Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Isnin, Julai 14, 2014

Tip Semasa Umrah Di Madinah & Mekah 3


1
Ladang Unta

2
Unta di Ladang

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas dua nikmat yang berharga iaitu Islam dan Iman. Selawat dan salam buat Rasul junjungan serta ahli keluarga baginda.


Ketika di Mekah, Jemaah akan dibawa menziarahi kawasan-kawasan bersejarah. Malah, jemaah juga akan dibawa ke tempat yang menarik seperti muzium dua tanah suci, kawasan haji dan beberapa kawasan yang lain.


Kebiasaannya lawatan  akan di buat oleh jemaah untuk menunaikan umrah melalui miqat Hudaibiyah. Para Jemaah disunatkan untuk berniat ihram dan menunaikan solat sunat ihram di Masjid Shumaisi. Memandangkan masjidnya yang agak kecil dan tandasnya yang terhad sudah pasti tidak dapat menampung ratusan jemaah yang hadir pada satu-satu masa. Jika anda bertolak ke Hudaibiyah pada waktu pagi, biasanya masjid akan penuh sesak. Jemaah akan beransur kurang menjelang tengah hari.

1
Salahsatu dari Miqat 

2
Penginapan Pengembala Unta
2
Unta


Sekiranya Jemaah menunaikan umrah melalui miqat Hudaibiyah pada waktu pagi, saya mencadangkan agar Jemaah memakai ihram bahagian bawah sahaja dipadankan dengan baju T. Jemaah juga dinasihatkan agar berwuduk sebelum melangkah dari hotel. Setibanya Jemaah di Masjid Shumaisi, tukarkan sahaja baju dengan kain ihram. Sekarang Jemaah sudah sedia untuk berniat. Tidak perlu bersesak untuk menukar seluar dan beratur untuk mengambil wuduk. Tukar sahaja baju di dalam bas kemudian masuk ke dalam masjid untuk berniat dan naik semula ke dalam bas selepas solat sunat ihram. JIMAT MASA DAN TIDAK PERLU BERSESAK.


Antara tarikan lain di kawasan Hudaibiyah ialah ladang ternakan unta. Biasanya pemandu bas akan menurunkan penumpang di mana-mana kawasan ternakan di sepanjang jalan. Para Jemaah boleh bergambar dan yang lebih menarik ialah membeli susu unta. Sebotol susu unta segar yang baru diperah adalah sekitar SR 5.00 untuk 300-350 ml. Banyak khasiat yang terdapat pada susu unta. Malah susu unta juga adalah merupakan antara susu kegemaran baginda Nabi s.a.w.

4
Susu Sedang di proses

3
Susu di Perah

6
Susu Unta

Antara kebaikan susu unta ialah :
  1. Susu paling bergizi selepas susu ibu.
  2. Kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi.
  3. Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, gastrik dan luka pembedahan.
  4. Digunakan masyarakat Arab untuk merawat penyakit busung air atau hepatitis.
  5. Rendah lemak dan kolestrol berbanding susu lembu dan susu kambing.
  6. Mempunyai insulin yang tinggi untuk memproses gula menjadi tenaga.



Anda juga di jemput membaca;
  1. Tip Semasa Umrah Di Madinah & Mekah 1
  2. Tip Semasa Umrah Di Madinah & Mekah 2
  3. Tip Semasa Umrah Di Madinah & Mekah 4
  4. Tip Semasa Umrah Di Madinah & Mekah 5


Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian