Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Sabtu, Mei 03, 2014

Istiwa Adzam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah Pada 28 Mei

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah walaupun di mana dia berada.

Umrah Persendirian

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa Adzam (Istiwa Utama).

Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…


Bilakah Istiwa Azam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  1. 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  2. 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Pada tahun 2014 ini, 28 mei akan jatuh pada hari rabu. Satu hari sebelumnya di jangkakan  27 May Isra and Mi'raj.  Manakala 16 Julai 2014 jatuh pada rabu.

Umrah Persendirian
Sumber Falak Online


Apa yang perlu dilakukan?

Sebelum

  1. Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  2. Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  3. Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  4. Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  5. Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  6. Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.


Ketika peristiwa ini berlaku:
  1. Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  2. Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
  3. Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  1. Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  2. Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  3. Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut: [KLIK SINI].






langkah pencerapan sendiri Istiwa Azam:


Falak OnLine

Falak OnLine

Falak OnLine

Falak OnLine

Falak OnLine

Falak OnLine

Falak OnLine

Falak OnLine

Falak OnLine






Almanak Astronomi 2014 yang telah di sediakan oleh Falak Online


Dalil-dali berkaitan:


  1. Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya.
  2. "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" (Surah Al-Imran: Ayat 190-191). RujukanTafsir Qur'an Per Kata: Dr.Ahmad Hatta, MA.
  3. Mengapa bersusah-payah berjemur tengah panas mencari kedudukan kiblat, lebih baik guna kompas.
Jawapan agak mudah. Kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi. Namun, jika ada sumber medan magnet yang berdekatan (seperti besi, tv dll) , penunjuknya akan terpesong dan menunjuk ke arah lain. Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.

Ini semua kerana jaminan Allah SWT yang telah diberikan dalam ayat Quran di bawah:

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” 
                       (Surah al-Anbiya: 33)

“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” 
                       (Surah Yaasin: 40)


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya umat Islam di Malaysia Khususnya dan di mana-mana sekalipun berterima kasih kepada FALAK ONLINe kerana telah menyediakan falak ini.

Terima kasih Falak Online

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian