Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Selasa, Februari 04, 2014

Umrah Secara Persendirian?

JOM UMRAH. JOM UMRAH. UMRAH Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3900.00 Jom UMRAH JOM UMRAH


Tawaf di Kaabah


MUKADIMMAH


Lebih baik jangan... ikut saja pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan kalau tuan tidak yakin dapat melakukan!.

Lazimnya untuk menunai ibadah umrah secara persendirian kerana mahu menjimat kos ataupun ingin memperluaskan pemandangan ataupun suka menghadapi cabaran ...

Anda pernah buat umrah? Jika belum- baik ikut pakej-pakej yang ditawarkan. Yang berpengalaman pun tak sanggup nak buat secara persendirian atas sebab  amat susah untuk mendapat kelulusan Visa Umrah. Jika anda guna visa ziarah (selalunya mahal sikit) tak mengapa.

Maaf kerana saya bercerita mengenai perkara-perkara kurang mengalakkan nie. Nak pergi Umrah tuan hendaklah menggunakan Visa UMRAH tapi trendnya hendaklah BERSAMA Muasassah (agen di Saudi Arabia) yang dilulukan oleh Kementerian Hajj KSA. Jika tidak, perjalanan akan menjadi terlebih sukar. Nie bukan dugaan atau kifarah tapi saja cari pasal. Visa Umrah satu hal pulak ... hanya sah dalam tempoh 30 hari sahaja, selepas tarikh yang dicopkan dipasport anda oleh Kedutaan Saudi tempatan.

Muasassah mengesahkan ...

1. Anda telah membuat pembayaran hotel, pengangkutan dan makanan;
2. Anda mempunyai tiket penerbangan pergi balik yang sah
3. Anda sudah buat injection
4. dan sebagainya

Anda berkemungkinan dapat melepasi perkara2 di atas dengan hanya membayar yuran perkhidmatan kepada agen di Malaysia. Tetapi, ingat yer bahawa tempoh visa tamat semakin berkurangan dan sudah pasti tidak lebih dari 30 hari.....




KOS PENERBANGAN.

Setelah tuan mendapat visa tuan beli ticket AirAsia ke Jeddah atau tiket Nas Air .... Lazimnya tiket ke Jeddah selalu habis dijual.  Pasal birokrasi syarikat penerbangan yang suka potong queue iaitu agensi di utamakan (no customer right yer ... ).
Malaysia AirLines
MAS

AAx
Air Asia

Katakan, anda berjaya mendapat tiket penerbangan. Anda nak kemana dulu? Adakah anda akan ke Mekah atau Madinah? Jika ke Mekah, di mana anda hendak berniat? Tak semua yang berihram dalam penerbangan yang sama, bermazhab yang sama dengan anda ... ingat tu?

flynas
Nas Air

Saudi Airlines


Hanya penerbangan Saudi sahaja yang dibenarkan ke Madinah ... yang lain hanya dibenarkan ke Riyad atau Jeddah.






GROUND TRANSPORT

GMC Saudi Arabia
Van GMC
GMC
bus
Selepas tiba di Jeddah (kenapa tak terbang ke Madinah?), tuan akan berasa amat bersyukur dapat melalui pemeriksaan immigresen. Setelah melangkah keluar bangunan terminal, cari kaunter teksi ataupun bas untuk ke Mekah atau Madinah? Maaf, tiada perkhidmatan sedemikian ditawarkan jika di terminal Haji, sebaliknya anda hendaklah senyap-senyap keluar (tidak ada kesalahan pun) dan sekira anda bertanya dalam bahasa arab-mudahlah perjalanan anda, jika tidak 'pasport' anda akan menjadi penyelesaian. ... Mereka akan meminta paspot anda dan pada passport tersebut tercatit nama Muasassah dan anda akan dirujuk kepada mereka..... tetapi anda cuma membayar fi perkhidmatan di Malaysia .... silap-silap akan berumrah di airpot Jeddah kerana Muasassah tak kenal anda ...

Katakan anda berjaya mendapat pengangkutan untuk ke Mekah atau Madinah (yang tertakluk pada mana yang di dahulukan), Tetapi sebelum itu, sebagai kes study, jika kita berniat dalam kapalterbang & berihram untuk terus ke Mekah, bolehkah kita menukar fikiran sebaik sahaja tiba di Jeddah untuk ke Madinah kerana anda memperolehi pengangkutan ke Madinah, tidak ke Mekah? Saya bukan ustaz... tapi larat ke kalau berada dalam keadaan ihram yang begitu lama?

Baiklah katakan memperolehi transport (samada ke Madinah ataupun Mekah), terdapat tidak kurang dari dua check point di antara Jeddah ke kedua dua tanah haram di atas.

Chek point pertama ... sebagai makluman keluar dari Jeddah untuk Umrah .... jika menggunakan visa selain umrah .... tuan di arah pulang... Jika tidak tuan didapati melanggar peraturan muasassah ... tuan kena pulang ....

Check point kedua ...   ... bayangkan ...





PENGINAPAN

Madinah Hotel

Katakan  berjaya sampai ke Mekah atau Madinah. Kalau pergi sendiri selalunya bilik satu malam sekitar RM600. Sememangnya banyak hotel disitu tetapi kena carilah satu demi satu ... kalau di Mekah masa dalam ihram tuuuu (amacam dugaan atau cabaran?).

Pendek cerita, yang berpengalaman pun tak sanggup buat sebab mereka biasanya ikut mutawif saja (kerana bahasa perhubungan, peraturan-peraturan ketat, hukum-hukum umrah, keselamatan dan sebagainya).

Jadi apa salahnya mengikut pakej umrah dari agensi-agensi bertauliah ... habis cerita. WIN-WIN situation. Agensi dapat untung sikit, anda boleh 100% tumpu kepada soal ibadah ajer ... kan pergi sana untuk beribadah ...!



BAYANGKAN ...


Semua diatas bersama-sama dengan tanggungan seperti ibu, adik, saudara-mara, sahabat atau sesiapa jua ... (nie orang kata ... cari penyakit!)


Cerita di atas adalah sedutan dari pandangan yang saya dapat dari selidikan saya. Percayalah bahawa mereka yang hendak melakukan umrah persendirian jauh lebih mengkaji, mencari maklumat dan mereka akan mengatasi terlebih awal. Jika juga plan yang di rancang, mereka masih ada plan B (pilihan) yang telah di fikirkan terlebih dahulu.

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian