Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Selasa, Julai 15, 2014

Peluang Menunai

Umrah Persendirian

di Musim Sejuk 2014
Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Iman dan Islam menjadikan kita hamba yang mulia dan terbaik di dunia ini.

Tibanya bulan dec/jan setiap tahun, pasti berduyun-duyun manusia mencari fitrah, menerima jemputan daripada Allah taala sebagai tetamu yang Maha Esa atau disebut sebagai Duyuf Rahman ekoran daripada kelulusan semula visa umrah selepas dihentikan seketika semasa musim haji. Juga di sebabkan musim cuti sekolah di Malaysia dan juga musim sejuk di Tanah Arab.


KENAPA UMRAH MUSIM SEJUK MENJADI PILIHAN TERUTAMA UMRAH PERSENDIRIAN

  1. FAKTUR CUACA YG SESUAI
  2. TAMBANG PENERANGAN DI KATOGARI BERPATUTAN
  3. MUSIM CUTI SEKOLAH
  4. BERAKHIRNYA MUSIM MENUNGGU (MUSIM HAJI TIDAK DAPAT MENUNAIKAN UMRAH)

FAKTUR CUACA YG SESUAI

Cuaca di Madinah dan Mekah dan juga Jedah sedikit berbeza pada masa ini. Lazimnya sepanjang bulan Nov membawa ke bulan Mac, Mekah, Madinah dan Jedah mengalami musim sejuk. Biarpun suhu sejuk di kedua-dua tanah haram itu tidak seperti di Jordan, Turki atau beberapa negara Arab di sekitarnya, suhu sekitar 10°C masih dianggap sejuk seperti mana musim panas di Mekah yang mampu mencapai lebih 40°C dan adakalanya semasa puncak hampir 50°C. Info cuaca boleh di rujuk di sinihttp://weather.weatherbug.com/Saudi%20Arabia/Medina-weather.html?zcode=z6286

Berikut adalah suhu bagi 3 bandar utama di Arab Saudi. Maklumat ini bagi pilihan kepada sesiapa yang akan mengerjakan umrah terutamanya bagi melakukan UMRAH secara BACK PACKER atau umrah persendirian yang juga terpaksa memikirkan tentang suhu. Kesesuaian kepada keadaan tempat tidur jika mereka melakukan Umrah Back Packer/Persendirian.

Cuaca di Mekah sepanjang Tahun

2
Cuaca di Madinah sepanjang Tahun

 Cuaca di Jedah sepanjang Tahun

dari jadual di atas, ketiga-tiga bandar ini menunjukan  cuaca agak sejuk pada bulan-bulan nov hingga march setiap tahun. Eloklah bagi jemaah umrah yang terpaksa berjalan kaki sepanjang mengerjakan umrah terutamanya dari hotel ke masjid samaada di Madinah mahupun di Mekah.

Bagi bandar-bandar lain di Arab Saudi kita boleh melihat di SINI yg telah di ceritakan sebelum ini.



TAMBANG PENERANGAN DI KATOGARI BERPATUTAN

Mengerjakan Haji memang menjadi idaman bagi setiap muslim tetapi apakan daya kerana kekangan VISA HAJI menjadikan rakyat Malaysia terpaksa menunggu giliran yang agak lama. Bagi yg lebih berkemanpuan, tentulah dapat menunaikan Haji melalui pakej Haji swasta dengan anggaran kos antara RM20K hingga RM30K ataupun menunaikan haji melalui HAJI FURADA dengan anggaran kos melebihi RM30K. Oleh yang demikian, eloklah kita yang berkemampuan rendah ini mengerjakan umrah dahulu bagi mengubati kerindukan kepada Baitullah sebelum dapat menunaikan HAJI.

Salah satu faktur yg menyebabkan kos haji atau umrah yang tinggi ialah faktur tambang penerbangan. Syarikat yang mengendalikan UMRAH pada tahun 2014 menganggarkan sejumlah RM3K untuk tujuan ini sahaja. Patutlah mereka meletakan harga pakej sekitar RM5500. Bagi bakal jemaah umrah persendirian pula, faktur kos keseluruhan adalah dalam kiraannya supaya boleh berlaku penjimatan selain dari keselesaan. Kos penerbangan adalah salah satu faktur terpenting bagi tujuan penjimatan. Jimat harga tiket yang di perolehi, jimatlah perbelanjaannya.

Bagi bulan-bulan nov, dec 2014 dan jan, feb 2015 ini nampaknya ada beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan harga berpatutan. Mari kita lihat harga tiket penerbangan yg di maksudkan itu.

1. Penerbangan Terus Kuala Lumpur/Jeddah/Kuala Lumpur
    
     1.1 Nas Air

SAR983+SAR959 = SAR1942 = RM1648  xe


    1.2 AirAsia

RM1627+RM1495=RM3122
(HARGA INI ADALAH BASIC PAY)
















Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian