Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Khamis, Januari 30, 2014

Persediaan diri Melakukan Umrah Secara Back Packer

Saya berpendapat secara asasnya ada empat perkara yang perlu disediakan sebelum pergi umrah. Perkara tersebut seperti;
  1. Jiwa yang sudah bersedia
  2. Ilmu tentang umrah khususnya bila melibatkan secara back packer
  3. Fizikal tubuh badan yang sihat.  
  4. Peralatan dan keperluan material.

Bagi kebanyakan jumaah umrah Malaysia yang berkemampuan dari segi kewangan, sudah tentu tidak akan memilih untuk mengerjakan umrah secara back packer ini, mereka ini tak kesah akan bayaran tetapi mereka akan memikirkan janama pengendalinya iaitu syarikat apa?, hotel berbintang apa bila di Madinah, Mekah dan berapa jauh jarak pula dengan Masjid Nabawi atau Masjidil Haram, jika melebihi 300 meter sudah di kira jauh. Kalau boleh bersembahyang di hotel dan berimankan iman masjid itu lagi bagus.

Orang yang cukup wang dan kaya-raya boleh sediakan yang kedua, ketiga dan keempat secukupnya. Tapi yang pertama tu aku rasa tak semua bersedia, atau bersedia dengan sempurna. Tapi ia lah, kan. Lain orang lain umrahnya dan umrah masing-masing adalah antara dia dan Tuhan.


1. Persediaan minda dan rohani

Aku rasa kena jugak setkan dalam minda yang pergi umrah adalah untuk beribadat dan bukan untuk melancong atau belibelah. Mental kena ready. Kalau pergi melancong, kita tak akan ubah perangai yang sedia ada. Tapi bila pergi beribadat, perubahan pada persenaliti perlu ada. Maksudnya, sudah bersedia untuk pergi sana dan jadi manusia yang lebih baik dari segi sunnah dan syariat. Jadi manusia yang lebih baik bermakna bila balik dari umrah nanti, kita akan jadi muslimin yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Lain orang lain penafsirannya tentang misi pergi umrah. Ada yang pergi semata-mata kerana menunaikan ibadat. Jadi orang macam ini tak mahu pergi umrah sambil melawat sana-sini seperti ke Jordan atau Mesir terlebih dahulu. Tapi ada pula yang kata lawatan ke Mesir atau Jordan itu adalah sebahagian dari ibadah kerana Allah telah berfirman yang maksudnya lebih kurang ialah "..mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang Allah telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu..". Ada pakej agensi umrah yang menggunakan ayat Quran ini untuk 'justify' kenapa bagusnya ambil pakej 'umrah ziarah' (melawat ke Mesir dan Jordan dulu sebelum pegi umrah).

Tapi niat masing-masinglah, kan. Macam aku ni, susah payah kumpul duit untuk pergi umrah jadi niat aku tak lari dari hanya untuk tunaikan kewajipan agama dan buat ibadat.



2. Persediaan ilmu

Memang kena belajar tentang umrah. Ikutilah kursus haji atau umrah. At least paling kurang belilah buku-buku panduan tentang umrah. Kena tahu rukun-rukun umrah dan syarat sah umrah. Ada perkara yang wajib dilakukan, dan ada yang sunat sahaja. Apa pula yang membatalkan umrah. Contohnya, saie ialah wajib, tapi panjat Jabal Uhud tak buat pun tak apa. Yang ini, kenalah pergi kursus umrah, atau kursus haji. Aku dan isteri pergi kursus haji sudah dua kali walaupun turn pergi haji (tahun 2023) belum sampai. Saja nak ambil ilmu dan nak kekalkan keterujaan pergi haji. Jadi dari kursus haji ni memang banyak ilmu kami dapati tentang ibadat umrah.

Tanya pengalaman kawan-kawan

Tanya juga pada kawan-kawan yang pernah pergi haji atau umrah. Cedok pengalaman mereka. Buku-buku adalah ilmu tambahan sahaja. Kursus haji atau umrah banyak membantu. Tapi kawan-kawan yang pernah pergi tu lagilah dapat memberi gambaran 'first hand' tentang selok-belok dan payah-jerih melakukan umrah. Memang bila dah sampai di Madinah dan Makkah, cerita kawan-kawan ni memang sungguh membantu dan panduan yang mereka berikan tu tak boleh kita jumpa dalam buku.
    

      Baca travelog umrah

Ini pun banyak membantu. Sungguh banyak blog peribadi yang menceritakan pengalaman mereka pergi umrah dan haji. Gaya penceritaan masing-masing tapi semuanya adalah pengalaman sendiri semasa berada di sana. Bagus untuk baca sebab banyak juga membantu. Tu sebab bila balik dari umrah aku pun buka blog ni, sekadar nak tambahkan lagi bahan bacaan untuk bakal-bakal pengunjung umrah.


3. Persediaan fizikal tubuh badan

Rata-rata ceramah tentang umrah beritahu yang keadaan fizikal yang sihat adalah penting kalau nak pergi tunaikan umrah ni. Ibadah umrah memang perlukan badan yang sihat dan kekuatan jasmani. Tapi tidaklah bermakna mesti jadi betul-betul kuat seperti ahli sukan. Maksud kekuatan jasmani di sini ialah kebolehan bergerak dari sana ke sini tanpa halangan fizikal.

Jemaah bergerak ke sana ke mari mengikut jadual dan bukan bersantai. Jadi kalau sakit, tangguhkan dululah untuk pergi umrah. Tunggu sihat dululah. Kalau pergi melancong dengan family, bolehlah kita bergerak dengan halaju sendiri tanpa peduli apa orang lain buat.

Tapi keadaan fizikal ni bukanlah syarat wajib untuk pergi umrah. Masa aku di Madinah dan Makkah, ramai yang aku lihat gunakan kerusi roda, atau yang dipapah ke sana-sini. Yang pergi umrah tu aku lihat dari umur bayi sehinggalah umur tua bangka bongkok tiga.





4. Persediaan kelengkapan material

Yang ini tak perlu pikir jauh sangat. Ikut saja saranan agansi umrah. Semua agensi umrah akan senaraikan apa yang perlu dibawa. Khas untuk umrah aku melalui pakej Andalusia Travels ni boleh tengok sini.

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian