Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Selasa, Februari 04, 2014

PENGALAMAN UMRAH BERDUA TANPA AGENT


Alhamdulillah, sekali lagi saya terpanggil untuk mengerjakan Umrah. Kali ini bersama suami saya. Ketika itu kami tinggal di West Midlands, UK sedangkan procedure untuk mendapatkan visa perlu di buat di negara sendiri, yakni Malaysia. As our CEO, Mr Terry Blizzard is a good friend of one of the Saudi Arabia's prince, kita orang pun akhirnya dapat le Visa Umrah dari Saudi Arabia while we are residing in UK. Distance between Birmingham & Jeddah is approximately 4700 km whereas from Kuala Lumpur to Jeddah is about 7000km. So kita orang decided untuk singgah menunaikan Umrah dulu and then baru balik ke Kuala Lumpur.


Happy le sangat sebab boleh kill 2 birds with 1 stone.....tapi merisaukan sebab Ya Allah tak da knowledge. Ada le ilmu pun amatlah ceteknya. Namun demikian seruan untuk menunaikan Umrah tu maha hebat. Kami nekad untuk ke sana. Menyerahkan diri seikhlas2xnya untuk tujuan penyucian. Untuk tujuan pengampunan.


Perjalanan dari Birmingham ke Dubai mengambil masa lebih kurang 7 jam dan thereafter, kita orang boarded on Saudi Airlines, a small old DC plane. The journey to took us about 2 hours before we landed safely at King Abdul Aziz International Airport. Dan di sini bermula le masalah pertama di mana kami di tahan oleh pihak imigration....di soal macam mana boleh dapat special invitation dari Prince of Saudi Arabia etc. So lama gak tertahan di Imigration and thereafter, lepas one of the Ustaz from Andalusia Travel & Tours explain in bahasa Arab, baru le mamat2x imigration to faham. Alangkah indahnya jika kami boleh berbahasa syurga itu.....Anyway, thanks to Ustaz Hasbullah kerana membantu kami melepasi satu dugaan.


Selesai sessi explanation dgn Pak2x Arab tersebut, we all pun terus pergi ambik teksi untuk ke Tanah Haram, Makkah Al Mukarramah. Mai ai ganas betul Pak Arab ni memandu. Dalam lebih kurang 10 minit, teksi tersebut berselisih dgn kereta lain yg terlanggar side mirror teksi tersebut.....Panng...terkulai2x side mirror sebelah kanan. Tapi yang peliknya teksi dan jugak kereta yg melanggar tadi terus je memandu with the same speed. Tak da intention pun nak stop tapi mulutnya tak berhenti2x mengomel dgn bahasa yg agak kasar (of course la kita org tak faham sepatah haram). Hati dah berdebar2x. Apa lagi ye ujian dari Allah.
Perjalanan di teruskan melintasi sempadan Makkah.
Labbaik Allahumma Labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik:
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka


Kami datang pada Mu Ya Allah. Ampuni lah kami Ya Allah. Permudahkan segala urusan kami. Setibanya kami di Tanah Haram, sepatutnya tanpa lengah kami terus Umrah sebab kami sedang di dalam Ihram. Namun demikian, di sebabkan kepenatan, kami rebah merehatkan badan dan minda dan terjaga pada pukul 11 malam. Pada waktu itu dengan langkah penuh debaran, kami berjalan menuju ke ka'abah. Ampunkan kami Ya Allah. Itu saja yg mampu kami zikirkan. Kaki di atur untuk tawaf and then saei and then tahalul. Ketika tahlul sekali lagi di uji Allah. Gadis comel keturunan Arab meminjamkan gunting dgn kadar 50 Riyal. Ustaz pesan, jangan terpedaya. Alhamdulillah kami tidak terpedaya. Alhamdulillah Umrah pertama selesai.
Bergambar di jalan sekitar Makkah. Sesak dgn orang dari seluruh dunia. Panas tetapi kami rasa aman dan tenang. Hebatnya Ya Allah.


Sempat bergambar di depat Masjidil Haram. Kenangan yg terindah. Tempat terbaik di bumi Allah yang pernah kami kunjungi.




Padang Arafah. Jabal Rahmah. Menurut cerita dari beberapa pihak, di sini lah Nabi Adam. a.s berjumpa semula dgn Siti Hawa selepas berpisah bertahun lamanya (selepas keluar dari syurga Allah). Di tiang batu tu terdapat banyak tulisan2x jemaah yg mencatatkan nama2x org2x tersayang.


Di ladang unta. Pengalaman kedua minum susu unta. Alhamdulillah sedap tapi agak heaty gak. Sempat jugak beli untuk di bawa pulang.



Ini di muzium Ka'abah. Dalam ka'abah beginilah rupanya...



Pintu Ka'abah lama di pamerkan di muzium. 


Bukit Uhud. Sempat shopping beli ubat2x dari pohon2x di Tanah Ubat. 


Madinah...Masjid Nabawi. Selesai solat Isyak dan selepas makan malam, kami berjalan sekitar Madinah. Ambil angin malam. Madinah agak sejuk and very windy. Pertembungan dgn sepupu, Syarol Anuar Haji Said sekeluarga di sini memang mengujakan sedangkan di masjid ini penuh dgn manusia dari seluruh pelusok dunia.


Memberi makan burung2x merpati yg berterbangan di sekitar tapak rumah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. 


Di sinilah tempat Rasullulah s.a.w di lahirkan dan dibesarkan. Tempat ini telah di convert jadi perpustakaan. 


Ini le antara pengalaman paling istimewa. Mendaki jabal nur menuju ke Gua Hira' tempat di mana Rasullullah s.a.w menerima wahyu pertama. 31 May 2007, hari lahir saya dan tepat jam 12 malam kami tiba di Gua Hira'. Syukur Alhamdulillah.....



Di sini tiada bangunan pencakar langit, tiada bunga tulips yg pelbagai warna, tiada green scenery mcm kat New Zealand, Australia, UK etc, tiada akuarium besar, tiada theme park......cuma ada suasana yg kering, bila musim panas, teramat panas....namun tempat inilah Syurga yg Indah di dunia. Semoga Allah perkenankan doa kami untuk menunaikan Fardu Haji and seterusnya menjadi tetamu Allah selalu. Amin Ya Rabbal alamin.

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian