Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Rabu, Julai 16, 2014

PERMOHONAN VISA UMRAH MUSIM 2014M/1435H


UMRAH VISA APPLICATION 2014

PANDUAN YANG PERLU DIPATUHI UNTUK PEMEROSESAN VISA UMRAH MUSIM 2014M/1435H


MUASSASAH : mesti ada muassasah



  1.  Pemerosesan biasa passport untuk Visa Umrah dalam masa 2 minggu bekerja 
  2. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta minima muka surat kosong. Paspot yang tidak menyatakan nama penuh pemilik(sekurang kurang 2 nama dalam paspot) hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Immigration Malaysia. 
  3. 2 keping gambar berukuran 6cm x 4cm zoom 70% - 80% berlatarbelakangkan berwarna putih (contoh gambar sila click) 
  4. Buku suntikan “mengintis” ACYW 135 dari doktor swasta atau kerajaan.
    PERATURAN BARU KEDUTAAN ARAB SAUDI 2014
  5. Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.
     

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

    1. Suami – surat nikah (SERTAKAN DOKUMEN YANG ASAL)
    2. Bapa kandung – surat beranak (SERTAKAN DOKUMEN YANG ASAL)
    3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak (SERTAKAN DOKUMEN YANG ASAL)
    4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara5. Jemaah bukan warganegara Malaysia perlulah menyertakan dokumen seperti berikut:
      1. Bagi permit kerja perlu mendapat surat pengesahan daripada majikan
      2. Bagi permit belajar perlu mendapat surat pengesahan daripada Universiti/Institut Pengajian
      3. Pembantu rumah(maid) perlu ada nama majikan di dalam permit dan harus pergi bersama keluarga majikan
      4. Paspot yang tidak menyatakan nama penuh pemiliknya sekurang kurangnya nama pemilik dan bapa hendaklah diperbetulkan dan disahkan oleh Kedutaan Negara berkenaan. 
    5. Pemegang paspot Libya, Iraq dan Iran perlu disertakan tiket penerbangan pergi dan balik confirm 
Sekiranya memerlukan apa apa pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung dengan mana-mana agensi yang telah berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi seperti senarai DI SINI

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian