Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Sabtu, Jun 14, 2014

Sejumlah 15,100 bakal jemaah umrah belum dapat visa (link)

Assalamualaikum pelawat budiman

Menguruskan Perkhidmatan Pakej Umrah memang sesuatu yang menguntungkan tatapi risikonya yang tinggi. Sebelum berlaku sesuatu masalah semasa mengendalikan pakej umrah, syarikat pengendali umrah denagn bangganya mengiklan dan mempromosi pekej-pakej hebat. Pelbagai pakej di perkenalkan dengan kadar bayaran dari serendah MYR4000++ sehingga ada yang melebihi MYR50,000 untuk tempoh tidak sampai 15 hari. Jika anda seorang yang suka mengembara secara budget, tentulah anda dapat mengukur tahap perbelanjaan yang sepatutnya.


Kita ambil contoh sesebuah syarikat pengendali yang membawa 400 orang jemaah x 4 kali sebulan x 9 bulan setahun. Jika mereka mengambil keuntungan bersih lebihkurang RM500/pax, jadi keuntungan setahun adalah RM500 x 400 x 4 x 9 = RM7.2juta. wowwww.   Bagaimana pula kalau keuntungan RM1000/pax.

 ps: 9 bulan di anggap masa yang penuh perjalanan umrah. Bagi tempoh lain hanya guna visa ziarah


PERNIAGAAN TAK SELALUNYA UNTUNG

Bila berlaku sesuatu bencana berkaitan dengan sesuatu perniagaan itu, peniaga itu akan mengalami penurunan untung dan kadangkala terpaksa menanggung rugi. Kalau perniagaan menguruskan pemergian jemaah umrah, tetapi jemaah umrah tak dapat di berangkatkan dari mana mereka akan memperolehi keuntungan bahkan perbelanjaan modal untuk urusan berkaitan tidak juga dapat di perolehi kembali. Inilah yang di katakan rugi bagi perniagaan seperti ini


Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik

Segala perancangan awal yang dilakukan oleh syarikat pengendali umrah (seperti mendapatkan Penerbangan terus samada ke Jeddah atau ke Madinah, mendapatkan Hotel yang berhampiran dengan Masjid dan sebagainya) tidak akan bermakna apabila Visa Umrah gagal diperolehi sebagai contohnya atau ketiadaan penerbangan kesana. Dan yang sedihnya kegagalan ini bukan atas kesilapan agensi tetapi dek kerana visa Umrah yang tidak di keluarkan tanpa sebab. Dan itulah yang dialami oleh banyak agensi travel dewasa ini.
Kegagalan memperolehi Visa memang amat mendukacitakan. Dan selalunya beban kesalahan tetap ditujukan kepada Penganjur Pakej umrah (sesuatu yang lumrah). Sedangkan ikut logik akal mana ada pengendali Pakej Umrah yang nak rugi. Tiket penerbangan sudah dibeli, manakala hotel di Tanah Suci juga sudah ditempah, dan Kursus Umrah juga sudah dibuat, itula kata-kata yang keluar dari pihak pengendali pakej umrah tetapi bila proses Visa Umrah, VISA Umrah tak keluar tanpa sebab. Pihak terlibat dgn pengendalian  mungkin tak lena tidur jika perkara sepertini belaku.

Di akhbar-akhbar utama sudah tersiar berita bahawa kira-kira 15100 jemaah Umrah yang masih belum mendapat Visa Umrah untuk ke Tanah Suci. cuba kita tinjau di akhbar-akhbar populer:



Di akhbar STAR pula melaporkan MATTA memberitahu hanya 10% dari 26000 permohonan Visa yang diluluskan pada bulan ini.  Sedihnya..

Bagi bakal umrah persendirian tidak terlibat kerana bilangan sangat kecil dalam setiap kumpulan dan mereka telah membeli tiket pergi balik serta telah menepah hotel secara berbayar. Konsulat/Kedutaan Arab Saudi  melihab perkara ini.

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian