Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Isnin, April 14, 2014

Umrah Tanpa Travel Agent


JOM UMRAH. JOM UMRAH. UMRAH Persendirian / Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3500.00 Jom UMRAH JOM UMRAH


Tempat Tawaf

Tawaf di Kabah

Kalau melancung sekitar Asean memang tak pernah guna pakej ataupun ground package. Just hantam saja pun dapat pergi dan selalunya bila kita pergi Indon atau Vietnam, ramai jugalah orang Malaysia dalam flight yang sama dan pergi ke tempat yang sama walaupun tidak di atur oleh mana-mana travel. Cuma masa ke Mekkah januari tahun ini yang menggunakan ground package bermula dari Jeddah, Madinah dan Mekkah sampailah balik semula ke Jeddah. Bila saja balik je dari umrah itu, memang bercadang nak pergi semula tanpa menggunakan ground service di sana. Masa pergi januari lalui dapat tiket AirAsia offer pada kadar RM800++ dan upgred hampir kepada RM1000/pax. AA direct flight ke Jeddah lagi lah senang.
Bermula 1 april 2014 satu lagi penerbangan tambang murah Arab Saudi iaitu NAS Air membuat penerbangan terus KUL-JED. NasAir mengadakan jualan promosi SAR1999 pergi-balik untuk 1 april 2014 hingga 31 mei 2014 termasuk juga dari bandar lain di dunia seperti Jakartar-Jeddah dengan tambang yang sama. Dengan adanya tawaran hebat dari dua syarikat penerbangan LCC ini, semangat nak menunaikan umrah semakin berkobar-kobar.

Flight ke Jeddah

Alhamdulillah, masa Airasia offer di pra pelancaran KUL-JED dulu dapat AA ticket ke Jeddah. Cuma RM800++ je sorang. Beli untuk 9 0rang,  sehari kemudian tambah satu orang.Sebulan sebelum pergi ada lagi seorang yang sudah 4 kali terkandas untuk ikut sama, nasib baik permohonan visa belum submit, dapatlah beli tiket AA sama tarikh tapi dah mahalah. 2 orang yang beli awal tidak dapat ikut atas sebab kesihatan, tiket mereka hanguslah.


Airasia
Itinerary kumpulan kami


Air Asia
Flight Boading at LCCT KUL (3 lelaki di belakang adalah adik-beradik termasud admin blog)


Bulan januari kira-kira umrah musim sejuk la. Suhu terutama di Madinah agak sejuk juga dan pada sebelah malamnya kurang  dari 10°C. Semasa dalam coaster di perjalanan Jeddah ke Madinah, saya terasa amat sejuk dan kepala terasa sakit akibat kesejukan. Kita orang hanya berbekalkan jacket saja tetapi terpaksa ambil kain ihram buat bungkus kepala. Hari kedua di Madinah sudah boleh pakai baju melayu atau jubah saja pergi Nabawi.

Bacaan Al Quraan di Nabawi
Pemuda di Sebelah Orang Africa sedang Menunggu Giliran Memperdengarkan Bacaan Quran


Sebenarnya saya dan keluarga sangat bersyukur kepada Allah Taala yang telah menggerakan hati-hati kami sekeluarga untuk pergi cara separa persendirian dan perjalanan kami agak lebih mudah kerana bilangan yang kecil iaitu 9 orang. kami juga beruntung kerana ada seorang dari adik-beradik yang telah menunaikan haji setiap tahun semasa belajar di Mesir di akhir 80an dulu. Jadi dialah jadi mutawif kami sekeluarga. Lagipun adik ini baru juga menunaikan umrah bersama isterinya pada jun 2013, sangat baru.

Sesungguhnya DIA maha mendengar dan mengetahui. sebenarnya kami amat curiga juga pada bulan-bulan terdekat dengan pemergian kerana kuathir tak boleh dapat visa. Pada Dec 2013 kita terdengar banyak kes jemaah umrah yang terkandas di airport Pulau Pinang dan juga di airport KL selain tertangguh di rumah seperti yang di laporkan oleh beberap a media sosial. Cuba lihat blog ini seorang ustaz/peserta, orang kelantan dah terbang ke KL dan terkandas, Johor juga kes di Melaka dan banyak lagi.
Kami lebih takut lagi kerana kami bukan ikut pakej, sedangkan yang ikut pakej pun terkandas. Tapi Allah Taala lebih mengetahui. Dua-tiga orang dari kumpulan jemaah yang mengetahui keadaan ini amat curiga dan berdoa serta solat hajat berkali-kali minta kami di jemput, Alhamdulilah bila sampai harinya Visa di perolehi, lega sehingga tak terkata dan syukur teramat sangat.

Keseluruhan jemaah kumpulan kami adalah keluarga. Sebab itu senang atur pergerakan. Saya dan seorang adik adalah juga sebagai ketua dan adik juga sebagai mutawif sebab kita tak mahu mutawif di Mekah / Madinah. Semua kita lakukan sendiri kecuali transport Jeddah Madinah, Madinah Mekah dan Sekali lagi Mekah ke Jeddah.

Jemaah
                                                                                       
  1. Ibu                             
  2. 4 orang anak                 
  3. 2 orang pasangan kepada anak di no 2       
  4. Seorang besan Ibu                                    
  5. Seorang besan anak  di no 2                         
  Jumlah :  4 orang lelaki, 5 wanita



HOTEL DI MADINAH
     
Hotel di Madinah ialah New Ansar Palace yang jaraknya 250 metre dari Masjid Nabawi. Kami dapat dua bilik di mana satu untuk perempuan berlima dan satu lagi untuk lelaki berempat. Keadaan bilik sanat baik macam hotel lain yang tak ada bintang tapi agaknya lebih baik dari hotel murah di kawasan Chow Kit tu. Air tak masalah langsung dan demikian denga sistem elektriknya juga tidak ada gangguan. Makanan secara buffer di sediakan oleh keterer luar dan di serve di dalam hotel.



HOTEL DI MEKAH

Di Mekkah pula ialah hotel Al Jawhar di belakang Le Meredium. Hotel ini jaraknya hanya 150metre dari Al-Haram. Dapat 3 bilik bersebelahan saja, bilik 2, 3 dan 4. Jalan dari hotel ni turun sikit ke Jalan King Abdul Aziz kira-kira 20m. Bagi ibu dan besannya yang berumur melebehi 75T kenalah bantu semasa pergerakan ke Masjid Haram. Di masjid Haram kita pimjam wheel chair untuk mereka berdua dan gunakan untuk tawaf dan juga saie. Ada juga masa mereka ingin tawaf berjalan kaki dan kami bantu untuk memenuhi kehendak ibu tersayang. mungkin terkenang masa muda dulu mereka boleh berjalan dengan senang. Sebenarnya ibu telahpun pergi haji sebanyak 3 kali  dan besannya juga perah pergi haji melebihi dari sekali. walaupun mereka berdua pernah beberapa kali haji, tapi mereka masih tak boleh bergerak sendiri terutamanya nak ke miqat untuk melakukan niat umrah sunat.



saei 

Di tempat saei ada di sediakan electric wheel chair dengan kadar bayaran SAR50 untuk satu muatan, tapi kita boleh naik berdua walaypun sewa untuk satu muatan. Wheel chair elektrik ini juga dapat di gunakan oleh jemaah lain selagi ia tidak habis charge baterinya selagi kita belum kembalikan, dengan ini bermakna kalau kita sewa eheelchair satu muatan dan kita naik berdua, kemuadian kita sambung pula dengan orang ketiga dan keempat. Kendalian electric wheelchair ini sangat mudah sama seperti jay-stek pada komputer. Sebenarnya kita guna electric w.chair ini pada hari ke=2 terakhir untuk admin dan adik, pada peringkat awal kita orang sorong wheel chair biasa aje untuk sorong ibu dan besannya.


Pergerakan jemaah Bersendirian  

Bermula di Masjid Nabawi lagi kami tak perlu beriringan ke masjid. Kita boleh pergi sendirian dan duduk seberapa lama mengikut kehendak masing-masing. Walaubagaimanapun di kalangan jemaah perempuan, mereka berdua atau bertiga, Masa ziarah luar kami bersama sebab  kenderaan dan masa yang sama.

Di Mekah juga sama keadaannya kita ke Masjid dan masing-masing berusaha mendapatkan tempat seberapa rapat yang boleh ke arah kaabah. Cuma kita lakukan umrah bersama semasa niat di Miqat Bir Ali dan 3x umrah sunat yang lain. Selepas balik ke Mekah dari miqat, masing-masing mengerjakan tawaf dan saei kecuali yang kena bantu menguruskan dua orang yang perlu bantuan. Selain 4 umrah yang kita ke Miqat bersama, masing-masing menambah umrah sunat dan ada yang cukup dengan 4x tersebut dan ada yang sampai melebihi 7x umrah sunat. Bagaimanapun ada yang hanya mengerjakan tawaf sunat aje kerana mengikut setengah pendapat, tawaf sunat adalah lebih afdal dari umrah sunat. Rujuk di sini dan di sini

Jeddah Masjid terapong
Masjid Terapung di Jeddah

Semasa perjalanan dari Mekah ke Jeddah, perjalanan ini mengambil masa yang lama walaupun jaraknya dekat kira dibawah 50km, masalah jalan 'jem'lah .Dalam perjananan itu sempat singgah di Masjid Terapung untuk solat Magrib dan isya secara jama'.


Penerbangan Airasia'X

Penerbangan AA menggunakan terminal Haji di Jeddah. Terminal Haji ini sukar untuk mendapatkan transport semasa ketibaan. Tiada teksi atau bas awan seperti terminal di airport lain, semua penumpang jemaah umrah sepatutnya di urus oleh muassah sebab syarat pengeluaran visa ialah adanya muassah yang tercatat di passportnya. Semasa pulang pula, bas yang membawa kami dapat masukiterminal hajj ini setelah penumpangnya di periksa memegang visa umrah yang masih valid. Pemeriksaan di pintu masuk airport sangat ketat.

Penerbangan balik dari Jedah yang di jadualkan awal pagi telah tertunda sehingga 11.30 pagi waktu Arab. 
Semasa menunggu penerbangan, saya sempat berbual dengan jemaah lain, salah satu kumpulan kecil 4 orang yang benar-benar melakukan umrah cara persendirian sepenuhnya. Mereka terdiri dari seorang cucu bawah 30th, ibu, bapa dan nenek. Perbelanjaan mereka menunaikan umrah tersangat jimat di sebabkan 3 penumpang mendapat harga staff AA dengan bayaran 10% dan nenek yang tiada kelayakan harga staff hanya membeli tiket RM2k++. Di Madinah mereka sewa bilik dengan SAR100/night yang terdapat 10 katil. Makanan pula mereka beli ikut keperluan dan bukan sebagaimana jemaah lain yang makanan di sediakan pada setiap waktu makan. Juga terdapat ramai warga Indonesia yang menaiki AA'x Jeddah ke KL dan mereka ini mengikut TA dari Malaysia dan ada yg di urus oleh TA Indonesia sendiri. Jumlah penumpang Indonesia di rasakan lebih ramai dari penumpang Malaysia di dalam penerbangan tersebut.



Hajat Nak Tunai UMRAH PERSENDIRIAN  Dec 2014

Kami memang berhajat untuk pergi lagi akhir tahun ini. Sekarang  sedang duk cari offer dari AA atau NAS Air atapun mana-mana penerbangan untuk dec nanti. Semoga Allah permudahkan urusan kami untuk kesana dengan cara persendirian. 


Mohon Sumbangan Travelogue Umrah

Kalau ada sesiapa yang pernah pergi tanpa travel agent ni, sudilah berkongsi cerita di sini. Cerita yang saya paparkan dan cerita anda kongsi di sini bukan untuk bermegah jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Kisah ini sebagai bacaan bagi mereka yang berhasrat malakukan umrah persendirian dan kalu ianya berfaedah boleh digunakan. Walau bagaimanapun cerita ini tidak boleh di anggap sebagai bahan rujukan pengajian dan jauh sekali sebagai rujukan ilmiah. 

Akhir sekali, segala yang baik adalah dari Allah Subha dan yang lemah dari saya sendiri. Kemaafan di pohon jika ada penulisan ini menyinggung pihak lain terutamanya TA.

Jumpa lagi


  

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian