Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Selasa, April 02, 2013

Menunaikan UMRAH Secara Backpacker atau secara Persendirian

JOMUMRAH. JOMUMRAH. Semua umat Islam masa kini mampu menunaikan UMRAH dengan cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM2999.00 Jom UMRAH




MENUNAIKAN UMRAH SECARA BACKPACKER

Salam Untuk semua pembaca yang saya hormati.

Kita semua sedang mencari cara melaksanakan Ibadat UMRAH secara jimat dan murah. Marilah sama:
Nabawi Mosque



MENUNAIKAN ibadah umrah tidak harus selalu menggunakan travel agen.  Jika Anda punya kewangan terhad, tapi berhasrat pergi sendiri, cuba ikuti cara backpacker .  Pasti murah dan tetap mabrur.

1. Cari Informasi. Pertama yang harus anda lakukan adalah mencari informasi dari beberapa travel atau web/blog. Setiap travel pasti menawarkan berbagai pakej yang serupa, tapi tak sama. Dengan cara ini, Anda dapat mengira berapa lama anda akan melakukan umrah (umumnya 9-11 hari) dan perbelanjaan yang diperlukan untuk pengangkutan dan pengiapan.

2. Persiapan. Tahap kedua adalah melakukan persiapan. Bukan cuma apa yang harus di bawa, tapi juga paspot, photostat keluarga, photostat KPT,  photo yang menampakan 80 peratus bahagian muka (bagi perempuan mestilah bertelekung tapi tidak berpurdah) berlatar belakang putih dan berwarna. Jika Anda berniat pergi sendiri, mungkin akan sedikit kesulitan dalam pengurusan visa. Untuk kepentingan umrah permohonan visa individu tidak akan di layan oleh kedutaan Arab. Semua harus melalui Travel agen yg berdaftar Umrah sahaja. Apalagi perempuan tanpa muhrim tak boleh masuk Imigresen.Tapi, Anda boleh melakukan dengan mengajak kawan atau saudara atau sahabat laki-laki untuk umrah bersama. Lalu, cubalah mengurus visa ke negara lain seperti Mesir. Setibanya di bandaraya Kairo, Anda bisa mengurus visa ke Arab Saudi di bahagian kedatangan. Di Jeddah, ikutlah travel yang terdapat dengan banyak di sana. Ini akan mempermudah perjalanan Anda.

3. Penerbangan. Rata-rata agen perkhidmatan Umrah menawarkan menggunakan khidmat penerbangan MAS dan Saudi Airlines dan terkini Airasia-X (rute langsung KL-Jeddah). Nah, Anda boleh mencuba penerbangan lain yang lebih murah, misalnya  Airasia, Royal Brunei, Qatar Airways, Emirates, Gulf Air, dan Yemen Air. Anda juga beruntung kerana boleh mengunjungi negara berkaitan semasa transit. Jumlah masa penerbangan sebagini di sekitar 10 jam. Jadi, disarankan anda tidur dalam perjalanan untuk menghindari jetlag.

4. Hotel Melati. Untuk penginapan, Anda boleh tinggal di hotel budget yang tiada berbintang. Memang standardnya agak di bawah hotel kelas kita di kawasan Masjid India KL ataupun hotel lain di Chow Kit Road. Hotel Melati adalah salahsatu hotel yg boleh di pertimbangkan. Letak hotel melati boleh bertanya kepada kebanyakan orang, orang Indon yang terkenal bekerja di luar negara banyak kerja di hotel ini. Untuk makanan, tak perlu kuathir. Setiap hotel rata-rata boleh menyajikan masakan ala Malaysia/Indonesia.

5. Proses Umrah. Melakukan ibadah umrah sendiri hanya boleh di lakukan dalam masa beberapa jam saja. Jadi setiap hari anda boleh melakukan sekurang-kurangnya 2 kali umrah kalaupun tidak sampai 3 kali bagi tenaga muda. Selebihnya adalah memperbanyak ibadah sunnah Masjidil Haram (Mekkah) dan berziarah ke tempat-tempat bersejarah. Jangan lupa, pelajari apa yang harus Anda lakukan agar umrah Anda mabrur. Kumpulkan pula informasi tempat belanja. Anda kunjungi agar perjalanan Anda lebih menyenangkan. Hati-hati jalan sendiri.

Anda mungkin sudah sering mendengar bahawa di sana wanita tidak akan di izinkan berjalan-jalan sendirian. Naik teksi pun sebaiknya lelaki naik terlebih dahulu dan di ikuti oleh wanita dan wanita yang  turun ahulu kerana bila terjadi sebaliknya, wanita justeru akan di bawa lari pemandu teksi untuk tujuan wang . Namun, jika mana-mana wanita berniat atau terpaksa pergi ke masjid atau suatu tempat sendirian, ada sedikit tips yang boleh di cuba. Berjalanlah selalu di tempat/tengah orang ramai dan jangan menunjukkan kegelisahan ataupun ketakutan diri. Jagalah pula bahasa tubuh agar tidak mengundang perhatian orang yang berniat jahat.

Banyak blog/web yang berkaitan Umrah backpacker ini. cuba googling atau searching

Kunjungi juga :-

UMRAH Secara Backpacker

4 ulasan:

J berkata...

Dari tajuk entri, nampaknya penulis ingin sampaikan cara backpeker mengerjakan umrah. Saya tak nampak apa yang di sampaikan adalah back paker,boleh admin jelaskantentang backpaker ini.

Terima kasih

Hamba allah berkata...

Kepada Master J.
Maafkan saya kerana lambat memberikan jawapan kepada komen anda. Sebenarnya saya tak faham apa yang mr J mahu tahu, apakah kaedah Back Packer atau UMRAH cara Back Packer.
Nasihat saya, sila anda taipkan "back packer" pada google search atau mana-mana searching dan anda akan mendapatkan hasilnya.
Perkara kedua adalah Umrah secara back packer;
1. Umrah secara back packer adalah sama macam kita melancung ke mana-mana negara, cuma bagi perjalanan ke Tanah Suci Mekah dan Arab Saudi memerlukan VISA. kalau melawat Indonesia, beli tiket K/terbang dan cari hotel tempat nak pergi. Kenegara yg memerlukan VISA seperi ke CHINA dan lain-lain negara Komenwel.
2. Umtuk mengerjakan UMRAH cara back packer, pertama beli tiket k/t terutama waktu offer, contohnya tiket Airasia KUL/JED/KUL pada suatu tarikh. Kemudian mohon VISA di Kedutaan Arab Saudi (perhatian: di Malaysia, VISA UMRAH hanya di keluarkan bagi permohonan melalui Agen pelancungan yg berdaftar dgn Arab Saudi shj. Permohonan individu tidak di layan). VISA adalah percuma.
3. Pelajari selok belok UMRAH secara back packer, pengunjung seperti ini biasanya banyak menghabiskan masa di masjid samada di Madinah dan Mekah, selain itu mereka tidur bergelimpangan di tempat tidur terbuka (tempat tertentu utk para galandangan tidur), kalau di Malaysia lebihkurang sekitar luar Puduraya. Bagaimanapun bagi warga Malaysia mungkin mereka tidak dapat tidur secara bergelipangan seperti itu, jadi carilah hotel budget di sekitar Madinah dan Mekah.
4. Makan minum para back packer tidak menentu, Minum boleh minum air Zam-zam.
5. Tambang perjalanan darat di antara Jeddah-Madinah-Mekah kena atur sendiri. Di sana banyak kereta sapu tapi awas mereka akan meletakan harga yang sangat tidak berpatutan. Pengendali perkhidmatan ini bukan warga arab, mungkin bangla, pakist atau Indon.
Perhatian Khusus: Walaupun di Mekah/Madinah, pihak-pihak berkaitan seperti hotel dan teksi sapu perlu berwaspada, kadang-kadang mereka mengenakan bayaran yang sangat tidak berpatutan. Di airport sahaja pun dah ada yang cari makan dengan mengangkat barang dan letakan di troli serta tolak troli sedikit dengan upah Riyal50. Waspada selalu bila di tempat ramai.

sekian

Tanpa Nama berkata...

Pemuda/pemudi malaysia hari ini banyak yang lemah. Lemah dalam hal perjalanan sendiri. Anak-anak Malaysia kini masa sekolahnya mahu di jemput saja. Kalau tinggal di asrama terpaksa di jemput dan di hantar bila tiba balik bermalam. Lagipun ibubapa sendiri yang telah mendidik anak2 jadi lemah, tak boleh naik bas sendiri, tak boleh itu dan tak boleh ini. Jadilah anak2 sekarang yang lemah.
Dengan itu bagaimana sebahagian mereka ini meneruskan kehidupan, ikut saja arahan mak bapak walaupun dan remaja.
Kalau nak backpacker sendirian bagi anak2 Malaysia, gua grenti tak ramai yang berani. Jadi apa lagi nak mengerkan umrah secara backpacker yang terlalu banyak halangan yang perlu di tempuhi terutamanya nak dapatkan visa!
Lainlah dengan anak2 indonesia, gua bukan nak puji orang indon tapi hakikatnya. kalau di lihat di Malaysia ini berapa ramai PATI, datang tak menggunakan passport langsung pun ramai. Dimana-mana ceruk di dunia ini terdapat ramai TKI, mereka sangat berani.
Oh pemuda Malaysia, bangunlah

Unknown berkata...

Bukan semua anak Malaysia seperti yang tuan dakwakan. Buka semua pula wargaasing berani

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian