Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Jumaat, April 11, 2014

Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Pengunjung yang bertanyakan waktu sebenar bermulanya waktu Solat Sunat Dhuha, maka sempena tarikh yang cantik hari ini (12.12.12) ana tunaikan permintaan tersebut dengan ditunjukkan cara pengiraan waktu yang paling tepat.


Sebenarnya waktu Solat Sunat Dhuha boleh selisih (berbeza) sehingga 30 minit dalam sesuatu tahun itu dan waktunya juga berbeza sehingga 1 jam di antara Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Jadi jadual waktu solat ini ini bolehlah di rujuk berdasarkan Waktu Syuruk pada Takwim Solat di kawasan masing-masing.


Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak adalah bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.

.
Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak


Waktu Kuala Lumpur
.
Contoh 1 :
Jadual Waktu Solat di Kuala Lumpur pada 12 Disembar 2012 :
Waktu Syuruk = 07:10 pagi
Waktu Subuh = 05:48 pagi.


Waktu Dhuha di Kuala Lumpur pada hari dinyatakan ialah :
Waktu Syuruk ( 07:10 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:10 pagi – 05:48 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)
= 07:10 pagi + 1/3 (82 Minit)
= 07:10 pagi + 27 minit
= 07:39 pagi.

Waktu Dhuha Kuala Lumpur ~ Bermula dari pukul 07:39 pagi.


.
Contoh 2 :
Jadual Waktu Solat di Langkawi pada 12 Disembar 2012 :
Waktu Syuruk = 07:21 pagi
Waktu Subuh = 06:00 pagi.


Waktu Pulau Langkawi
Waktu Dhuha di Langkawi pada hari dinyatakan ialah :
Waktu Syuruk ( 07:21 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:21 pagi – 06:00 pagi = 1 jam 21 Minit @ 81 minit)
= 07:21 pagi + 1/3 (81 Minit)
= 07:21 pagi + 27 minit
= 07:48 pagi.

Waktu Dhuha Langkawi ~ Bermula dari pukul 07:48 pagi.

.

.
Contoh 3 :

Jadual Waktu Solat di Kota Kinabalu, Sabah (Zon 7) pada 12 Disembar 2012 :
Waktu Syuruk = 06:15 pagi
Waktu Subuh = 04:53 pagi.


Waktu Kota Kinabalu
Waktu Dhuha di Kota Kinabalu, Sabah pada hari dinyatakan ialah :
Waktu Syuruk ( 06:15 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (06:15 pagi – 04:53 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)
= 06:15 pagi + 1/3 (82 Minit)
= 06:15 pagi + 27 minit
= 06:42 pagi.

Waktu Dhuha Kota Kinabalu ~ Bermula dari pukul 06:42 pagi.

.
Waktu Afdal Dan Akhir Dhuha
Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuhasehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, “Nabi Muhammad ﷺ keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda ﷺ bersabda :

“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Sunat lain:
  1. Solat Sunat Taubat
  2. Solat Sunat Hajat
  3. Solat Sunat Witir


Petikan dari; shafiqolbu

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian