Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Isnin, November 10, 2014

5 Apps Berguna Ketika Melancong

Sekarang kan ramai orang guna applikasi untuk melancong. Terutamanya applikasi Waze, itu saya rasa dah ramai yang tahu pasal tu dan mungkin anda pun kerap sangat dah guna pun. Yang saya nak share ni sedikit tambahan yang mungkin berguna untuk anda semasa melancong, terutamanya untuk last minute travel.


Roomer

Jika anda melancong last minute, tambah pula pada peak season. Susah nak dapat bilik kalau tak booking awal-awal. Paling teruk, jika anda kena jejak hotel satu demi satu tapi semuanya fully booked. Parah… Jadi, fungsi Roomer ni menjual semula bilik yang tak dihuni. Contohnya, ada orang tak jadi check in sesebuah hotel sebab dia sakit ke, eksiden ke.. so bilik tersebut boleh dijual semula melalui Roomer. Orang lain yang emergency, anda yang dapat benefit. Apps ni available untuk IOS dan juga Android.


Maklumat lanjut boleh tengok di website mereka ni
applikasi untuk melancong


Wifi Finder

Apps ni berguna untuk anda cari kat mana ada sediakan Wifi percuma yang berdekatan. Anda juga boleh install offline database sebelum bertolak, so bila sampai tu tak perlu lama sangat nak search atau dapatkan wifi percuma. Senang kan? I personally dah guna benda ni dan ia agak berguna.

applikasi untuk melancong

Airports

Haa.. yang ni best. Anda nak jimat duit parking, nak cek peta airport, nak share taxi dari airport, nak cek wifi airport? Apps ni boleh bantu anda. Tapi buat masa ni Airports ni hanya available untuk pengguna IOS.


applikasi untuk melancong

Google Translate

Sangat-sangat penting terutamanya di Jepun, Turki, Korea atau mana-mana negara mana kita tahu mereka tak guna Bahasa Inggeris. Anda boleh download apps Google Translate dan save bahasa-bahasa tertentu. Bila dah save, tanpa akses internet pun anda boleh guna hanphone untuk tujuan komunikasi semasa melancong. Google Translate juga ada voice recognition, anda hit button speaker tu kemudian cakap je kat handphone anda. Kemudian text terjemahan akan keluar.


Travelsafe Pro



Apps berguna yang boleh bantu anda dalam kesusuahan cuma ia bukan free. Apps ni boleh didapati di Android dengan sedikit caj dikenakan. Ia mengandungi maklumat untuk hal-hal kecemasan bagi seluruh dunia seperti maklumat kedutaan dan seumpamanya. Selain tu, yang penting, details untuk anda hubungi jika berlaku kecemasan.

Selain tu, antara apps yang popular dikalangan pelancong ialah Whatsapp, Line untuk berkomunikasi jika ada internet. Saya juga install Skype dan topup bila perlu untuk buat panggilan antarabangsa ke telefon bimbit (call mak ayah di Kota Bharu atau mertua di Florida), ia jauh lebih murah dan boleh bersembang sepuasnya tanpa bimbang bil telefon pun.

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian