Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Jumaat, Mac 01, 2013

Panduan dan Larangan Semasa UMRAH

JOMUMRAH.

Semua umat Islam masa kini mampu menunaikan UMRAH dengan cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM2999.00

Jom UMRAH

A.  Panduan tentang Umrah

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib.
Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.
Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196). Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:
Aku berkata : “Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?”. Sabda Baginda: “Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah”.
Niat Ihram, Tawaf dan Sa’i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa’i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.
Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji iaitu bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9,10,11,12 dimana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.
Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.

RUKUN-RUKUN UMRAH
  1. Berihram (Berniat melakukan umrah)
  2. Tawaf
  3. Sa’i
  4. Tahallul
  5. Tertib
WAJIB-WAJIB UMRAH
  1. Berihram serta berniat umrah di Miqat yang ditentukan.
  2. Menjauhi segala perkara yang dilarang semasa dalam ihram.
SUNAT-SUNAT UMRAH
  1. Mandi sunat untuk Ihram
  2. Sembahyang sunat Ihram
  3. Sembahyang sunat Tawaf
  4. Mengucup Hajarul Aswad
  5. Bertalbiyah.

B  16 Faktor Teras Bagi Haji Yang Tertolak


Berikut adalah panduan 16 Faktor Teras Bagi Haji Yang Tertolak :
  1. Marah-Marah apabila dilanda sesuatu yang menyusahkan atau menyakitkan diri atau apabila berdepan dengan situasi atau fenomena yang tidak menyenangkan hati serta perasaan.
  2. Terlalu Ghairah serta Tidak Sabar terutama apabila tiba di sesuatu tempat yang diidamkan seperti Masjid Nabawi atau Masjidil Haram lantas membuat tindakan bersendirian yang kadang kala menyusahkan pihak urusetia program.
  3. Bersikap Takbur dengan menyangka dan melihat diri kita serba tahu dan serba sempurna dan melihat orang lain lebih rendah taraf dan kedudukannya daripada kita
  4. Bersikap Riak iaitu suka menunjuk-nunjuk bagi tujuan mendapat pujian dan sanjungan orang lain akan ibadah-ibadah serta amal kebajikan yang dibuat dan sering menonjolkan kelebihan dan keistimewaan diri sendiri.
  5. Memungkiri janji-janji yang telah dilafazkan kepada sahabat atau rakan sesama jemaah.
  6. Malas untuk beribadah dan suka menghabiskan masa membuat kerja-kerja yang melalai serta melaghakan seperti menonton TV, membaca akhbar, berbual kosong atau membeli belah dan melawat kedai-kedai.
  7. Suka Mengkeji atau Mengumpat akan perilaku jemaah lain yang tidak serasi atau sebulu dengan jiwa dan perasaannya sehingga berputik permusuhan dan persengketaan sesama jemaah di Tanah Suci Makkah atau Madinah itu yang amat melarang perkara berkenaan.
  8. Bermegah-megah dengan pangkat, darjat serta harta dan wang ringgit yang dimiliki dengan membanding-bandingkan kelebihannya itu serta memperlekehkan kemampuan orang lain.
  9. Bermuka-muka dalam pergaulan dan suka Mengadu Domba hingga mencetuskan suasana resah gelisah, prejudis dan saling syak wasangka sesama jemaah.
  10. Bersikap Khianat dengan menabur fitnah dan memutarbelitkan cenita-cerita yang tidak benar bagi tujuan untuk memecahbelahkan perhubungan mesra sesama jemaah.
  11. Berlaku Hasad & Dengki terhadap keupayaan dan kekhusyukan ibadah jemaah lain dengan merencanakan sesuatu tindakan yang boleh merencatkan usaha murni dan semangat jemaah berkenaan.
  12. Bersifat Bakhil & Kedekut untuk menghulurkan perkongsian ilmu pengetahuan, sedekah atau amal jariah dan melihat peminta sedekah dan orang-orang yang serba kekurangan dan memerlukan itu sebagai orang-orang malas dan tidak mahu berusaha serta mencacatkan pandangan.
  13. Kufur Nikmat dan Tidak Bersyukur serta Tidak Berterima Kasih atas kelebihan kurniaan Allah kepadanya sehingga bersemi perasaan riak, ujub, waham, sum’ah, sombong serta takbur dalam dirinya. Nikmat Allah seperti kesihatan dan kekuatan diri tidak disalurkan kepada yang berhak dan memerlukan sebaliknya digunakan untuk menimbulkan kekacauan dan kesusahan kepada orang lain.
  14. Berlagak Sombong dengan memperlihatkan kelebihan diri menerusi perlakuan, pertuturan, mimik muka dan jelingan mata sehingga membibitkan perasaan benci, jijik dan meluat di kalangan jemaah lain.
  15. Cerca Mencerca serta saling Caci Mencaci secara terbuka dan berdepan atau secara senyap hingga menyebabkan kekecohan dan persengketaan yang mengaib serta memalukan.
  16. Berbohong dan Bedusta dengan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada janji dan tanggung jawab fardhu ain serta fardhu kifayah yang memerlukan penglibatan nya.




C.   17 Faktor Teras Bagi Haji Yang Mabrur

  1. Sabar menghadapi karenah dan birokrasi pihak berkuasa Arab Saudi seperti Imigresen, Kastam, Petugas Lapangan Terbang, serta Pengawal Keselamatan Masjid Nabawi & Masjidil Haram. 
  2. Sabar menghadapi keletihan dan ketidakselesaan daripada aktiviti-aktiviti haji yang amat lasak dan penuh dengan cabaran dan dugaan. 
  3. Sabar menghadapi karenah dan ragam manusia ( jemaah lain dan rakan sejemaah ) yang pelbagai jenis , perangai, perwatakan dan budaya itu. 
  4. Sabar menghadapi peraturan-peraturan dan disiplin ibadah yang ketat seperti pantang larang ihram serta peraturan dan tuntutan ibadah wukuf di Arafah, Mabit di Muzdalifah dan Mina, Melontar Jamrah, Tawaf, Saie, Tahallul dan sebagainya yang wajib dipatuhi. 
  5. Sabar dalam melaksanakan setiap tuntutan ibadah sampingan serta ibadah-ibadah pengabdian diri yang memerlukan ketahanan mental, keistiqamahan perbuatan, ketegaran iktikad serta semangat dan jati diri yang kental. 
  6. Syukur kerana menjadi orang yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah dan telah dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah hingga mampu mengerjakan ibadah haji ini. 
  7. Syukur kerana Allah telah berkenan melimpahkan Rahmat-Nya ke atas kita hingga kita terbuka hati dan tersentuh hasrat untuk mengabdikan diri menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci Makkah dan Madinah ini. 
  8. Ikhlas dalam setiap ibadah ( solat, puasa, tawaf, saie dll ) yang dilakukan itu sehingga tidak terlintas sebarang keluhan, rungutan atau kekesalan malah amat bahagia dan terhayat melakukannya. 
  9. Ikhlas dalam setiap iktikad, perbuatan serta amalan yang dilakukan kerana mengharapkan Keredhaan Allah semata-mata. 
  10. Redha dengan segala musibah, dugaan dan percubaan yang ditimpakan oleh Allah dan tidak prejudis atau berprasangka buruk terhadap Allah SWT. 
  11. Redha dengan Qada’ dan Qadar Allah serta tidak mempertikaikan Keadilan-Nya dan pasrah serta percaya dengan hikmah yang terkandung di sebalik setiap yang berlaku itu. 
  12. Pemurah dalam setiap sumbangan ( ilmu & wang ringgit ), perlakuan ( senyuman & tutur kata ), bakti dan amal soleh ( bantuan, bimbingan & pertolongan ) yang dihulurkan kepada jemaah yang memerlukan. 
  13. Bertimbang Rasa kepada semua tetamu Allah terutamanya yang lemah, tua serta uzur tanpa mengira darjat, bangsa dan keturunan dalam setiap aspek tindakan dan layanan kita. 
  14. Bertanggung jawab terhadap mahram dan saudara mara yang turut serta menunaikan ibadah suci berkenaan dengan membantu memastikan mereka selamat, selesa dan yakin menjalankan segala tuntutan dan syariat haji tersebut. 
  15. Tolong Menolong dalam apa jua aspek terutama kepada mereka yang lemah, uzur, kurang upaya dan amat memerlukan bantuan, keprihatinan serta kecaknaan kita. 
  16. Penyayang terhadap semua jemaah umrah dan tetamu Allah itu tanpa mengira paras rupa, kecil besar, miskin kaya, darjat dan keturunan, kaum atau bangsa. 
  17. Bertaubat dan sentiasa membuat muhasabah atau refleksi diri terhadap dosa-dosa, maksiat dan kemungkaran yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita ini. 

D. Fadhilat Haji
  1. Hadith baginda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang bermaksud: ‘ Barang siapa berpergian ke arah ini untuk menunaikan ibadah haji atau umrah kemudian mati di dalamnya, maka dia kelak tidak akan diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya “ Masuklah ke dalam syurga ”
  2. Ali bin Abi Talib r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: “ Barang siapa menghendaki ( kebaikan ) dunia dan akhirat, maka hendaklah dia mengunjungi Baitullah sebab setiap orang yang mendatanginya seraya memohon kepada Allah akan ( kebaikan ) dunia, nescaya Allah akan mengurniakannya dan setiap orang yang memohon kepada-Nya akan ( kebaikan ) akhirat, nescaya Dia akan menyimpan sebahagiannya untuknya. Ingatlah wahai manusia, kerjakanlah olehmu haji dan umrah, perturutkanlah antara keduanya, sebab keduanya akan mencuci dosa-doa, ibarat air mencuci kotoran yang melekat pada baju. Keduanya juga akan menghilangkan kefakiran, ibarat api menghilangkan kotoran besi ”
  3. Amr bin Syu’aib meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda, maksudnya: “ Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu-tetamu Allah Azawajalla. Bila mereka meminta ( sesuatu ) mereka akan dikurniakan dan bila mereka berdoa, doa mereka akan dimakbulkan, serta bila membelanjakan ( harta ) mereka, mereka akan memperolehi pengganti bagi perbelanjaannya itu. Dan setiap kali seseorang ‘ ber-ihlal ‘ ( berniat ihram ) dan bertakbir di bukit mana pun, nescaya apa yang ada di sekitarnya akan turut ‘ ber-ihlal ’ dan bertahlil seiring dengan tahlil dan takbirnya, sehingga ia berhenti sebagaimana debu ”
  4. “ Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardhu yang hanya sekali sahaja ( bagi seorang Islam yang cukup syarat ) maka bolehlah engkau kerjakan mana yang dahulu ( sama ada haji atau pun umrah ) ( Hadith baginda Rasulullah SAW – riwayat Zaid bin Sabit )



E.  Larangan Ihram





Perkara-perkara Yang Diharamkan Semasa Ihram:
01
  1. Melakukan persetubuhan: Iaitu melakukan persetubuhan dan faktor-faktor yang mendorong kepadanya dari apa yang berlaku di antara lelaki dan isterinya seperti bercumbu bergurau senda dan seumpamanya.
  2. Maksiat: Iaitu keluar dari ketaatan.
  3. Berbantah: Iaitu membantah kawannya atau sesiapa sahaja sehingga boleh menimbulkan kemarahannya begitu juga perbalahan dan cacian.
  4. Memakai pakaian yang berjahit (bagi lelaki).
  5. Memotong rambut.
  6. Wangian (iaitu memakai sesuatu yang berbau wangi-wangian).
  7. Memotong kuku.
  8. Menutup kepala bagi lelaki.
  9. Berburu.
  10. Memotong Pokok.
  11. Memakai stokin dan kasut biasa tetapi harus memakai mana-mana kasut yang boleh memperlihatkan urat belakang kaki.
  12. Menutup muka dan dua kaki ketika tidur.
Perkara-perkara Yang Diharuskan Semasa Ihram:
02
  1. Mandi dengan niat bersuci, membersihkan badan atau untuk menyejukkan badan tetapi tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun yang berbau wangi, syampo yang berbau wangi atau ubat gigi yang berbau wangi.
  2. Mencabut gigi.
  3. Membelat kawasan yang patah.
  4. Mengurut kepala atau badan tetapi hendaklah dengan lembut supaya tidak tergugur rambut atau bulu, apabila tergugur rambut atau bulu, sedekah wajib dikeluarkan.
  5. Harus memakai selipar, cincin, cermin mata, pembesar suara untuk telinga, jam tangan, tali pinggang serta beg yang digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen penting.
  6. Harus menukar pakaian ihram dan membersihkannya tetapi makruh tanzih.

Borang Berkaitan

JOMUMRAH sama-sama kita mengerjakan UMRAH dengan cara yang murah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM2999.00 JomUMRAH

1 | W a k i l U m r a h : U s t a z Z a i n u l A r i f f H u s a i n i B i n Z a i n u l F u a d
PERHATIAN: SILA SERTAKAN SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEWAKTU
MENGHANTAR BORANG INI!
MAKLUMAT PERIBADI
NAMA : ____________________________________________________________________

NO. K/P :_________________________________UMUR : ___________________________

NO. TEL : ________________________________ JANTINA : _________________________

TARIKH LAHIR : __________________________ TEMPAT LAHIR : ___________________

WARGANEGARA : ____________________________________________

ALAMAT : _____________________________________________________________________________

 _____________________________________________________________________________

 _____________________________________________________________________________

PASPORT : _______________________________TEMPAT KELUAR : ____________________

TARIKH KELUAR : ________________________TARIKH TAMAT : _____________________


MAKLUMAT MAHRAM/RAKAN ROMBONGAN

1.________________________________________HUBUNGAN : _________________________

2________________________________________HUBUNGAN : _________________________

3._______________________________________HUBUNGAN : _________________________

4.________________________________________HUBUNGAN : _________________________


WARIS DI TANAH AIR

NAMA WARIS : _________________________________HUBUNGAN : ___________________

TEL (H/P) : _____________________________________ TEL (R) : _______________________


TANDATANGAN : ______________________________ TARIKH : ______________________

No. 3-M, Jalan Hentian 1B, Jalan Reko, Pusat Hentian Kajang,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
e-mail azummuarbaah@yahoo.com
 Tel/Fax : 03-87377535

GAMBAR 2 | W a k i l U m r a h : U s t a z Z a i n u l A r i f f H u s a i n i B i n Z a i n u l F u a d
UNTUK DI ISI PEJABAT
TARIKH PAKEJ
HARGA
JENIS BILIK
_______________________________
_______________________________
(4-6) (3) (2)
BAYARAN DEPOSIT
NO. RESIT
TARIKH
_______________________________
_______________________________
_______________________________
NAMA WAKIL : ZAINUL ARIFF HUSAINI BIN ZAINUL FUAD NO. TEL :019-3759091
SILA SERTAKAN DOKUMEN DIBAWAH BERSAMA BORANG INI SEPERTI BERIKUT :
• WANG PENDAFTARAN
• SALINAN I/C PESERTA
• GAMBAR BERUKURAN PASPORT 4 KEPING, TIDAK BOLEH MEMAKAI KOPIAH, SERBAN ATAU
SONGKOK (BAGI LELAKI), DAN LATAR BELAKANG GAMBAR BERWARNA PUTIH.
• BUKU KUNING DENGAN SUNTIKAN MENINGOCCAL DARI KLINIK/HOSPITAL.
• PASSPORT ANTARABANGSA PESERTA TEMPOH TAMAT TIDAK KURANG DARI 6 BULAN SEBELUM
TARIKH BERLEPAS.
• BAGI PEREMPUAN YANG TELAH BERKAHWIN-SALINAN SURAT NIKAH DAN I/C SUAMI
• BAGI WANITA/ IBU TUNGGAL - SALINAN I/C DAN SURAT BERANAK MAHRAM LELAKI
• BAGI YANG BERUSIA BAWAH 18 TAHUN, SALINAN SURAT BERANAK PESERTA, I/C IBU-BAPA/
PENJAGA
• PEMBAYARAN PENUH PERLU DIJELASKAN DUA BULAN SEBELUM BERTOLAK.
SEGALA DOKUMEN DI ATAS PERLULAH DILENGKAPKAN. KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :
USTAZ ZAINUL ARIFF (019-3759091)
PERHATIAN
1. Jadual/aturcara dan harga pakej tertakluk kepada pindaan dan perubahan semasa.
2. Jemaah hendaklah berkumpul di KLIA, Aras Lima (Kaunter yang akan diberi tahu) empat jam
sebelum berlepas. 3 | W a k i l U m r a h : U s t a z Z a i n u l A r i f f H u s a i n i B i n Z a i n u l F u a d
CARA PEMBAYARAN
1. Melalui Kaunter Bank, Mesin Deposit @ Bank Draf
NAMA PEMEGANG AKAUN
AZ UMMUARBAAH HOLIDAYS
SDN BHD
BANK BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN 12029010066851
PENDAHULUAN PER
ORANG RM500.00/ RM1500.00
 atau
2. Datang Sendiri Ke Pejabat Kami
Sekiranya anda lebih selesa untuk datang ke pejabat kami. Sila daftar dan buat
temujanji.
Alamat: :No. 3-M, Jalan Hentian 1B,Jalan Reko, Pusat Hentian Kajang,
 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
 e-mail: azummuarbaah@yahoo.com
Tel/faks :03-87377535/ 013-2991821 (Hj. Mohd Umair)
 013-9987864 (En. Ahmad Tarmizi )
Setelah bayaran dibuat, sila tuliskan nama peserta dan tarikh pakej di slip deposit
bank. Seterusnya fakskan atau emailkan ke alamat atau faks kami. 4 | W a k i l U m r a h : U s t a z Z a i n u l A r i f f H u s a i n i B i n Z a i n u l F u a d
SURAT KEBENARAN
Saya ______________________________________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan _________________________________ akan mematuhi segala peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak AZ Ummu Arbaah Holidays Sdn. Bhd. sebelum dan sepanjang
perjalanan umrah ini demi mendapat umrah yang mabrurah. Saya mengizinkan bantuan
kecemasan diberikan sekiranya apa-apa kemungkinan berlaku ke atas diri saya
sepanjang program umrah ini. Saya berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan
undang-undang ke atas AZ Ummu Arbaah Holidays Sdn. Bhd. sekiranya berlaku apa-apa
kemungkinan terhadap diri saya sepanjang program umrah ini.
Yang benar,
………………………………………………………………
(                                                                                  )
No. IC :
Tarikh : 5 | W a k i l U m r a h : U s t a z Z a i n u l A r i f f H u s a i n i B i n Z a i n u l F u a d
SENARAI SEMAK PENYERAHAN DOKUMEN, SILA TANDAKAN ( / )
PADA DOKUMEN YANG TELAH LENGKAP.
BIL PERKARA CATATAN
01 WANG PENDAFTARAN
02 SALINAN I/CPESERTA
03 GAMBAR BERUKURAN PASPORT 4 KEPING, TIDAK BOLEH
MEMAKAI KOPIAH, SERBAN ATAU SONGKOK (BAGI LELAKI),
DAN LATAR BELAKANG GAMBAR BERWARNA PUTIH
04 BUKU KUNING DENGAN SUNTIKAN MENINGOCCAL DARI
KLINIK/HOSPITAL
05 PASSPORT ANTARABANGSA PESERTA TEMPOH TAMAT
TIDAK KURANG DARI 6 BULAN SEBELUM TARIKH BERLEPAS
06 BAGI PEREMPUAN YANG TELAH BERKAHWIN-SALINAN
SURAT NIKAH DAN I/C SUAMI
07 BAGI WANITA/ IBU TUNGGAL - SALINAN I/C DAN SURAT
BERANAK MAHRAM LELAKI
08 BAGI YANG BERUSIA BAWAH 18 TAHUN, SALINAN SURAT
BERANAK PESERTA, I/C IBU-BAPA/ PENJAGA
09 BAGI YANG BERUSIA BAWAH 18 TAHUN, SALINAN SURAT
BERANAK PESERTA, I/C IBU-BAPA/ PENJAGA

SENARAI TERKINI TRAVEL AGENSI UMRAH YANG BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN ARAB SAUDI


Mohon kunjungi page terkini senarai treval agensi pengendali umrah yang berdaftar dengan kementerian Hajj Saudi Arabia di sini








Kemaskini : 20/10/15

















Sumber:            jawhar.gov.my

Senarai Syarikat Pengendali UmrahSENARAI TERKINI AGENSI PENGELOLA UMRAH YANG
BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN ARAB SAUDI


BILNAMA AGENSIALAMAT
1.YHA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.Unit A 15-3 Jalan Selaman 1/1
Dataran Palma 68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-4270 1522
Faks: 03-42705217
2.ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.No. 9, Wisma Andalusia
Jalan belangkas, off Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9283 1588
Faks: 03-9283 7566
3.BESTSTAR TRAVEL CENTRE SDN. BHD.Unit T.02-U.05 Jalan P9 E/1
Precint 9, 62250 Putrajaya
Tel: 03-8888 9554
Faks: 03-8889 1163
4.DE MAWARDAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD.Lot 221, 2nd Floor Campbell Shopping Complex, Jalan Dang Wangi
50100 Kuala Lumpur
Tel: 032694 3046/2692/1616
Faks: 03-2693 1889
5.WAN TRAVEL SDN. BHD.No. 444, Tingkat Bawah, Bangunan Tunku Muhammad Al Idrus, Jalan Kulas, 93400 Kuching Sarawak
Tel: 082-414 003
Faks: 082-427 003
6.RAYHAR TRAVEL SDN. BHD.Lot 2.3, Level 2, PNB Darby Park
No. 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2166 6942
Faks: 03-2166 1942
7.ELAF SHAHIDAH TRAVEL SDN. BHD.Unit S-05, Second Floor
Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Is,ail
50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2694 1900/2900
Faks: 03-2694 3900
8.FALCON TRAVEL & TOURS SDN. BHD.Lot 1-1, Level 1, No. 38, Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9283 1080
Faks: 03-9281 1080
9.PLANTIUM GESTURE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.Lot No. 3.04, 2nd Floor
Ampang Park Shopping Centre
Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2163 3010/11/12
Faks: 03-2161 2641
10.UMH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.Suite 1-5-20, Diamond Square
Business Centre Off Jalan Gombak
51300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4022 4444
Faks: 03-4021 4444
11.ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.No. 11, Jalan Singa E
20/E, Seksyen 20, 40000 Shah Alam
Selangor
Tel: 03-5549 1549
Faks: 03-5548 0022
12.CANTUMAS TRAVEL & TOURS SDN. BHD.No. 12 Wisma Cantumas, Jalan Bukit
Setiawangsa, Taman setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03-4251 6588
Faks: 03-4251 7588
13.
TH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.
Bangunan TH Selborn
Tingkat Bawah Mezzanine, Tingkat 23A & 25, 153 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2681 2020
Faks: 03-2681 0814
14.
RAKYAT TRAVEL SDN. BHD.
Ground Floor, Wisma Perkeso
155 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2681 2761/62/63
Faks: 03-2681 2764
15.KAA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.4th Floor, Menara S.P.K
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2148 0604
Faks: 03-2148 0641
16.SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN. BHD.Lot 195-A, Tingkat 1, Jalan Bayam
15200 Kota Bharu Kelantan
Tel: 09-744 3136/741 2650
Faks: 09-748 6585

Di kemas kini pada 25/12/13

                                                                                                                 Print this page Print artikal ini



Saya telah googling dan searching lagi tentang senarai ini, akhirnya jumpa senarai terkini dari web haji Arab Saudi.
Senarai syarikat adalah seperti berikut:







            Approved Umrah Travel Agents : Malaysia
                          Company                                                                  Phone No.
  1. AL-NILE TOUR AND TRAVEL SDN BHD                    6047334024
  2. ANDALUSIA TRAVEL AND TOURS SDN BHD         60392831588
  3. ASH-HAR TRAVEL AND  TOURS SDN BHD               60392007050
  4. BATUTA TRAVEL AND  TOURS SDN BHD                 60340421205
  5. BESTSTAR TRAVEL CENTRE SDN BHD                     60388889554
  6. CANTUMAS TRAVEL AND  TOURS SDN BHD           60342516588
  7. CITRA TRAVEL AND  TOURS SDN BHD                     6097449179
  8. DE MAWARDAH TRAVEL & TOURS SDN BHD  60326943046
  9. FALCON TRAVEL AND  AND  TOURS SDN BHD       60392831080
  10. FB TRAVELS SDN BHD                                                  60341433655
  11. FESTIVE TRAVELS SDN BHD                                       6022721999
  12. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN BHD             60342564133
  13. KAA TRAVEL AND TOURS SDN BHD                         60321480604
  14. KSB TRAVEL AND  TOURS SDN BHD                         60392817878
  15. MUHAMMADIYAH TRAVEL AND   TOURS SDN BHD 6067995308
  16. RAKYAT TRAVEL SDN BHD                                         60327131664
  17. RAYHAR TRAVELS SDN BHD                                       6098592942
  18. SILA TOUR AND   TRAVEL SDN BHD                          60340440991
  19. SYARIKAT PERLANCUNGAN YASKIN SDN BHD      6097443136
  20. TH TRAVEL AND  SERVICES SDN BHD                       60326812020
  21. TIRAM TRAVEL SDN BHD                                             6072244533
  22. TRIWAYS OMEGA TRAVEL AND   TOURS SDN BHD  60323002933
  23. UMRAHAJ TRAVEL AND   SERVICES SDN BHD        60340224444
  24. UNI-TRAVEL SDN BHD                                                  60342707177
  25. WAN TRAVEL SDN BHD                                                6082414003
  26. WIRA SAUJANA TRAVEL AND TOURS SDN BHD     60361874595
  27. ZAHAFIZ TRAVEL AND   TOURS SDN BHD                60355491549

TA berdaftar dgn Kem Hajj KSA

Sila maklum bahawa senarai terkini mungkin tidak sama dengan senarai ini, sila ketahui lanjut di SINI

KENAPA KOS MENGERJAKAN UMRAH KINI AGAK MAHAL

JOMUMRAH sama-sama kita mengerjakan UMRAH dengan cara yang murah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3999.00 Jom sama sama kita mengerjakan Ibadat UMRAH dengan menggunakan syarikat penerbangan tambang murah. Sewa bilik sederhana yang boleh di cari di Mekah atau Madinah dan pengangkutan di Mekah dan Madinah secara bijaksana.


Pimjam beberapa artikal untuk tujuan ini:


1.   Dalam banyak-banyak pertanyaan itu…yang menggungguli ‘carta pertanyaan’ dah tentulah…BERAPA HARGA PAKEJ?

Penulis blog tersebut meletakan faktur hotel sebagai penyumbang utama harga pakej umrah.
1.   Salam perkenalan. Untuk pakej umrah mana-mana pun sama.. harga lebih kurang. nasihat saya mengenai pakej umrah ini :-
2. Bilangan hari ( sbb nak aplly cuti kann.. hehe)
3. Pilih penerbangan yang sesuai.. ada yang transit ada yang direct . Transit lebih murah.. tapi penat perjalanannya. Saya cadangkan Saudi Airline atau MH.
 4. Jarak dan hotel penginapan lagi dekat dengan masjid lagi mahal (makkah). Sbb skrang ni byk hotel dalam pembinaan semula.

Penulis blog ini pila meletakkan Bilangan hari,tambang kapalterbang dan hotel sebagai penyumbang harga kepada pakej UMRAH

3. Tinjau sekejap kepada blog dari seberang. Juga meletakan hotel sebagai punca utama.

 lebih mahal dari pada tahun-tahun sebelumnya, itu sudah sesuatu yang pasti. Tetapi, seringkali mahalnya biasa umrah tahun ini (2012), dikaitkan dengan naiknya harga BBM. Yang paling jelas, naiknya biaya umrah sekarang (2012), karana ada beberapa factor, seperti; Hotelnya bintang lima, (Hilton, Intercontinental, Elaf Kindah, Movenpick). Jika empat hotel tersebut digunakan sebagai akomodasinya, tentu saja lebih mahal. Jika yang pergunakan penginapan (hotelnya) jaraknya 500 bahkan lebih jauh, tentu saja lebih murah. Kadang, walaupun jaraknya jauh tetap saja biayanya mahal, karena usaha umrah itu benar-benar mengutamakan keuntungan material. BACA LAGI 

CATATAN INI AKAN DI TAMBAH DARI MASA KAE MASA, SILA KUNJUNGI LAGI DAN BANTU BERIKAN INFO BAGAIMANA HARGA PAKEJ DI TENTUKAN

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian