Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Sabtu, Februari 01, 2014

Keperrluan Semasa Permohonan Visa Umrah 2014

JOM UMRAH. JOM UMRAH. UMRAH Back Packer 2014 cara yang termurah dan jimat. Anggaran perbelanjaan tidak melebihi RM3900.00 Jom UMRAH JOM UMRAH




Assalamualaikum wbt.

Ramai bakal Jemaah Umrah yang kurang arif mengenai Prosedur Permohonan Visa Umrah yang sering berubah prosidurnya sehinggakan keperluan dokumen yang perlu disertakan di dalam permohonan visa Umrah mengambil masa yang lama untuk sampai kepada agensi travel yang menguruskan Visanya. Bagi yang biasa menunaikan Umrah, barangkali sudah tahu mengenainya. Apa pun maklumat yang ingin disampaikan ini amat berharga kepada mereka yang baru pertama kali untuk ke tanah suci.

Pasport Antarabangsa

Syarat untuk untuk keluar negara pastilah Pasport Antarabangsa. Dan bakal jemaah mesti “aware” bahawa tarikh sah Pasport Antarabangsa harus melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas. Sebagai contoh, sekiranya jemaah ingin berlepas pada bulan feb 2014 dan tarikh luput pasport ialah bulan Mei 2014, maka beliau harus memperbaharui pasportnya. Ada jemaah yang sayang mengenai tarikh luput pasport sehinggakan mahu “renew” Pasport selepas tarikh luput Pasport lama. Pihak Kedutaan Arab Saudi pasti akan “reject” Pasport yang luput tarikh kurang dari 6 bulan sebelum tarikh berlepas.

Umrah Persendirian

Sekiranya bakal jemaah merasakan Pasport Antarabangsa dalam simpanan dan tidak digunakan sehingga tarikh berlepas, sebaiknya serah awal kepada agensi berkenaan untuk disimpan. Jika bakal jemaah kerap menggunakan Pasport untuk keluar negara, pastikan serahan Pasport kepada agensi berkenaan tidak kurang dari 2 minggu sebelum tarikh berlepas. Dan jemaah ini dinasihatkan supaya menangguhkan dulu aktiviti keluar negara kerana menunggu Proses Visa Umrah. Pernah juga terjadi kepada jemaah yang menghantar Pasport di saat-saat akhir, dan ketika yang lain sudah memperolehi Visa, pasport jemaah ini baru nak “submit’ ke Kedutaan Saudi.

Untuk makluman di bawah peraturan baru sekarang ini, selepas MOFA (no. siri rujukan kelulusan Visa) keluar, maka pihak agensi mempunyai masa 14 hari untuk “submit” kesemua dokumen sokongan yang diperlukan dalam permohonan Visa Umrah. Dan jika lewat, maka MOFA itu sudah tidak boleh digunakan lagi.

Dan selepas Pasport memperolehi Visa Umrah, jemaah mesti berlepas ke tanah suci tidak lewat dari 14 hari tarikh keluarnya Visa Umrah. Jika lewat dari 14 hari selepas tempoh keluar Visa, maka Visa Umrah itu sudah tidak ‘valid” atau tidak boleh digunakan lagi.

Apabila jemaah sudah berada di tanah suci pula, tempoh sah untuk tinggal di sana ialah 14 hari pula. Jika lebih dari 14 hari dianggap sudah melebihi tempoh atau dianggap tinggal secara haram di sana. Jika sebelum ini jemaah boleh tinggal di tanah suci tidak lebih dari 30 hari. Tetapi kini tidak lagi.

Jemaah Sabah dan Sarawak

Bagi jemaah yang menetap di Sabah dan Sarawak, mereka harus terbang ke Semenanjung menggunakan IC mereka dahulu. Ini kerana Pasport mereka akan dihantar terlebih dahulu ke Kedutaan Arab Saudi untuk mendapatkan Visa. Dan selalu terjadi Pasport yang telah siap Visa Umrahnya keluar dari Embassy sehari sebelum tarikh berlepas. Dan pastinya kesuntukan masa untuk menghantar kepada jemaah yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Kecuali ada “runner” yang boleh naik flight untuk ke Sabah atau Sarawak untuk menyerahkan kepada jemaah yang berkenaan sebelum mereka menaiki flight untuk ke KLIA. Itupun tertakhluk kepada masa yang ada.


Gambar untuk Visa

Mengenai keperluan gambar untuk Visa pula mestilah berukuran 6cm x 4cm dengan berlatarbelakang putih, muka mesti penuh 70% hingga 80% dari foto, lelaki tidak bersongkok dan wanita bertudung gelap atau hitam. Bakal jemaah boleh menghantar sekurang-kurangnya 3 keping gambar iaitu 2 untuk diserahkan kepada Kedutaan Saudi dan 1 untuk simpanan Ajwa untuk dibuat “Nametag” nanti.

Di bawah ialah contoh gambar untuk Permohonan Visa Umrah.

Umrah Persendirian



Buku Suntikan Meningococcal ACYW135

Mengenai suntikan meningococcal ACYW135 boleh diperolehi di Klinik-klinik swasta yang berhampiran. Sebaiknya dapatkan suntikan di Klinik yang pemiliknya beragama Islam. Ini kerana vaksin ACYW135 ada 2 kategori yang halal dan non-halal. Dan harga suntikan vaksin ini pula sudah meningkat sehingga berharga antara RM120 hingga RM170. Biasanya selepas menerima suntikan pihak Klinik akan mengeluarkan Buku Kesihatan yang berwarna Oren ataupun kuning. Jangka hayat vaksin ini bertahan antara 2 tahun hingga 3 tahun. Maknanya jika sudah disuntik tahun lepas, ianya masih boleh digunakan untuk umrah tahun ini.

Umrah Persendirian
Umrah Persendirian

Setiap jemaah mesti mengambil vaksin meningococcal ACYW135 sebelum menunaikan Umrah. Kerap kali terjadi jemaah keberatan untuk mengambil suntikan sehingga menunggu saat-saat akhir sebelum ke tanah suci. Sebenarnya buku Suntikan ini mesti dihantar bersama dokumen-dokumen yang lain ke Embassy semasa Permohonan Visa dibuat. Kegagalan mengadakan Buku Suntikan ini boleh menyebabkan jemaah tidak memperolehi Visa Umrah walaupun MOFA sudah dikeluarkan.

Salinan Sijil Nikah

Salinan Sijil Nikah ini hanya untuk isteri sahaja sebagai bukti kaitan mahram dengan suami. Awal musim baru-baru ini Sijil Nikah ini perlu disahkan di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran. Ini kerana boleh jadi pihak Kedutaan mendapati ramai pemohon yang mengemukakan Salinan Sijil Nikah Palsu bagi membolehkan jemaah yang tiada mahram menunaikan Umrah. Tetapi kini tidak lagi. Memadai menghantar Salinan Sijil Nikah dan tidak perlu disahkan oleh Pejabat Agama.

Bagi jemaah wanita yang berumur 45 tahun ke atas sekiranya tidak mahu menyerahkan Salinan Sijil Nikah pun OK, tiada masalah. Tetapi wanita yang berumur 45 tahun ke bawah mesti menyerahkan Salinan Sijil Nikah dan dengan syarat suami mesti ikut serta. Jika suami tidak ikut serta maka salinan Sijil Lahir Anak (jika anak lelaki ikut serta) mesti diserahkan sebagai bukti Mahram atau apa-apa dokumen yang bleh mengaitkan dirinya dengan Mahram yang turut serta.

Sebagai contoh, jika anak saudara lelaki disandarkan sebagai Mahram kepada wanita yang berumur 45 tahun ke bawah. Maka dokumen seperti Salinan Sijil Lahir pemohon, salinan Sijil Lahir Anak Saudara dan juga Salinan Sijil Lahir ayah atau ibu kepada Anak Saudara tadi harus disertakan sekali sebagai bukti kaitan adik beradik Pemohon.

Salinan Sijil Lahir

Sekiranya anak-anak ikut serta maka pemohon kena menyerahkan Salinan Sijil Lahir dan tidak perlu mendapatkan pengesahan dengan Jabatan Pendaftaran Negara seperti sebelumnya. Tetapi bagi kes Anak Angkat, dokumen Sijil Lahir Asal mesti diserahkan untuk mendapatkan pengesahan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan kemudiannya akan di’endorse ke Wisma Putra pula.

Ada agensi yang keberatan untuk memproses Permohonan Umrah Anak Angkat ini kerana kesulitan yang dihadapi.  Boleh jadi agensi yang berkenaan terlalu ramai jemaah mereka dan tidak cukup kakitangan untuk menguruskan hal ini kerana terpaksa pergi ke JPN dan Wisma Putra untuk mendapatkan pengesahan “Certified True Copy”.

Bolehkah Pembantu Rumah Turut Serta ?

Sekiranya ingin membawa Pembantu Rumah (Maid) warga Indonesia yang beragama Islam maka ada beberapa syarat yang perlu kita ketahui.
Pertama, Maid itu mestilah yang ada Permit Kerja secara Sah. Kedua, Pasport Maid tadi mesti di’endorse di Kedutaan Indonesia untuk mendapatkan Nama Bapa kepada Maid tadi. Biasanya Pasport Indonesia hanya menyertakan Nama Pemegang Pasport sahaja dan tidak ada nama Bapa. Majikan mesti melakukan urusan sendiri di Kedutaan Indonesia ini dan bukannya pihak agensi.
ketiga, Pembantu Rumah tadi menunaikan Umrah mesti bersama Majikan dan isteri Majikan ikut sekali. Tidak boleh Majikan lelaki membawa Maid ke tanah suci tanpa membawa bersama isteri Majikan.
Atau Maid tadi menunaikan Umrah kerana menemani Ibu kepada Majikan sedangkan Majikan tidak ikut serta. Mungkin pada tahun-tahun sebelum ini dibenarkan iaitu dengan menyertakan Surat Rayuan Majikan kepada Embassy memaklumkan bahawa Majikan membenarkan Maid menemani Ibu Majikan ke tanah suci. Tetapi segala-galanya bergantung kepada budi bicara Pihak Konsul samada membenarkan ataupun tidak.


Bila boleh serah ?

Semua keperluan yang dinyatakan di atas sebaiknya diserah awal atau paling lewat sebulan dari tarikh berlepas.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh email kepada umrahsenang@gmail.com atau bertanya di ruang komen yang terdapat di bawah blog ini.

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian