Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Isnin, Februari 24, 2014

Air Asia X Buat Tawaran Lagi bagi Penerbangan Umrah Musim cuti Sekolah Dec 2014 sesuai "Umrah Persendirian"

Assalamualaikum wbt.

Pelancaran AA'X Sektor KUL-Jedah


Pertama kali AAX melancarkan perkhidmatan penerbangan sektor KUL-JED pada awal 2013. Sebelum memulakan perkhidmatan penerbangan bagi laluan KUL-JED yang mengguanakan A330-300 , AA telah membuat tawaran hebat dengan kadar kurang dari RM1K untuk penerbangan pergi balik. Ramailah yang membeli tiket secara online pada masa offer tersebut termasuklah penulis blog ini dan 8 org keluarga terdekat yg lain. Saya juga ada terbaca dari beberapa web tertentu ada menunjukan antara pembeli tiket yang tidak menyedari tentang kesukaran visa di musim haji kerana telah mengambil tiket pada tempoh tersebut, selepas itu mereka tercari-cari TA yg nak urus VISA. Sudah tentu mereka tak berjaya dapatkan visa pada tempoh sedemikian. Penulis juga tak dapat mengagak bila tarikh visa umrah di buka semasa pembelian dahulu, langkah selamat tiket di beli pada 11 jan 2014 rupa-rupanya visa di keluarkan bermula 4 dec 2013. Kalau lah tahu seawal itu, tentulah beli tiket dec 2013 sebab ada antara jemaah dlm kumpulan terlibat dengan sekolah.


Pada masa sekarang, AA tidak lagi menjual tiket atas taliannya bagi musim haji iaitu dari ogos 2014 hingga 31 nov 2014. Cuba anda search pada tarikh itu untuk sektor KUL-JED atau sebaliknya. Pasti anda akan dapat tahu...
Sebelum ini ramai yang senyun sinis bila saya sebut menunaikan Umrah naik Air Asia. Pertanyaan yang selalu ditanya oleh kenalan saya  ialah “ada ke makanan yang dihidang untuk jemaah dalam flight ?” Seat kecil dan tegak aje macam seat penerbangan Air Asia ke sektor domestik atau ke Indonesia atau Vietnam. Nak makan kena beli ke?. Sesudah saya menggunakan perkhidmatan Airasia X bagi sektor ini,  saya dapati pertanyaan ini semuanya meleset.  Jawapan yang saya patut beri untuk Airasia X adalah sangat memuaskan dan kira OK, tiada masalah. Saya berikan penilaian  9.8/10 . Ini flight Airasia X dan bukan Airasia, semestinya kapalterbangnya jauh beza antara Airasia X vs Airasia. Tanyalah kepada orang yg pernah naik Airasia X. Saya bukanlah nak promote Airasia X, tak akan dapat kurang hargapun! Sekurang-kurangnya saya bangga dengan syarikat penerbangan negara kita yang boleh setanding dengan syarikat luar kalaupun tak lebih. Sokong lah syarikat negara kita bagi mengelak pengaliran wang keluar yang banyak bagi para jemaah umrah.  Kalau pasal pramugari kebanyakannya adalah Melayu yang tak menutup aurat (tutup kepala), kapalterbang khas umrah dari Muhamadiah Travel pun sama juga.  Pramugara di kira perfectlah. Manakala Pilot semasa saya terbang ke Jedah itu dari hawa, bangga juga melayu jadi pilot penerbangan jarak jauh yng lebih dari 9 jam.
Seat
Seat dalam flight untuk kelas Perniagaan tidaklah banyak seperti flight komersial yang lain. Hanya ada 12 seat sahaja. Manakala untuk seat Ekonomi sama macam flight yang lain. Ada 3 kerusi di bahagian tepi kanan, 3 kerusi di bahagian tengah dan 3 kerusi di bahagian tepi kiri. Bhg belakang ada 2 kerusi sahaja di kiri dan kanan, manakala di bahagian tengah kekal ada 3 kerusi. Dan yang penting kerusi dalam flight boleh diadjust untuk bersandar. Tidak seperti flight domestik.
1.     Premium
Seat bagi klas ini boleh baring, buat katil tidur.
Tiket dlm klas ini boleh tukar nama penumpang.
BIZ seat AAx










Lihat lagi
2.     Economy

Economy biasalah, apa lagi klu offer.

Economi Seat AAx
Seat sebenar AAX



32 inches (81 centimetres) pitch, 16.5 inches (50 centimetres) width. A 3-3-3 layout for 377 economy-class seats.
Read more: smh.com.au/travel/flight-test-air-asia-x-20130704-2pehp.html#ixzz2uCjkg500



seat map key
Pada musim Cuti Persekolahan Dec 2014, Perkhidmatan Penerbangan Tambang Murah Air Asia X untuk destinasi Kuala Lumpur ke Jeddah dan balik Jeddah ke Kuala Lumpur talah sekali lagi buat tawaran. Sejak Disember 2012 lagi, flight bagi sektor Umrah musim Cuti Sekolah Mac telah “fully booked”. Banyak travel yang telah “blocked” seat flight untuk musim cuti sekolah seperti ini. Pada jangkaan, “seat flight” musim cuti sekolah memang menjadi rebutanJadi elok benar bila “available” ialah AirAsia X, degna offer lagi tu maka hendak membelinya dengan kadar cepat sebelum harga tinggi yang tinggal. Apa yg nak di risaukan,  kapalterbang Airasia X ini kesemuanya adalah masih baru dan baru.  Penerbangan direct lagi tu KL-Jeddah selain Saudi Airlines dan MAS dan flight cater, Kalau menaiki flight lain, kebanyakannya transit sama ada di India, Pakistan atau Qatar dan juga Arab Saudi sendiri.
Makanan di dalam flight ?
Pasti ada makanan yang dihidangkan di dalam flight. Sama seperti penerbangan lain, makanan dihidangkan 2 kali iaitu kali pertama setelah kira-kira 1 jam atau 2 jam flight take off dan kali kedua kira-kira 2 jam sebelum flight landing. Menu yang dihidangkan samada Nasi Ayam Kurma atau Nasi Lemak Pak Naseer. Dan sebotol air mineral.
Check in di LCCT
Semasa check in bagasi di LCCT setiap penumpang hanya dibenarkan membawa bagasi tidak lebih dari berat yang di beli. Manakala semasa balik, setiap penumpang dibenarkan membawa muatan bagasi tidak lebih dari berat di beli seorang. Dan tambahan air zam zam 10 liter. Semua penumpang yang mempunyai Visa Umrah akan diturunkan di Terminal Haji di Jeddah sama juga seperti penumpang pesawat yang lain. Tidak ada bezanya. Dan semasa keberangkatan pulang pun, urusan check in bagasi dan mendapatkan boarding pas juga dilakukan di Terminal Haji
Bagi sektor Jed-KUL, Petugas AirAsia di Kaunter sangat baik hati. Semua bagasi penumpang dimasukkan secara berkumpulan dan ditimbang  untuk dapatkan jumlah berat. Alangkah beruntungnya sesiapa menaiki fligh AAX. Biasalah jemaah Malaysia, kalau balik Umrah atau Haji bag mereka pandai beranak dan bercucu.  Ini menunjukan org Malaysia kaya/mampu dan ingat kepada sanak-saudara untuk buah tangan, moga yg menerima buah tangan akan segera teringin ke baitillah pula.termasuk kerana lebihan bagasi.
Kesimpulannya, flight AirAsia X ini tidaklah seteruk seperti yang ramai sangkakan. Bandingan flight AirAsia dengan flight AirAsia X sangat jauh bezanya. Jika ingin menunaikan Umrah pada musim cuti dec nanti, flight AirAsia X ini boleh dijadikan pilihan pertama di atas faktor tambangnya sedang offer dan penerbangan terus.Maklum lah musim cuti Persekolahan Nov-Dec 2014  ini harga tiket Saudi dan MAS akan melambung tinggi. Terlalu jauh perbezaan harga tiket AirAsia X berbanding dengan flight lain. Jadi bagi yang berbudget, elok sangat la pilih flight AirAsia X ini. Dan yang penting sekali apabila dapat harga tiket yang murah berbanding yang lain,
Jemaah yang beli tiket untuk melakukan umrah persendirian atau back packer, sudah tentu bukan bersaorangan. Jadi beli dulu tiket dan kemudian carikan bagaimana nak urus visa, kalau tak dapat sekali pun boleh guna TA.
Sebagai pengetahuan, saya sudah beli tiket sendiri pada 1 dec dan balik 28 dec 2014.
Jumpa lagi dan Wassalam.


Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian