Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Memaparkan catatan dengan label panduan mengerjakan umrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panduan mengerjakan umrah. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 29, 2014

HIMPUNAN CATATAN JEMAAH UMRAH cara PERSENDIRIAN

Di sini saya cuba menghimpunkan catatan dari pelbagai sumber yang saya search di alam google. Tujuan himpunan ini di buat adalah untuk menyakinkan bahawa umrah cara persendirian memang telah di lakukan sejak dahulu, kini dan akan lebih banyak lagi di masa akan datang.

Sebelum meneruskan catatan ini, tidak lupa juga saya ingin memaklumkan bahawa saya ada mewujudkan kumpulan whatsapp khas untuk Umrah Persendirian (UP) dan group pertama telahpun mencecah 50 orang (maksima). Kini di buka pula group 2. Mungkin ada yg akan tanya kenapa tidak di buka sistem group yang lain, jawab senang saja iaitu saya sudah wujudkan telegrem atas nama yang sama tetapi semua member di sana tidak mahu berpindah dengan alasan telegrem tidak mesra pengguna. Kepada mana-mana pembaca yang ingin menyertai group Umrah Persendirian  adalah di alu-alukan dengan cara menghantar email kepada umrahsenang@gmail.com dengan menyatakan no whatapp saudara-saudari. Penyertaan ke whatsapp UP tanpa syarat dan untuk soal umrah persendirian sahaja. Tidak perlu atau semestinya melakukan umrah cara UP. Ianya sebagai pengentahuan dan mungkin berguna di masa akan datang.

Saya berikan nota singkat sahaja, untuk membaca sepenuhnya di harapkan pembaca semua dapat ke web/blog mereka yang berkaitan.


1. Pengalaman Umrah Persendirian  Pn Dayang

http://dayanghanizah.blogspot.com/2010/04/pengalaman-umrah.html 
 Pn Dayang bersama anak-anaknya semasa Umrah Persendirian

http://dayanghanizah.blogspot.com/2010/04/pengalaman-umrah.html
Suami Pn Dayang


Memandangkan I & my family ke Mekah sendiri, tidak mengikuti group package, jadi kami tidak melawat ke Madinah. Dari Jeddah kami terus ke Mekah. From Jeddah Airport, kami menaiki taxi yang disediakan oleh Rayhar Travel untuk sampai ke tanah suci Mekah. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa selama sejam...

Kami tiba di Tanah Suci Mekah around 11 malam. Di Mekah, kami menginap di Hilton Hotel Mecca.

Jika pembaca semua ingin mengetahui bagaimana pengalaman umrah tanpa agen atau di Umrah Persendirian yang telah di lakukan oleh pn Dayan, suaminya serta dua anak-anak yang comel tu kenal baca seterusnya.



 
Sesiapa yang pernah menunaikan umrah, sudah pasti akan merindui Kaabah dan akan berusaha untuk menunia umrah lagi. Ini juga terjadi denganSweet Princess dan suaminya.
 Sweet Princess ini memang kaki jalan, semua ceruk di dunia ini dia dah teroka dan kalau kata dia pergi umrah cara UP pun taklah heran sangat, apatah dia juga pernah menunaikan umrah sebelum membuat umrah cara UP.


 Sweet Princess

 Sweet bersama suaminya


Alhamdulillah, last month we all dapat AA promo ticket ke Jeddah. Cuma RM700++ je sorang. Secara kebetulan, my sis Ila tergerak hati nak check AA ticket ke Jeddah. Tengok2 tgh promo. Terus we all booked untuk bulan December ni. Ni kiranya umrah musim sejuk la. Yang bestnya dapat dua tahun terus kat Makkah. Pegi December 2013, balik January 2014..:-)


Masa I baca experience orang yang pegi sendiri ni, I tertarik dengan satu perkongsian. Dia pergi bertujuh. The total cost was RM25K. Duduk pulak dekat Hilton yang hanya 20m dari Masjidilharam. So, kiranya sorang dalam RM2K++ je.

Sesungguhnya DIA maha mendengar. Hari tu I ada bagitau kat Hubby, bestnya kalau dapat pegi bulan December coz ada ustaz yang pegi masa ni cakap tak ramai orang. Budak2 pun siap boleh main kat Hajar Aswad. Bila we all book tiket tu terus tekan bulan December coz tak tau pulak bulan lain pun ada promo. I shared with my friends about this promo. Ada yang booked bulan Feb & March 2014. So, memang rezeki we all dapat bulan December.

Bagi mengetahui cerita beliau berumrah tanpa agen kenalah baca cerita seterusnya di sini.




Akan di update pada masa akan datang

Sabtu, Disember 14, 2013

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH



Disusun oleh :                               Ust Jamaluddin bin Hashim
Pensyarah Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam,




Link Ust Jamaluddin



PENGERTIAN UMRAH

Menurut bahasa : ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak : mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.


HUKUM MENGERJAKAN UMRAH



Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :

1- Firman Allah swt:
Umrah Persendirian

Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

2- Hadith Aisyah r.a :

Umrah Persendirian
Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W:“Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah”.

Menurut Mazhad Shafie, kewajipan melakukan umrah ini boleh di lakukan pada bila-bila masa dalam kehidupan orang-orang  muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.



KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH

Umrah adalah sunat dilakukan berulang kali terutama sekali pada bulan Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadithhadith berikut :

Umrah Persendirian

Maksudnya : Daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa antara keduanya


Umrah Persendirian

Maksudnya : (Melakukan) satu umrah di bulan Ramadhan adalah menyamai (pahala) melakukan sekali haji



WAKTU MELAKUKAN UMRAH

Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun selain daripada masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehingga dia selesai melakukan kerja-kerja haji tersebut


RUKUN-RUKUN UMRAH1 :
  1. Berniat ihram 
  2. Tawaf
  3. Saie 
  4. Bergunting atau bercukur 
  5. Tertib

WAJIB-WAJIB UMRAH2 :
  1. Berniat ihram di miqat3
  2. Meninggalkan pantang-larang ihram.


PERSIAPAN UNTUK MELAKUKAN UMRAH

1. Jemaah umrah dari Malaysia masuk ke Tanah Haram Mekah melalui dua jalan
                             i. Malaysia ke Madinah dan  ke Mekah
                            ii. Malaysia ke Mekah
  1. Dalam Bab Haji dan Umrah istilah rukun bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah menjadi tidak sah. 
  2. Dalam Bab Haji dan Umrah istilah wajib bermaksud perkara-perkara yang mesti dilakukan. Jika tidak dilakukan, umrah tetap sah, akan tetapi wajib ke atas orang yang meninggalkan perkara-perkara tersebut menyempurnakan dam. 
  3. Miqat bermaksud ketentuan tempat (miqat makani) atau masa (miqat zamani) untuk berniat ihram umrah. Miqat zamani umrah iaitu masa untuk melakukan umrah telah dijelaskan di bawah tajuk : “Waktu Melakukan Umrah”, manakala tentang miqat makani umrah, akan dijelaskan selepas ini.
2. Sebelum memakai pakaian ihram, jemaah hendaklah bersiap-siap melakukan perkara-perkara sunat4 berikut :

  • Memotong kuku; 
  • Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari.
  • Mengandam misai, janggut dan rambut.
  • Mandi sunat ihram. lafaz niat:
                 Umrah Persendirian
              Maksudnya : Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala
  • Memakai minyak rambut 
  • Memakai bau-bauan di tubuh sahaja tidak pada pakaian ihram.                                                     Bagi wanita guna bauan yang kurang kuat baunya atau sekurangkurangnya memakai penghilang bau ketiak.

PERHATIAN :
  • i. Perkara-perkara ini juga sunat dilakukan oleh wanita yang berada dalam keadaan haid.
  • ii. Perkara-perkara ini sunat dilakukan di miqat5. Bagi jemaah umrah yang masuk ke Mekah melalui Madinah, sunat melakukan perkara-perkara ini di Miqat Bir Ali 6.                                                         Bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, perkara-perkara sunat ini dilakukan di mana-mana tempat sebelum menaiki pesawat.

3. Selepas melakukan perkara-perkara sunat tersebut, jemaah wajib memakai pakaian ihram. Pakaian ihram
sunat berwarna putih.
  • i. Bagi lelaki ialah dua helai kain lepas : sehelai dipakai untuk menutup auratnya antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang untuk menutup bahagian atas badan.
  • ii. Bagi wanita ialah pakaian yang menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. pastikan jemaah wanita memakai sarung lengan, stokin yang tebal dan kain tudung yang mempunyai alas dagu
                PERHATIAN :
               Bagi jemaah lelaki, sepatu yang dibenarkan semasa dalam ihram ialah yang                                                    menampakkan tumit dan hujung jari-jari kaki.
          iii. Selepas selesai memakai pakaian ihram dengan sempurna, jemaah disunatkan melakukan solat                      sunat ihram.
                                       Lafaz niatnya:
Umrah Persendirian

                 Maksudnya : Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala
* Pada rakaat kedua: selepas al-Fatihah baca surah al-Kafirun
                         * Pada rakaat kedua: selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas

                 PERHATIAN :
                          i. Solat sunat ihram ini tidak boleh dilakukan pada lima (5) waktu tahrim.7
                         ii. Wanita dalam haid tidak boleh menunaikan solat sunat ihram ini.


4. Setelah selesai melakukan solat sunat ihram, jemaah menaiki kenderaan dalam keadaan sudah lengkap
memakai pakaian ihram dan sunat dalam keadaan berwuduk.


    RUKUN 1 : BERNIAT IHRAM DI MIQAT

5. Apabila bas mahu mula bergerak daripada Bir Ali semasa dalam perjalanan Madinah ke Mekah, maka jemaah hendaklah berlafaz niat umrah dalam keadaan mengadap kiblat jika keadaan mengizinkan. Lafaz niat umrah :
                      Umrah Persendirian
            Maksudnya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya8 kerana Allah Taala”

Bagi jemaah yang masuk ke Mekah dari Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat melepasi miqat Qarn Manazil9.

    Terima Kasih kerana anda telah baca sampai ke tahap ini, untuk seterusnya sila berkunjung ke laman web Ustazdi >>>>  panduan-mengerjakan-umrah-pakej-umrah

Khamis, Disember 12, 2013

RM2600 Untuk Umrah Backpacker Tahun 2014

Program umrah backpacker yang benar-benar ekonomik, program sebegini perlu di rancang rapi bagi memenuhi keperluan mereka yang berjiwa kental dan benar-benar mengutamakan ibadah UMRAH terutamanya golongan muda.

Pilihan para jamaah mendapatkan kesempatan beribadah di tanah suci selama 9 - 18 hari penuh dengan harga jauh di bawah pakej yang di tawarkan oleh agensi umrah.

Pada program ini jamaah kenalah membeli tiket penerbangan secara online  yang termurah, Sebelum mendapatkan tiket penerbangan, perlulah perkara-perkara berikut di ambil kira:

  1. Mencari mana syarikat travel agen yang dapat dan sanggup menguruskan visa umrah bagi kumpulan nanti dengan sedikit bayaran pengurusan {(anggaran RM300/pax) (VISA umrah adalah free)} 
  2. Mengumpulkan mereka yg sanggup ikut serta dalam pakej permaufakatan backpacker bagi membentuk satu kumpulan sekitar 10 orang - 40 orang. 
  3. Mencari maklumat laluan ke Jeddah terutama melibatkan harga permosi atau offer, seboleh-bolehnya adalah penerbangan terus dari tempat anda, contohnya KUL-JED bagi penduduk Malaysia. Bagaimanpun biasanya penerbangan terus adalah lebih mahal jika di bandingkan dengan penerbangan transit. {contoh pemilihan masa ini (Kuala Lumpur /Bangkok/Jeddah) [Harga Bangkok/Doha/Jeddah/Doha/Bangkok di cari pada waktu sekarang untuk perjalanan tahun 2014 sekitar RM1050 - RM1150 (harga termurah) termasuk barang 30KKg)] 
selain perbelanjaan tiket terdapat juga biaya land arrangement yang meliputi visa, hotel, bus, guide, zamzam yang berkisar antara RM1500 - RM1800 tergantung jumlah peserta dan tempoh umrah, semakin banyak peserta semakin murah biaya perseorangan.


Ringkasan anggaran Perbelanjaan
  1. Tiket kapatterbang pergi/balik LionThai                                 MYR 200 
  2. Tiket kapaterbang pergi/balik BKK/JED/BKK                          MYR1120 
  3. Perbelanjaan LA di Arab Saudi bagi 12 hari                            MYR1500 
  4. Perbelanjaan VISA                                                              MYR 300 
  5. Lain-lain perbelanjaan                                                          MYR 300 
                                                      Anggaran Jumlah perbelajaan MYR 2900



Ketentuan umum :
  1. · Tiket langsung di beli dan Harga tiket tergantung waktu dibeli.
  2. · Pelunasan LA paling lambat 40 hari sebelum berangkat 
  3. · Belum termasuk vaksin, pasport, lebihan bagasi, makan dalam perjalanan
  4. · Video perjalanan hotel backpacker – masjidil haram boleh dilihat di youtube.
  5. · Perjalanan bangkok/Jeddah memakan masa 12 jam dengan transit tidak lebih 2 jam.
  6. · visa selama transit tidak termasuk
  7. · Guide standby 24 Jam selama di tanah suci
  8. · Tidak terdapat tour leader yang berangkat dari Malaysia
  9. · Jamaah berusia >55 th sebaiknya didampingi saudara-mara yang masih muda
  10. · Terdapat dapur dan bilik tidur 4 – 6 orang sebilik

Hari Ke-Kegiatan Backpacker 14 Hari
1Berkumpul di restoran terminal LCCT/KLIA , berangkat menuju Bangkok ,Mumbai dan Jeddah atau dari mana-mana lapangan terbang menuju ke Bangkok.
2Tiba di Jeddah menuju Madinah
3Tour masjid nabawi, raudoh, baqi’, museum
4Tour masjid quba, kebun kurma, uhud, kiblatain, khandaq, percetakan quran
5Menuju Makkah untuk Umrah . Singgah di Bir Ali untuk bermiqat. Umrah Pertama
6Umrah pada hari kedua
7Tour arafah, mina, jabal rahmah, jabal thur, gua hiro
8-12Tausiyah harian dan ibadah umrah personal
Tausiyah harian dan ibadah umrah personal
13Menuju Jeddah/Mumbai/ Bangkok mengambil masa antara 9Jam -13 jam
14Sambungan penerbangan ke Malaysia dari Bangkok


* Rute dan lokasi ziarah dapat berubah sesuai keadaan di keadaan

* Jadual di atas merupakan gambaran kegiatan Jamaah selama Umrah secara umum, detail kegiatan akan dijelaskan ketika briefing akhir

Khamis, November 07, 2013

UMRAH ala Back Packer Termurah

Semasa saya googling dan Searching tentang UMRAH cara back pack, banyak maklumat yang di perolehi dari warga Indon, saya bukan bermaksud memuji warga Indon yang tabah mengerjakan UMRAH melalui cara ini, cuma sekadar teruja di atas keberanian dan kesungguhan mereka walaupun menghadapi sedidikit kekurangan kewangan. Forum yang saya maksudkan ini datang dari seorang surirumah Indon.

Kepada warga Malaysia yang telah Allah limpahkan rezeki berlimpah ruah, sama-samalah kita menanam niat untuk ketanah suci dan seterusnya mengerjakan UMRAH. Kepada yang kurang sedikit dari segi kemanpuan kewangan, cara UMRAH ala Back Packer adalah menjimatkan. Entri sebelum ini ada memaparkan perbelanjaan asas semasa di Mekah dan Madinah dengan bayaran RM1800. Dengan belanja senayak itu untuk meliputi penginapan, makan-minum dan pengangkutan semasa di Tanah Suci, ianya sangat murah dan lebih dari berpatutan. Bayangkan jika anda mendapat kos penerbangan sekitar RM900 yang pernah di tawarkan oleh AirAsia bagi sektor KUL/JED/KUL. Anda boleh kira sendiri berapakah jumlah yang akan anda belanjakan. Mungkin perbelanjaannya lebih rendah dari anda menlancong ke BALI ataupun ke Vietnam.

Rabu, November 06, 2013

CARA MENGERJAKAN IBADAH UMRAH

Panduan ringkas bagaimana untuk mengerjakan ibadah UMRAH. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah Taala, insyaAllah.

Haram
Pemandangan Kaabah Pada Tahun 2007


<Rukun UMRAH<

Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib

Layout Of Haram



Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.

1. Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:

                     نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى

Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”



2. Tawaf

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.

Syarat- syarat sah tawaf

- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.” 
Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram.Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
Mesti suci daripada hadas besar.
Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
Mesti menutup aurat.
3. Sai’e


Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.

Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
4. Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.

Syarat Tahallul

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
5. Tertib

Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Wajib Umrah
  • Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
  • Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.


Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):

Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.

Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:

Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.

Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.



Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berangkat

1. Memotong kuku;
2. Mencukur bulu kemaluan , bulu ketiak;
3. Merapikan rambut dan misai.








Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian