Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Rabu, November 27, 2013

BackpackerBusuk: Umrah : Ziarah Luar Kota Madinah (Part 2)

BackpackerBusuk: Umrah : 

Ziarah Luar Kota Madinah
         (Part 2):

Sambungan dari episod sebelumnya.

 gambar ilustrasi Peperangan Uhud [source]

 JOMUMRAH. 

Semua umat Islam masa kini mampu menunaikan UMRAH dengan cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM2999.00

Jom UMRAH



Perang Uhud
Berlaku pada tahun ke-3 Hijrah di sebuah kawasan yang dikelilingi Bukit Uhud. Peperangan ini berpunca daripada kemarahan orang kafir Quraisy terhadap kekalahan mereka semasa Perang Badar. Dalam peperangan ini bilangan tentera Quraisy sangat besar iaitu seramai 3000 orang manakala tentera Islam hanya 1000 orang. Namun bilangan itu berkurangan apabila Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafik dan 300 orang pengikutnya menarik diri di pertengahan jalan lalu mengakibatkan tentera Islam berkurang menjadi 700 orang.

Akibat peristiwa ini Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 167 :

"Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan "Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu)". Mereka berkata "Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami mengikuti kamu". Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan"

Seramai 50 orang tentera pemanah telah ditempatkan di atas Bukit Rumat (juga dikenali sebagai bukit pemanah dan "rumat" bermaksud pemanah) sebagai strategi kubu pertahanan. Di awal pertempuran kemenangan berpihak kepada tentera Islam tetapi disebabkan mereka tidak patuh kepada perintah Rasulullah SAW, maka mereka pun tewas.

Rasulullah SAW telah berpesan supaya jangan sesekali meninggalkan kedudukan masing-masing sehingga baginda memberi arahan tapi kerana ingkar mereka pergi memungut harta rampasan perang termasuklah 40 orang pemanah yang berada di atas bukit. Walaupun Abdullah bin Jubair(ketua pasukan pemanah) telah melarang tetapi mereka tak menghiraukannya dan pada waktu itu Khalid bin Al-Walid (sebelum beliau memeluk Islam) iaitu ketua pasukan berkuda tentera kafir Quraisy melihat keadaan ini lalu berpatah balik dan menyerang baki tentera pemanah Islam yang setia mempertahankan kubu. Dalam serangan itu, Abdullah bin Jubair terbunuh dan akhirnya Bukit Rumat yang sebelum ini dikawal oleh tentera Islam telah diambil alih oleh tentera kafir Quraisy.

Sikap tentera Islam yang tamak berebut harta rampasan perang walaupun setelah dilarang oleh Rasulullah SAW diperingatkan kepada kita melalui firman Allah SWT di dalam Surah Al-Imran, ayat 145 :

"Tiada suatu jiwa pun akan mati melainkan dengan izin Allah melalui suatu suratan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang mahu habuan dunia maka Kami akan berikan kepadanya. Dan sesiapa yang inginkan pahala akhirat maka Kami juga akan anugerahkan kepadanya. Kami akan berikan pahala kepada orang-orang yang bersyukur"

Dalam keadaan kelam-kabut itu tersebar berita bahawa Rasulullah SAW telah gugur syahid sedangkan pada waktu itu Rasulullah SAW terkena lemparan batu dan jatuh pengsan. Pada waktu ini tentera kafir Quraisy mengambil peluang untuk membunuh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda berusaha menjadi perisai melindunginya dari terkena anak panah yang datang menghujani. Antara yang gugur sewaktu mempertahankan baginda ialah Abu Dajanah, Saad bin Abi Waqas, Mush'ab bin Umair, seorang wanita bernama Ummu Imarah Nusaibah Al-Ashary (perawat tentera Islam dalam peperangan ini) serta suaminya Zaid bin Ashim dan 2 orang anaknya Habib dan Abdullah yang juga turut menjadikan tubuh mereka sebagai perisai Rasulullah SAW.

Akhirnya seramai 70 orang tentera Islam gugur syahid dalam peperangan ini dan yang paling menyedihkan ialah kematian Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaitu bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Saidina Hamzah telah dibunuh dengan kejam oleh hamba suruhan Jubair bin Muth'im iaitu Wahsyi bin Harb. Jubair yang kematian bapa saudaranya semasa Perang Badar telah berjanji sekiranya Wahsyi dapat membunuh Saidina Hamzah maka dia akan dimerdekakan (dibebaskan dari menjadi hamba suruhan).

Saidina Hamzah adalah seorang pahlawan Islam terkenal yang digelar sebagai "Singa Allah" di atas keberaniannya menegakkan agama Islam. Beliau diserang oleh Wahsyi ketika sedang sibuk berlawan dengan tentera Quraisy. Wahsyi melontarkan lembingnya lalu menembusi tubuh Saidina Hamzah. Sewaktu Saidina Hamzah sedang menemui ajalnya datang Hindun binti Utbah iaitu isteriAbu Sufyan (pemimpin tentera Quraisy) lalu Hindun menoreh dada Saidina Hamzah dan mengeluarkan hatinya untuk dikunyah tapi tidak diizinkan Allah SWT lalu Hindun termuntah.

Ada banyak pendapat yang bercanggah berkenaan dakwaan Hindun mengunyah hati Saidina Hamzah dan persoalan itu dirungkai di sini. Apapun yang pasti hanya Allah SWT saja yang tahu tentang kebenaran peristiwa itu. Juga diceritakan bahawa salah seorang yang syahid dalam peperangan ini ialah Hanzalah bin Abu 'Amir yang baru mendirikan rumah tangga dan meninggalkan isteri yang baru dikahwini untuk berjihad. Ketika ditemui mayatnya dalam keadaan basah seperti dimandikan dan apabila diberitahu kepada Rasulullah SAW akan perkara ini baginda mengatakan bahawa mayat Hanzalah telah dimandikan oleh para malaikat kerana dia turun ke medan perang dalam keadaan berjunub.

Akibat kekalahan tentera Islam dalam peperangan ini, maka Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 138-142:

"Dan janganlah kamu lemah semangat dan janganlah kamu bersedih hati kerana kamulah orang-orang yang lebih tinggi darjatnya, jika kamu benar-benar beriman. Jika kamu (pada Perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Demikianlah, masa kami pergantikan antara manusia, agar mereka mendapat pelajaran dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang kafir dan supaya sebahagian kamu gugur sebagai syahid. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar Allah membersihkan orang-orang beriman (dari dosa-dosanya) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"

Namun di sebalik kesedihan ini berlaku peristiwa pengislaman beberapa orang seperti Wahsyi bin Harb, Hindun binti Uthbah, Khalid bin Al-Walid dan orang kafir Quraisy yang lain. Alhamdulillah.



Untuk bacaan lanjut berkenaan peperangan Uhud sila ketik sini, sini, sini dan sini.


Bukit Uhud 
Berlatarbelakangkan Kota Madinah ini panjangnya adalah sejauh 10km


Berhadapan dengan bukit pemanah (Bukit Rumat) ini terdapat kawasan perkuburan para syuhada dan di sinilah seramai 70 orang tentera Islam disemadikan termasuk Saidina Hamzah. Pernah suatu ketika dulu berlakunya banjir besar di kawasan ini dan pemerintah Arab telah mengarahkan supaya makam Saidina Hamzah dipindahkan ke tempat lain tetapi sewaktu makam itu digali mereka mendapati jenazah Saidina Hamzah masih elok dengan kesan darah yang masih segar walaupun jasadnya sudah beratus-ratus tahun dikebumikan. Subhanallah. Begitu mulianya para syuhada yang berjuang demi menegakkan agama Islam. Allahuakbar!


orang ramai mendoakan kesejahteraan para syuhada

Kami tidak melepaskan peluang untuk singgah di tempat bersejarah ini dan menziarahi makam para syuhada. Di sini kami berdoa akan kesejahteraan mereka yang telah dijanjikan balasan syurga oleh Allah SWT di akhirat kelak. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu menziarahi kawasan perkuburan dan suasana di sini sama seperti di Perkuburan Baqi' yang tandus tanpa pokok. Di antara perkuburan para syuhada dan bukit pemanah ini ada pasar kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kurma, tasbih, Al-Quran dan lain-lain.

suasana di sekitar Jabal Uhud

Sewaktu berasa di sini aku cuba membayangkan situasi semasa peperangan Uhud dan menyelami perasaan Rasulullah SAW semasa berhadapan dengan kematian bapa saudaranya yang tragis. Baginda amat mengasihi Saidina Hamzah dan kesan daripada peristiwa itu baginda mengalami kemurungan.


orang ramai berdoa di atas bukit pemanah 
terletak bertentangan dengan makam para syuhada

Ramai orang cuba memanjat Bukit Rumat (bukit pemanah) dan berdoa kat atas tu dan aku pun tak terkecuali. Dulu bukit tu tinggi tapi sekarang semakin terhakis akibat aktiviti manusia. Walaupun sekarang dah tak begitu tinggi, tapi still semput nak panjat. Tidak terbayang bagaimana kesusahan serta kepayahan tentera Islam mendaki bukit yang berbatu dalam keadaan panas dan berdebu untuk berperang. Mereka tidak takut memperjuangkan nyawa hingga ke titisan darah yang terakhir dan semoga peristiwa ini dapat kita jadikan sebagai iktibar.



bersambung ke episod seterusnya
.

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian