tanpa kita sedar walaupun kita tahu hukum-hakamnya.

kaabah


Saf dalam (dekat dengan Kaabah) biasanya jauh lebih sibuk berbanding dengan saf yang agak terkeluar. Hati-hati agar tidak membelakangi Kaabah sekiranya kita bercadang ingin menukar laluan (track tawaf – saf).

Tawaf


Jemaah berkerusi roda juga ramai di sini. Hati-hati kerana semasa kita ingin mengelak atau melarikan diri daripada kerusi roda ini, kita mungkin tertukar niat ataupun membelakangkan Kaaabah tanpa kita sedari.

Selain dari masalah bahu yang tidak mengirikan kaabah semasa tawaf, satu lagi masalah yang timbul ialah hati kita yang tidak fokus. Ada ustaz yang memaklumkan bahawa hati dan fikiran kita perlu fokus (khusyuk) semasa melakukan tawaf dan saie’. Tak boleh beralih niat. Contohnya…katakanlah kita sedang bertawaf pada pusingan ketiga, tiba-tiba kita terbayangkan bahawa bertawaf mengelilingi Kaabah ni tak jauh bezanya dengan aktiviti kita semasa kita kecil-kecil dahulu, bermain kejar-kejar mengelilingi pondok bersama adik-beradik dan kita terus mengelamun selama beberapa minit sehingga selesai satu pusingan tawaf. Maka kalau kita benar-benar prihatin dan berusaha untuk memastikan tawaf kita benar-benar diterima olehNya, pusingan mengelamun tadi dianggap batal dan perlu diulang semula kerana niat kita bertawaf pada pusingan tersebut telah berubah tanpa kita sedari.

Begitu juga sekiranya kita bersama rakan, ahli keluarga, suami/isteri. Katakanlah tiba-tiba mereka hilang dari pandangan kita buat beberapa ketika dalam mana-mana pusingan tawaf. Kita pun sibuk mencari…buat beberapa ketika, kita berjalan mengelilingi Kaabah bukan lagi atas niat untuk tawaf, sebaliknya kita sedang mencari rakan, sanak saudara, isteri, suami, anak dan sebagainya. Bukankah itu juga bermakna niat kita sudah berubah dan sepanjang berapa langkah yang kira ambil untuk mencari itu dianggap tidak sah. Sekiranya kita cepat sedar dan prihatin, mungkin kita akan mengundur dan mengulang semula langkah-langkah yang tersasar tadi mahupun menggantikan pusingan itu secara keseluruhannya. Tetapi bagi yang tidak peka…??? Bagaimana dengan pusingan tawaf mereka? Bagaimana dengan umrah mereka? Wallahualam.

Really…?? Serius…??? Ntahlah. Sebab itu yang saya baca dan dengar dan cuba usahakan. Apa jadi kalau tawaf tak sah..?? Umrah pun akan tidak sah…??? No problem…sebab nanti kita boleh buat umrah sunat lagi atau bayar dam untuk cover…kata orang. Tetapi sedarkah kita sekiranya tawaf tak sah, umrah tak sah…secara automatik kita masih dalam keadaan berihram sepanjang masa dan terikat dengan larangan semasa berihram (termasuk dalam Wajib Umrah) antaranya:
Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, mengelap dan sebagainya)
Memakai minyak rambut pada kepala (dan misai/janggut, bagi lelaki)
Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
Memakai sarung tangan
Mengerat kuku
Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
Bercumbuan atau mukadimah persetubuhan
Melakukan persetubuhan

Maksudnya…?? Huh…takut kan? Kena pergi jumpa ustaz untuk dapatkan maklumat lebih lanjut ni. Saya tak berani nak ulas lebih mendalam…takut salah.

Bercakap mengenai larangan ihram ni pun satu. Nampak macam mudah, tetapi ramai juga yang mungkin terleka dan sama ada sedar atau tidak…melanggar larangan ihram tersebut.

Beberapa contoh yang dapat saya perhatikan (pada pandangan saya, perkara ini melanggar larangan ihram tetapi mungkin tidak pada pandangan yang lain…wallahualam)
Dalam keadaan berihram (masih belum selesai umrahnya), seorang lelaki membasuh tangan menggunakan sabun (wangi) selepas makan. Apabila ada rakan yang menegur, dia hanya menjawab : “ehhhh apa salahnya. Untuk kebersihan..nak hilangkan bau kari ni haa. Lagipun, bukannya guna banyak pun”

Saya difahamkan, kalau niat penggunaan untuk tujuan pembersihan, hukumnya Harus tetapi sekira niat penggunaannya untuk berwangi-wangian, hukumnya haram dan perlu membayar dam. Apa jadi dengan umrah kita sekiranya kita tidak prihatin dan seterusnya tidak berusaha membayar dam sehinggalah selesai dan kembali ke tanah air? Wallahualam.

Satu contoh lain; dalam keadaan berihram (masih belum selesai umrahnya), seorang lelaki di dapati menukar pakaiannya kepada kain pelikat dan baju melayu untuk solat zohor. Apabila ada rakan yang menegur…”ehhhh ko dah selesai umrah ke..?? Cepatnya.” Jawab beliau “belum lagi. Panaslah sekarang ni. Aku cadang buat lepas Asar nanti…”

Ntahlah. Saya rasa dan yakin saya ni jahil jadi tak berani untuk membuat ulasan selanjutnya. Namun demikian ianya merupakan sesuatu perlu dipandang serius dan perlu diperdalami agar kita semua tidak terlalu mengambil mudah tentang ibadah ini.

Apa yang dapat saya perhatikan berdasarkan ilmu yang terlalu cetek ini…umrah bukannya satu ibadah yang susah sekiranya kita tidak terlalu ambil mudah. Tetapi…ianya juga bukanlah merupakan satu ibadah yang mudah dan tidak perlu membuat sebarang persediaan kerana jika tidak…kita hanya melaksanakan umrah secara ikut-ikutan. Jika tidak, mana mungkin kita akan melihat atau mendengar :
Orang perempuan turut berlari sama di kawasan lampu hijau semasa saie’ (Berlari disunatkan hanya untuk lelaki).
Orang perempuan beristilam di Hajar Aswad semasa tawaf dengan mengangkat tangan setinggi mungkin sehingga menampakkan aurat (lengan) sedangkan sepatutnya mereka mengangkat sedikit sahaja tangan. Aurat yang terbuka membatalkan tawaf sekiranya tidak dibetulkan segera. Wallahualam…
Seorang rakan dengan bangganya bercerita bahawa beliau berjaya juga akhirnya solat sunat dan berdoa di dalam kawasan Hijir Ismail dengan cara menyelit dalam pusingan tawafnya. (Hijir Ismail merupakan sebahagian daripada Kaabah dan berada di dalam kawasannya atau menyentuhnya semasa kita sedang tawaf, menyebabkan pusingan tawaf tersebut batal atau tidak sah).

Sebenarnya banyak lagi perkara pelik-pelik yang dapat diperhatikan sepanjang kami di sana. Tetapi ikut kata ustaz….kita cuba seboleh mungkin bersangka baik sahajalah. Mazhab yang berbeza juga menyebabkan ibadah umrah ini begitu bewarna-warni dengan kepelbagaian….maka sewajarnya kita bersedia dengan ilmu secukupnya kerana jika tidak, ibadah umrah kita kelak akan menjadi ibadah ikut-ikutan semata. Apa yang kita lihat orang lakukan, kita mungkin akan terikut-ikut tanpa menyedari ianya mungkin suatu Bida'ah ataupun mungkin sesuatu yang dilarang.

Mohon maaf atas segala pandangan yang mungkin silap. Saya cuma seorang yang sedang belajar dan ingin terus belajar. Mohon dibetulkan segala maklumat yang salah dan mohon maaf sekira ada yang tersalah faham dan terkecil hati apabila terbaca tulisan ini. Maaf sangat-sangat….


Ahad, April 27, 2014

IBADAH UMRAH..sebelum, semasa dan selepas

Guru saya ada berpesan tentang umrah seperti berikut:

Ayat Quran

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Pertama-tamanya marilah kita mengucapkan salam serta berselawat keatas junjungan Nabi kita Nabi Muhamad saw yang mana beliau adalah sebaik-baik insan yang dianugerahkan Allah kepada umat ini.


Perbanyakkanlah penglafasan rasa syukur …alhamdulillah kerana kita semua telah dilahirkan sebagai seorang Islam dan dapat merasai nikmat Iman dan Islam kerana tanpanya maka teramat rugilah kita lahir didunia dan diakhirat.

Ayat Quran

Oleh kerana terdapatnya beberapa orang sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini, terasa ingin saya berkongsi sedikit pengalaman tatapan para pembaca sekelian terutamanya mereka yang pertama kali akan mengerjakan umrah ditanah suci.


Dengan ilmu dan pengalaman yang amat sedikit ini, ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat serta pembaca beberapa tips apabila kita hendak menunaikan ibadah umrah ditanah suci.


Tips-tips ini lebih berbentuk persediaan menunaikan ibadah tersebut hasil dari pengalaman saya mengerjakan Haji dan Umrah. Semoga dengan titipan nukilan ini dapat membantu persediaan dan perjalanan sahabat-sahabat. dan semoga Allah meredhai serta memberikan ganjaran yang setimpal dengan ibadah kita.


Saya bahagikan tips-tips ini kepada tiga perkara iaitu;

  1. Persediaan sebelum pergi menunaikan umrah
  2. Semasa berada di tanah suci (Mekah dan Madinah)
  3. Selepas kembali menunaikan umrah.



  1.   Persediaan Sebelum Pergi Menunaikan Umrah

Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal.


Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid.

Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir dimajlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita…insyallah.

Perbanyakkanlah Solat Sunat.

Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita.

Juga ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.


Perbanyakkan membaca Al Quran.

Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat kerana apabila kita berada ditanahsuci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam alQuran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah.
Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah serta “Travelog Haji” tulisan Prof Muhamad Kamil Ibrahim akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci.


Buatlah Latihan Fizikal.
Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 - 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik keMasjid, melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebihkurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita kesana.




        2 .    Semasa Berada DiTanah Suci Mekah dan Madinah

Sikap dan Mentaliti.

Berada di bumi yang diberkati ini memerlukan kita fokus dalam ibadah kita seharian. Diantara sikap dan mentaliti yang utama yang perlu kita terapkan adalah sifat sabar dalam banyak perkara terutama hubungan dengan Allah dan manusia kerana disinilah kita akan berjumpa dengan sekelian manusia dari seluruh pelusuk dunia ini dengan pelbagai ragam menurut adat serta peradaban mereka.

Sifat sabar ini merangkumi semua aspek terutamanya apabila kita mula menjejakkan kaki kita di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah, cara layanan kaunter Imigresen, sikap mat-mat bangla yang membantu mengangkat luggage jemaah dan mengenakan tips yang cukup tinggi (kalau boleh tolaklah sendiri trolley), pengangkutan, kebersihan, hotel tempat tinggal samada jauh atau dekat dari masjid, makanan yang kita makan, sikap masyarakat Arab yang kadangkalanya kasar dan kadangkalanya sombong, adab-adab didalam masjid yang kadangkala akan benar-benar menguji kesabaran kita.

Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau ahli jemaah kita sendiri. Ada kalanya pergaduhan suami atau isteri berlaku dan sebagainya.

Jauhilah sikap suka merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah swt yang mahu melihat akan tahap kesabaran kita.


Persoalan-persoalan Mengenai Ibadah Umrah.

Walau berapa kali pun kita telah menjejakkan kaki kita ke tanah suci, perkara-perkara yang kita tidak berapa faham atau mushkil, tanyalah kepada para mutawif atau ustaz atau ustazah yang mengiringi kita. Kadangkala apabila disana, terpandang oleh kita jemaah-jemaah lain yang datangnya dari Turki, Iran, China, India atau Pakistan berbuat sesuatu yang lain dari apa yang kita buat. Janganlah kita membuta tuli mengikuti cara mereka contoh adakalanya semasa solat fardu mereka bersama-sama isteri mereka solat sebelah menyebelah suami isteri dikawasan jemaah lelaki. Kita pun sebab takut isteri kita hilang atau berjauhan dengan mereka, kita pun berbuat demikian. Nampaknya seperti dibolehkan tetapi tanyalah kepada ustaz untuk mendapat kepastian. Lakukanlah ibadah umrah dengan hati yang ikhlas, tenang dan sabar.


Ungkapan Lisan dan Hati.

Dalam bab ini, saya ingin merujuk kembali mengenai persediaan kita sebelum berangkat iaitu dengan kita selalu solat taubat, solat hajat dan beberapa solat sunat lagi ia membantu menmbersihkan hati kita apabila kita berada di tanah suci.

Adakalanya hati berdetik berkenaan sesuatu, sesuatu itu akan berlaku tanpa kita sedari. Kebanyakkan detik hati pada isu keburukan malah apapun perbuatan yang mendatangkan rasa riak, sombong mestilah dijauhi. Kadangkala hanya dengan pengucapan kita, ”jangan takut..tak hilang seliper tu kalau letak kat situ”, ada kalanya betul-betul hilang selipar itu.Sekiranya kita tersedar dari perkara-perkara ini, berisgtifarlah dan memohon keampunan dariNya.

Kepentingan Doa Dalam Setiap Perkara.

Doa amat memainkan peranannya dalam aspek kehidupan kita lebih-lebih lagi apabila berada ditanah suci Mekah dan Madinah. Setiap apa kesusahan atau perkara-perkara yang hendak kita lakukan, berdoalah dengan seyakin-yakin doa, insyallah Allah akan memakbulkan seperti contoh kita mahu melakukan tawaf diwaktu puncak. Sebelum memulakan, berdoalah supaya dipermudahkan, insyallah akan dipermudahkan ibadah tersebut.


Aktiviti Didalam Masjid.

Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah 2 masjid tersuci pada umat Islam. Setelah beribu batu datang dari Malaysia dan membayar beribu ringgit untuk sampai kesana maka pergunakalah masa yang ada untuk membuat ibadah umrah, solat berjemaah dimasjid dan berikhtikaf didalamnya kecuali ditimpa musibab seperti demam atau tidak berupaya kemasjid.

DiMasjidil Haram, gunakanlah masjid untuk beribadah sepenuh-penuhnya seperti tawaf sunat, solat sunat, membaca al Quran, melihat Kaabah (melihat Kaabah mendapat pahala disisi Allah). Kadangkalanya kita akan berikhtikaf dimasjid bermula dari waktu maghrib ke Isyak, kadang-kadang dari waktu Asar sehingga Isyak. Semasa kita berikhtikaf ini, lakukanlah perkara-perkara seperti tawaf sunat, membaca al Quran, solat sunat, bersedekah seperti mengambilkan air zam-zam untuk diberikan kepada jemaah berdekatan.

Itulah diantara sebabnya pada tips persediaan untuk menunaikan umrah itu saya selitkan faktor seperti menjinakkan diri kita dengan menghadiri majlis ilmu agar kita dapat berikhtikaf dimasjid ditempat tinggal kita. Dengan demikian tidaklah terasa kekok atau akan berputar persoalan dikepala apa nak buat dalam masjid sementara menunggu waktu Asar sehingga Isya.

Apabila di Masjid Nabawi, ingatlah supaya kita perlu meletakkan tertib kita lebih tinggi apabila berada didalam masjid terutamanya apabila kita berbual-bual. Didalam sirah Nabi saw, perkara ini dinyatakan agar kita tidak menninggikan suara kita dan terdapat ayat al Quran tersebut yang diletakkan diatas dinding Makam Nabi saw apabila kita menziarahi makam beliau.

Semasa berada ditanah suci, janganlah kita melakukan sebarang perlakuan kurafat yang membolehkan gugurnya akidah.


Lawatan Ziarah .

Turutilah lawatan-lawatan dan ziarah ini agar kita dapat memahami keperitan, kesusahan, tahap keimanan mereka yang terdahulu iaitu mereka yang bersama-sama Rasulullah saw memperjuangkan Islam.

Kesihatan.

Untuk menjalankan ibadah-ibadah ditanah suci ini amat memerlukan kudrat. Sekiranya permergian kita itu diwaktu musim panas, disarankan perbanyakanlah minum air kerana air zam-zam dimasjid ada disetiap laluan atau tiang agar kesihatan terpelihara walaupun padaNya kita berserah.




           3 . Selepas Kembali Menunaikan Umrah.

Semasa Perjalanan Balik.

Dalam perjalanan (pergi/)balik ini ada diantara jemaah yang tertinggal solat fardunya. Cuba elakkan ini daripada berlaku dalam perjalanan kita. Islam itu mudah, kita boleh solat dimana-mana.... dalam kapalterbang, di tempat menunggu di airport dan sebagainya selagi mana kita yakin tempat itu bersih.


Solat Sunat Dua Rakaat Dan Majlis Kenduri

Setelah kapalterbang mendarat diKLIA, dalam perjalanan balik kerumah, jangan lupa untuk solat 2 rakaat dimana-mana masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah kita sebelum kita melangkah kedalam rumah. Sebaik-baiknya semasa pulang ini kita adakan majlis kenduri dirumah kita semasa hari sampainya kita dirumah. Ini adalah beberapa adab yang saya perolehi dari beberapa ustaz apabila kita pulang dari menunaikan umrah


  Istiqamah

Beristiqamahlah kita selepas mengerjakan umrah ini dengan selalu berjemaah di surau atau masjid dan menghadiri majlis ilmu agar hubungan kita denga Allah itu tidak putus ditengah jalan.






Semoga apa yang saya loretkan ini akan menambahkan rasa ketaqwaan dan rasa kemanisan iman agar kita terus beristiqamah mengerjakan apa-apa yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarangNya.

Yang baik itu datangnya dari Allah swt manakala sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini adalah kerana kurangnya ilmu serta pemahaman saya terhadap ilmu agama ini.

Semoga ia memberikan menafaat kepada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pertama kali dan saya berdoa agar sahabat-sahabat yang pergi menunaikan ibadah itu mendapat umrah yang mabrur dan mabrurah.

Ingatlah bahawa pemergian insan ketanah suci itu adalah jemputan dariNya maka bersihkanlah hati dan jauhilah perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah swt. Amatilah apa yang terkandung dalam lafaz kita;

Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalah….


Sabtu, Mac 29, 2014

Pilihan Menunaikan UMRAH cara Persendirian


                                                                                        

--------------------------------------------------------
                                          

Khamis, Mac 20, 2014

UMRAH


Kaabah



Umrah atau ( Bahasa Arab: عمرة ) ialah mengunjungi Baitullah di  Mekah , Arab Saudi ,melakukan ihram, tawaf, sa'ie dan bertahallul mengikut tertib. yang di mana ianya boleh di laksanakan oleh orang Islam pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali pada bulan-bulan haji. Dalam bahasa Arab, Umrah bermakna "untuk mengunjungi Baitullah di Makkah.

 Dalam Syariah , Umrah bermakna untuk melaksanakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanhyak 7 pusingan selepas berIhram ( keadaan suci) ,  dan bersaie antara Safa dan Marwah , sama ada dari miqat seperti Zu'l- Hulafa , Juhfa , Qarnu ' l Manazil , Yalamlam , Zat -i- ' Irqin , Ibrahim Mursia , atau tempat di Hill. Ia kadang-kadang dipanggil ' haji kecil '. , Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Kaabah

Saie

Saie

Saie

Saie


Ritual Umrah

Jemaah umrah melakukan suatu siri perbuatan ritual simbolik kehidupan Ibrahim ( Abraham ) dan isteri keduanya Hajar, dan perpaduan dengan umat Islam di seluruh dunia. Perbuatan iman ialah:
Lakukan tawaf " طواف ", yang merupakan  mengelilingi Kaabah tujuh kali dalam arah lawan jam. Lelaki digalakkan untuk melakukan ini tiga kali pada kadar yang pergerakan laju, diikuti dengan empat kali, lebih rapat , pada kadar yang lebih santai .

Lakukan bersaie " سعي ", yang bermaksud berjalan cepat tujuh kali berulang-alik antara  bukit Safa dan Marwah . Ini adalah enakmen semula carian terburu-buru Hajar kerana air. Bayinya Ismail menangis dan memukul tanah dengan kakinya ( beberapa versi cerita yang mengatakan bahawa malaikat disisi kaki atau beliau hujung sayap menyentuh tanah ), dan air ajaib muncul sebagainya. Ini sumber air adalah hari ini dipanggil telaga Zamzam .

Lakukan halq atau taqsir , bermakna memotong rambut. Taqsir adalah memendekkan separa rambut ,  manakala halq adalah satu mencukur lengkap kepala, kecuali bagi wanita, kerana mereka memotong sejumlah kecil rambut.

Ritual ini melengkapkan Umrah , dan jemaah umrah boleh memilih untuk keluar dari ihram . Walaupun bukan sebahagian daripada upacara tersebut, kebanyakan jemaah minum air dari telaga Zamzam . Pelbagai mazhab Islam melaksanakan upacara ini dengan kaedah yang sedikit berbeza.
Masa-masa puncak haji hari-hari sebelum, semasa dan selepas Haji dan sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadan .


jenis Umrah

Terdapat dua jenis Umrah , bergantung kepada sama ada seseorang ingin menggabungkan Umrah dengan Haji: al- Umrat al- mufradah al- mustaqillah 'an al -Hajj (al- Umrat al mufradah ) dan al- Umrat al- mundammah ila al- Haji ( Umrat al- tammatu ).

al- Umrat al mufradah merujuk kepada Umrah yang dilakukan secara bebas daripada Haji.
Umrat al- tammatu merujuk kepada Umrah yang dilakukan sempena Haji. Lebih tepat lagi , upacara-upacara Umrah dilakukan pertama dan kemudian ritual Haji dilakukan kemudian.



Khamis, Mac 13, 2014

NAS AIR Terbang Terus KL-Jeddah. Satu Peluang Bagi Penggemar Penerbangan Tambang Rendah Menunaikan Umrah

JOM UMRAH.  UMRAH Persendirian / Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3500.00 Jom UMRAH JOM UMRAH
nasAir

Nas Air akan memulakan penerbangan Low cost bermula 1 april 2014 bagi sektor Jeddah-Kuala Lumpur secara terus. Sebelum ini Nas Air hanya beroperasi di KUL-JED dengan satu persinggahan.Kehadiran Nas Air LCC ini sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada para jemaah terutama yang memilih untuk melakukan umrah persendirian atau umrah tidak menggunakan travel agent. 

Sebelum ini telah kedengaran banyak jemaah yang telah memilih melakukan ibadah umrah cara persendirian termasuklah penulis blog ini sendiri apabila berpeluang membeli tiket promosi AA pada awal 2013 dulu.



NasAir




NasAir

NasAir

NasAir


Nas Air bukanlah syarikat baru dan juga sektor KUL-JED juga bukanlah baru. Cuma berbeza kali ini ianya menawarkan tiket tetap SAR1000 bagi KUL-JED dan SAR999 bagi sektor sebaliknya. 

NasAir
 Search Tiket  5 penumpang

NasAir


KREW 

Nampaknya pramugara/pramugari mereka lebih baik dari segi pakaian kerana yang perempuannya menutup kepala.

NasAir

NasAir

NasAir

Terimalah kalau ia memberikan kebaikan kepada jemaah persendirian terutamanya.


Terima kasih.

Isnin, Mac 03, 2014

Bagaimana

Umrah Persendirian

Boleh Terlaksana Dengan Perbelanjaan Terendah

Peluang Melakukan Umrah Dengan Perbelanjaan Lebih Rendah

Assalamualaikum wbt.

 AirAsia X yang akan telah memulakan penerbangan komersialnya bermula 16hb Februari 2013 dengan kekerapan 3 kali seminggu. Di tambah satu penerbangan mulai 1hb Mei 2013 menjadikan kekerapan penerbangan ialah 4 kali seminggu. Kemunculan AirAsia X dalam sektor LCCT (Kuala Lumpur) - Jeddah telah mengubah atau mewujudkan satu fenomena baru dalam industri Umrah. Ramai di kalangan yang suka mengembara telah memasukan satu lagi destanasi mereka sabagai destanasi ibadat bila berpeluang untuk mendapatkan tambang murah bagi menunaikan Umrah. Flight AirAsia X ke Jeddah ini pula adalah jenis AirBus dan bukannya seperti jenis flight Airasia domestik  atau airasia Indonesia.

Pelancaran Airasia ke Jeddah
Pelancaran Kuala Lumpur - Jeddah
(pramugarinya berseluarpanjang cuma belum bertudung)

Pelancaran Airasia ke Jeddah 
 layout plan bagi airasia X

Pelancaran Airasia ke Jeddah
 Bz class

Pelancaran Airasia ke Jeddah





Bila pelancung kita yg sebelum ini cuma melancung ke luar negara di sekitar Asia Tenggara, Asia jauh atau Eropah, kini mereka telah berubah dan membeli tiket Airasia X sektor KL-Jeddah. Bukan saja rakyat Malaysia bahkan terlibat rakyat Indonesian dan Australia keraana kedua-dua negara ini ada connecting flight dari tempat mereka ke Jeddah melalui LCCT (KUL). Pembelian tiket cara ini memang dengan jumlah yang banyak. Semasa Tawaran hebat keseluruhan penerbangan Airasia pada 26 feb 2014 hingga 2 mei 2014 bagi pernerbangan dari 1 dec 2014 hingga 30 april 2015 (sektor lain bermula 1 okt 2014) dengan harga asas flihgt RM1069 + RM4, tempahan tiket onlinenya tak sampai 24 jam telah kehabisan, ini menunjukkan ramainya orang yang telah membeli tiket tersebut.
Katakan:

  1. AA offer 100 seat bagi setiap penerbangan, ini akan berjumlah 100 X 4 (seminggu) X 4(sebulan) X 5 bulan = 8000 seat, BAGAIMANA kalau tawaran melebihi jumlah itu.
  2. Cuba pula kita jumlahkan wang yang Airasia X kumpul bagi sektor ini, RM1073 X 8000 = lebih dari RM8.5 juta, kiraan ini tidak melibatkan pembelian makanan dan barang. 
  3. Tempahan online tiket ini sudah pasti tidak melibatkan tempahan dari agensi umrah (treval agen untuk umrah), mereka tidak ada calon jamaah bagi tempoh yang bagitu lama iaitu 1 Dec 2014 ke atas.


Dengan adanya penerbangan terus airasia selain penerbangan yang tersedia ada sebelumnya seperti MAS dan SaudiAir, bertambah ramailah masyarakat Malaysia Khususnya dan Asia sebelah sini amnya yang akan melakukan umrah cara persendirian. Jika pengeluaran VISA UMRAH bukan satu perkara susah, sudah semestinya ramai yang akan ke Tanah Suci bagi maksud mengerjakan umrah dengan tidak melalui travel agen.

Bila keadaan ini berlaku, maksud saya pembelian tiket online berskala kecil setiap kumpulan, dan jumlah kumpulan yang banyak, travel agensi umrah terpaksa menambah satu lagi produknya mereka iaitu produk Ground Handling di tanah suci. Produk Ground Handling ini di perlukan oleh kumpulan yang telah membeli tiket secara online terutama waktu tiket di offer  jika pengeluaran visa masih di tahap sekarang. Sebaliknya jika visa pula senang di perolehi, jemaah persendirian ini akan menguruskan semuanya kerana tempahan hotel juga boleh di lakukan secara online.

Dengan kaedah beli tiket penerbangan sendiri dan minta bantuan TA uruskan Ground Handling di tanah suci, jumlah perbelanjaan akan berkurang. Katakan

  1. Harga tiket RM1000 per pax 
  2. ground handling RM1700 untuk tempoh lebihkurang 12H10M
  3. kiralah sendiri perbelajaan keseluruhannya. 
Kepada TA, anda jangan risau, perkhidmatan anda masih relevan samada untuk pakej penuh atau untuk Ground Handling di tanah suci.


SYARAT-SYARAT LAIN BAGI JEMAAH UMRAH PERSENDIRIAN

Selain dari perkara di atas yang telah si sebutkan, perkara ini perlu di ikuti terlebih dahulu.


  1. Wanita ditemani mahram
Sekiranya diri seorang wanita muda berumur 45 tahun dan kebawah, pastikan mahram wajib ikut bersama. Di takrifkan sebagai mahram selain suami ialah lelaki yang haram dikahwini seperti ayah sendiri, abang atau adik lelaki yang berumur 18 tahun ke atas, atau anak lelaki (18 tahun ke atas), bapa saudara (adik atau abang sebelah ayah) dan juga bapa saudara (adik atau abang sebelah ibu). Selain itu mahram juga boleh dinasabkan kepada datuk (ayah kepada ayah atau ibu kita). Bermula tahun 2013 ini peraturan Mahram amat ketat sekali. Jangan cuba nak menipu Kedutaan Arab Saudi dengan memberikan salinan Sijil Nikah Palsu. Pihak Kedutaan meminta Sijil Nikah yang Asli dan perlu mendapat pengesahan JPN dan juga ada kes kena dapat pegesahan Wisma Putra di akhir 2013. Arab nie pelik sikit, baca lah artikat di laman yang lain, mereka boleh sesuka hati menambah peraturan sendiri walaupun tidak terdapat dalam peraturan rasmi kedutaan Haji mereka.

       2.    Pilih Tarikh Yang Sesuai

Pastikan tarikh pergi ke tanah suci ialah pada masa visa Umrah telah pun dibuka. Jangan asal nampak harga murah terus beli. Dibimbangi masa itu visa Umrah belum lagi dibuka. Untuk makluman visa Umrah tahun 2014 ini bermula 4 Dec 2013 bermula sehingga 30 Syawal nanti. Selepas bulan Syawal visa Umrah tidak dibuka kerana sudah masuk bulan Haji. Dan visa Umrah akan kembali dibuka semula, selalunya 2 bulan selesai musim Haji. Pernah juga berlaku selepas selesai musim haji VISA ZIARAH dibuka bagi memberi peluang jemaah menunaikan Umrah. Tetapi keputusan Visa Ziarah dibuka atau tidak  selepas musim haji 2014 penghujung tahun ini belum dapat dipastikan lagi. Tiket AirAsia pada hujung 2014 hanya boleh di tempah bermula 1 dec sahaja.

     3.     Pengendalian Ground Handling di Tanah Suci

Jemaah harus memahami dahulu kaedah Pengendalian Jemaah Persendirian dalm bil yg kesil oleh TA.  kos Ground Handling yang lebih tinggi berbanding jemaah secara berkumpulan. Dalam jumlah ahli jemaah yang sedikit, pastinya kos pengangkutannya lebih tinggi kerana ianya memerlukan kenderaan yang disewa khas bersama dengan Pemandu. Kos penginapan di Makkah dan Madinah TIADA BEZA dengan kos jemaah secara berkumpulan besar. Biasanya pihak Catering keberatan untuk menyediakan sajian Makanan jika jemaah terlalu sedikit atau kurang dari 10 orang. Alternatifnya, jemaah kena pandai membeli makanan sendiri yang mudah diperolehi di kawasan Hotel Penginapan. Bagi  jamaah ambil hotel Pakej Fullboard  iaitu sewaan bilik termasuk Makanan. Kaedah ini harganya pasti lebih tinggi.

Umrah Persendirian

Kenderaan Persendirian yang biasa digunakan  ialah GMC (sesuai untuk muatan sekeluarga antara 2 hingga 7 orang). Jika lebih ramai jemaah maka boleh disewa Van yang boleh memuatkan 12 orang. Jika lebih dari itu, mungkin terpaksa 2 kenderaan digunakan yang sudah pasti akan meningkatkan kos. Untuk menyewa Bas Persiaran pula dirasakan tidak praktikal jika dibanding dengan jumlah jemaah di bawah 30 orang.
Sewaan kenderaan MPV ini akan membawa jemaah dari airport Jeddah ke Madinah, Ziarah Luar Madinah, dari Madinah menuju ke Makkah, Ziarah Manasek di Makkah dan dari Makkah ke airpaot Jeddah. Dengan kata lain, jemaah secara persendirian ini akan terjamin selamat dan dapat menunaikan ibadah Umrah sama seperti jemaah yang datang secarapakej dari TA . Bezanya ialah cara layanan bagi jemaah ini lebih personal kerana jumlah jemaah yang sedikit.


Walaupun kos Ground Handling jemaah Runcit ini lebih tinggi berbanding jemaah berkumpulan dari TA, tetapi secara keseluruhan Kos Umrah seorang pastinya lebih rendah kerana mendapat tiket AirAsia yang murah. Bayangkan ada jemaah yang sudah dapat membeli tiket AirAsia pergi dan balik ke Jeddah pada harga RM800 atau RM1000 seorang seperti yang di ceritakan di atas, sedangkan biasanya kos tiket bagi pakej TA ialah antara RM3000 hingga RM4000 dan keatas (bergantung kepada jenis flight dan musim), sudah pasti ianya menjimatkan kos.

Akhir sekali, saya mengajak diri saya sendiri walaupun baru juga melakukan umrah sendirian jan 2014, juga rakan, sahabat dan pembaca semua untuk menunaikan umrah cara persendirian jika kurang mampu untuk melalui pakej anjuran TA yang rata-ratanya RM5k ke atas. Flight yang di pilih tidak semestinya dari Airasia X tetapi mana-mana penerbangan yang memberikan harga yang murah terutama bagi penerbangan terus KL-Jeddah atau KL-Madinah.

Terima kasih kerana sudi membaca.

petikan dari sumber Iqbalsafwan





Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian