Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Rabu, November 06, 2013

CARA MENGERJAKAN IBADAH UMRAH

Panduan ringkas bagaimana untuk mengerjakan ibadah UMRAH. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah Taala, insyaAllah.

Haram
Pemandangan Kaabah Pada Tahun 2007


<Rukun UMRAH<

Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib

Layout Of Haram



Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.

1. Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:

                     نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى

Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”



2. Tawaf

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.

Syarat- syarat sah tawaf

- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.” 
Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram.Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
Mesti suci daripada hadas besar.
Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
Mesti menutup aurat.
3. Sai’e


Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.

Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
4. Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.

Syarat Tahallul

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
5. Tertib

Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Wajib Umrah
  • Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
  • Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.


Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):

Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.

Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:

Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.

Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.



Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berangkat

1. Memotong kuku;
2. Mencukur bulu kemaluan , bulu ketiak;
3. Merapikan rambut dan misai.








8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu senang aje sebab rukunnya, pratikalnya yg susah sikit

Tanpa Nama berkata...

Rukun Umrah:
1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bercukur
5. Tertib.

Adakah perempuan yang dalam berhadas besar dapat menunaikan umrah.

Unknown berkata...

Kena hati-hati ketika melakukan ibadah, di khuathiri boleh menyebabhkan terbatal

siapa-siapa berkata...

boleh tumpang tanya, kenapa murah sangat. bukan tipu ke.

Tanpa Nama berkata...

Anda pembaca budimana, bagaimana kalau anda mencari duit seperti yang saya buat ini bagi mencapai matmalat anda untuk mengunjungiBaitullah lebih cepat lagi. hanya menjadikan diri anda sebagai ref sahaja anda akan dapat USD10 setiap satu penyertaan dgn merujuk kpd anda.

contoh:
Sign up = 15USD
Ref 100 = 10 x 100 = 1000USD
Jumlah anda dapat = 1015USD

1015USD x RM3.5 = ____?___

Bagaimana?

klik di sini bila anda bersedia

klik di sini

Hamba allah berkata...

Untuk Tanpa Nama 14 Mei 2014 8:50 PTG

Saya harap tuan tidak terpengaruh dengan iklan seperti yg tuan bawakan. Semua bentuk bagitu adalah SCAM.

TQ

Hamba allah berkata...

Salam semua.

Saya sebagai admin blog ingin mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua pengunjung dan lebih-lebih lagi kepada pemberi komen di ruangan tak seberapa baik ini.

Pertama saya mohon maaf atas apa-apa info yang kurang baik/tepat kepada pembaca kerana itu bukan kehendak admin tetapi ianya tetap tak terjadi.

Ditegaskan di sini, blog ini bukan penganjur mana-mana pakej umrah, jika salah faham telah berlaku sila rujuk kepada subhead di atas. Blog ini hanya mengajak umat Islam mengerjakan umrah secara persendirian bagi menjimatkan kos dan mendalamkan pengentahuan Ibadah UMRAH.

Hamba allah berkata...

Ingi di jelaskan sedikit maklumat berkaitan harga UMRAH PERSENDiRIAN yang mungkin timbul salah faham seperti di kemukakan oleh siapa-siapa berkata
"Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini."

Kepada siapa-siapa, blog ini bukan penganjur apa-apa pakej umrah. Saya cuma mengajak saudara seIslam menunanaikan umrah persendirian sebagaimana Admin blog dan keluarga telah laksanakan pada jan 2014 dengan perbelanjaan kurang dari RM3K/pax. belanja yg jimat ini di sebabkan kos penerbangan lebihkurang RM1K/pax dengan penerbangan terus AA'X.

Juga admin tidak bermaksud menghalang bakal jemaah dari mengikuti mana-mana pakej seperti yang tuan siapa-siapa sedang usahakan.

Semoga TA tuan siapa-siapa akan lebih berjaya walaupun harga pakej tuan lebih rendah jika di bandingkan denga kebanyakan pakej TA lain.

Terima kasih

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian