RUKUN UMRAH
Rukun Umrah:- Iaitu perkara asas yang mesti dilakukan dan sekiranya tertinggal salah satu,maka terbatallah ibadah umrah dan terpaksa mengulanginya semua amalan itu hingga selesai dan wajib diqada’kan. Jika melakukan rukun dengan tidak memenuhi syarat juga tidak sah dan terlanggar larangan dalam ihram, haruslah membayar dam
Rukun Umrah ada lima iaitu :-
- Niat
- Tawaf di Baitullah
- Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
- Bercukur atau bergunting
- Tertib
BERIHRAM
Ihram bererti memakai pakaian ihram di miqat tertentu serta niat.
NIAT IHRAM UMRAH
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
Wanita yang sedang berhaid dan nifas boleh berniat Umrah dan terpaksa menunggu hingga bersih, barulah boleh melakukan Tawaf untuk Umrahnya dan menyelesaikan segala amalan amalan Umrahnya yang lain.
PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEMASA IHRAM
- Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
- Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
- Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
- Memakai minyak pada rambut dan janggut.
- Mencabut bulu atau rambut dari badan
- Memotong kuku.
- Membunuh binatang buruan.
- Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
- Jimak (bersetubuh)
Melakukan akad nikah, mewalikan pernikahan, atau menikahkan. Nikah yang dilakukan dalam masa ihram adalah tidak sah.
Hukum melanggar larangan dalam ihram
Terdapat 3 hukuman kepada mereka yang melanggar larangan dalam ihram:
- Melakukan dengan hajat dan tanpa uzur, hukumnya berdosa dan wajib membayar dam
- Melakukan tanpa niat tetapi terpaksa, hukumnya tidak berdosa tetapi wajib membayar dam
- Kerana uzur atau jahil (tidak tahu), terlupa, dipaksa atau dilakukan ketika tidur maka tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.
Perkara sunat dalam Ihram
- Mandi sunat ihram
- Sembahyang sunat ihram.
- Bagi wanita pula sunat menginaikan kedua dua tangannya..
- Waktu yang paling baik untuk berniat ihram ialah waktu kenderaan dan kenaikan mula bergerak dan sekiranya berjalan kaki ialah sewaktu memulakan langkah.
- Bacaan talbiah dalam perjalanan dari miqat menuju ke Tanah Haram Makkah. Bacaan Talbiah:
"لبيك اللهم لبيك, لبيك لاشريك لك لبيك, ان الحمد, والنعمة لك والملك, لاشريك لك" “Hambamu telah datang menyahut panggilanMu,Ya Tuhan,hambaMu datang menyahut panggilanMu, Sesungguhnya segala puji pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu” 6. Selawat, selepas talbiah berselawatlah sekurang kurangnya 3 kali. Adalah lebih afdal membaca selawat sebagaimana selawat yang dibaca di akhir tasyahud dalam solat fardu: “اللهم صل على سيد نامحمد وعلى آل سيدنا محمد” “Ya Allah, rahmatilah penghulu kami, Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad” Perkara yang diharuskan semasa Ihram
Hikmah berihram Orang orang Islam yang beriman kepada Allah, tidak akan membezakan satu sama lain samada keturunan,pangkat, warna kulit, pakaian dan kedudukan. Oleh itu di dalam ihram diwajibkan memakai pakaian yang tidak berjahit dan berwarna putih supaya kita tidak dapat membezakan antara satu sama lain dan di sisi Allah semua makhluknya adalah sama, yang membezakannya adalah amalan masing masing. Dan di sunatkan memakai pakaian putih adalah kerana putih itu melambangkan kebersihan dan Allah suka kepada kebersihan. TAWAF DI BAITILLAH Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya. Pekerjaan pertama yang dilakukan oleh Nabi s.a.w ketika baginda sampai di Mekah ialah baginda berwuduk kemudian Tawaf di Baitullah. Mengelilingi Ka’abah sebanyak tujuh pusingan dengan yakin dan semata mata untuk tawaf. Sekiranya syarat syarat tidak dilaksanakan, maka tawaf itu tidak sah dan Umrahnya juga terbatal. Lafaz niat tawaf ialah: "تويت ان اطوف هذا البيت طواف العمرة سبعة اشواط للة تعالى" “Ya Allah, aku hendak melakukan tawaf Baitullahil Haram tujuh keliling tawaf Umrah kerana Allah Taala.” JENIS-JENIS TAWAF
Tawaf Qudum Tawaf Qudum tidak perlu dilakukan oleh 3 kategori manusia:
Tawaf Ifadhah atau Tawaf Ziarah Ulama’ sepakat bahawa Tawaf Ifadhah ini merupakan rukun bagi ibadah Umrah. Tanpanya ibadat umrah tidak akan terlaksana. Tawaf Wida’ Tawaf Wida’ - meninggalkan tawaf Wida’ dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan dam kecuali yang tidak berkuasa langsung sampai ke Masjidil Haram dan adalah sunat tetapi digalakkan untuk mereka yang mahu keluar dari Makkah walaupun dia merupakan penduduk Makkah Selain daripada 3 jenis ini, dikira sebagai tawaf sunat. Syarat syarat Sah Tawaf -
Sunat Sunat Tawaf
Kelebihan dan Hikmah Tawaf Amalan tawaf di keliling Ka’abah dimulakan sejak ribuan tahun yang lalu oleh Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya dan juga amalan amalan para malaikat. Allah Ta’ala telah menurunkan pada setiap hari kepada orang orang yang berada di Masjid Haram sebanyak 120 rahmat, 60 rahmat bagi orang yang tawaf, 40 rahmat kepada sesiapa yang bersembahyang dan 20 rahmat kepada yang memandang Ka’abah. Tawaf iaitu mengelilingi Ka’abah adalah semata mata untuk membesarkan Allah dan kekuasaanNya, bukan untuk memuja dan mendewakan Ka’abah yang berbentuk kubus yang dibina oleh manusia sendiri. Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak 7 kali. 7 adalah angka banyak yang paling minima dan 7 kali tawaf dikira cukup banyak bagi anak Adam yang kekuatannya terbatas berbanding dengan kekuatan para malaikat. 7 juga adalah angka ganjil dan Allah suka kepada angka ganjil. Rasulullah menyuruh para sahabat berlari kecil pada 3 pusingan pertama sesudah diberitahu bahawa orang orang Makkah mencemuh dan mengejek ngejek para sahabat yang tawaf dalam keadaan letih sesudah berjalan jauh. Ini bertujuan membuktikan bahawa tuduhan musyrikin Makkah adalah tidak benar kerana kaum muslimin kebanyakkanya masih sihat dan bertenaga. Mereka juga disuruh membuka bahu dan lengan di sebelah kanan supaya kekuatan lengan dapat dilihat oleh musuh. Sebab itulah di syaratkan bahu kiri hendaklah sentiasa mengarah ke Ka’abah. Dan sentiasa berpusing ke arah kiri sahaja. SAE'I Berjalan dari Bukit Safa hingga ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali dengan yakin dan semata mata untuk Sai. Lafaz niat Sa’i ialah: "اللهم اني اريد ان اسعى بين الصفا والمروة سبعة اشواط سعي العمرة للة تعالى" “Ya Allah ya Tuhanku, sahaja aku bersai di antara Safa dan Marwah tujuh kali Sa’i Umrah kerana Allah Taala” SYARAT-SYARAT SAE'I
SUNAT-SUNAT SAE'I
Hikmat bersa’i di Safa dan Marwah Untuk menghayati atau menyorot kembali amalan Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s yang dimuliakan oleh Allah. Siti hajar berjalan kaki dan berlari di antara bukit Safa dan Marwah untuk mencari air untuk si anak kecilnya Nabi Ismail. Siti Hajar berjalan ketika pergi dan berlari ketika pulang sebaik di dengar suara tangisan Nabi Ismail yang di tinggalkan tidur sendirian. Pengalaman pahit yang ditempuh oleh Siti Hajar akhirnya berjaya dilaluinya dengan tabah demi mematuhi perintah Allah. Maka seseorang yang mengerjakan Sai seharusnya mengenang kembali pengalaman pahit yang dilalui oleh Siti Hajar. BERCUKUR Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya. Dan bagi wanita dengan sekadar panjang jari tangan dan dilakukan selepas Sa’i. Dengan ini terlepaslah dari pantang larang yang dikenakan semasa dalam ihram. Hikmah bercukur atau bergunting Membuang sebahagian rambut yang tidak terurus dan berdebu dengan tujuan untuk mendandannya adalah suatu tradisi yang melambangkan kebersihan dan kekemasan diri khususnya bagi para musafir yang baru selesai melalui berbagai cabaran dan keadaan yang tidak selesa akibat pantang larang yang wajib dijaga selama yang ditentukan. Tertib Iaitu berturutan rukunnya yang mana dahulu patut didahulukan dan mana kemudian dikemudiankan. Kesemua rukun yang disebutkan itu tidak boleh diwakilkan kepada orang lain, mestilah dilakukan sendiri samada diusung, diupah dan sebagainya. Tempat tempat yang makbul untuk berdoa
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan