Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Selasa, November 26, 2013

BackpackerBusuk: Umrah : Ziarah Luar Kota Madinah (Part 1)

Sambungan dari episod sebelumnya.



Sambungan dari episod sebelumnya.

Mak kejutkan aku supaya bangun dan bersiap-siap untuk solat subuh di masjid. Pagi tu temperature aku naik, panas macam cerek air. Sebenarnya aku jarang deman sebab antibodi agak kuat dan dalam setahun paling kurang sekali dua je aku demam. Tapi alhamdulillah, walaupun demam aku masih boleh bangun dan gagah ke masjid. Makan pun gagah jugak! Kalau tengok pinggan aku takde rupa orang sakit. Ok, part tu aku musykil sikit. Hahaha


Rupa-rupanya sakan betul dorang memborong semalam. Nasib baik aku tak tunggu kalau tak maunya pengsan. Mak aku beli 5 teko air....5 ok! Aku membebel sebab teko kat umah pun dah banyak, yang tambah sampai 5 bijik tu nak buat ape? Katanya nak bagi kat adik-beradik. Itu pun katanya tak cukup, satgi malam dia nak tambah lagi 4! Takpelah, asalkan mak bahagia sudah.

BackpackerBusuk: 
Umrah :  Ziarah Luar Kota Madinah (Part 1) 


Sebenarnya teko ni pada aku biasa je, mungkin sebab teko ni cuma ada kat Arab, maybe sebab tu ia femes. Nak tengok gambar tekonya? Gigih aku korek kat dapor tadi sebab nak tunjuk kat korang. Hahaha.

Mempersembahkan......teko Arab!! Amacam? Ada rupa teko Aladin tak?


tang mana yang cantik pasal teko ni? entahlah


Makcik-makcik aku pun sakan memborong....dengan jubahnya, dengan tekonya (teko lagik!), dengan baju cucunya. Aku cuma geleng kepala sebab baru hari ketiga tapi beg dah beranak. Belum sampai Mekah lagi ni, camne tu? Mak aku memang licik, memandangkan kami pegi 3 beranak, maka beliau boleh utilize luggage kitaorang dengan barangan shopping....ishk, ishk, ishk....! 


Oleh kerana malam semalam aku balik ke bilik awal, so katanya malam ni nak shopping lagi sekali sebab dia nak belikan jubah untuk aku dan adik yang bongsu. Hurm, aku kalau bab shopping memang lemah sebab penat tau masuk/keluar kedai. 


Selesai mandi kami bersiap dengan kain telekung dan berjalan ke masjid. Keluar je dari hotel mulalah terasa bahangnya. Kat sini memang sentiasa panas membahang tak kira siang malam so tak mustahil badan akan "terkejut" sebab sekejap duduk dalam ekon, sekejap duduk kat tetengah panas. 



Selesai subuh kami pulang semula ke hotel untuk bersarapan dan waktu tu jemaah diingatkan supaya berkumpul di lobi hotel pukul 6.30am untuk aktiviti ziarah luar.


Itinerary untuk ziarah luar pada hari itu ialah :

a. Perkuburan Baqi' (tanah perkuburan tertua di Madinah)
b. Masjid Quba (masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW)
c. Pasar Kurma (shopping kurma la, ape lagi?)
d. Jabal Uhud/Bukit Uhud (di sinilah berlakunya Perang Uhud dan terdapat perkuburan para Syuhada)
e. Masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat di mana sebelum arah kiblat bertukar ke Kaabah, arahnya ialah ke Masjid Al-Aqsa)


Tepat seperti waktu yang dijanjikan kesemua jemaah berkumpul di lobi hotel dan menaiki sebuah bas persiaran. Sewaktu bas bergerak meninggalkan perkarangan hotel Ustaz Zul selaku mutawif mula menyampaikan tazkirah dan bercerita tentang sejarah kota Madinah. Cerita-cerita yang disampaikan memang menarik dan kami semua khusyuk mendengarnya. Tak dinafikan Ustaz Zul memang pandai bercerita dan pengetahuan beliau tentang sejarah Islam amatlah baik.


Kami melalui kawasan Perkuburan Baqi' yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Kami tak berhenti cuma melihat sepintas lalu sewaktu bas melalui kawasan ini. Begitu luas tanah perkuburan Baqi' dan dari jauh ia kelihatan seperti sebuah tanah gersang tanpa pokok. Batu nisan di sini juga kelihatan sama tanpa sebarang ciri yang boleh membezakan di antara keduanya. Aku pernah terbaca pengalaman seorang hamba Allah yang masuk ke kawasan perkuburan ini. Katanya sukar untuk mengetahui pemilik sesebuah kubur sebab nama pemiliknya tidak tercatat di atas batu nisan. Kalau ditanya para petugas yang menjaga kawasan ini jawapan yang akan diberikan ialah, "Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui".


nisan di perkuburan Baqi'[source] 

Ok aku nak cerita sikit pasal tanah perkuburan Baqi'.

Perkuburan Baqi' merupakan sebuah tanah perkuburan yang tertua di kota Madinah dan ia wujud sejak dari zaman Jahiliyah lagi. Di sinilah bersemadinya ahli keluarga Rasulullah SAW termasuklah isteri-isteri baginda seperti Siti Aisyah (kecuali Siti Khadijah yang dikebumikan di Perkuburan Mualla di Mekah), ibu susuan baginda iaitu Halimatus Saadiah, sahabat baginda iaitu Uthman bin Affan R.A, tokoh Islam terkenal seperti Imam Malik dan lain-lain. Untuk makluman semua, hanya kaum lelaki saja yang dibenarkan masuk ke kawasan ini manakala kaum wanita dilarang sama sekali (tengok dari luar boleh, masuk ke dalam tak boleh).




Pada hari kiamat nanti umat yang pertama akan dibangkitkan di Padang Mahsyar adalah dari Perkuburan Baqi', diikuti Perkuburan Mualla dan seterusnya. Sebagai umat Islam kita digalakkan memasang niat untuk meninggal di sini kerana Rasulullah SAW telah menjanjikan syafaatnya di akhirat kelak.


Sabda Rasulullah SAW :

"Sesiapa yang mampu mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguh aku akan menjadi saksi sesiapa yang mati di sana"


Akan tetapi jika kita tak mampu, memasang niat sahaja sudah dapat pahala.

Seterusnya perjalanan kami diteruskan ke Masjid Quba. Ia adalah masjid pertama dalam sejarah Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW pada tahun 622M sewaktu baginda berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah dan masjid ini kemudiannya telah disempurnakan oleh sahabat-sahabat baginda. Arah kiblat masjid ini ditandakan sendiri oleh Rasulullah SAW mengikut perintah Allah SWT dengan bantuan malaikat Jibrail A.S. Masjid ini mempunyai 4 buah menara yang menjadikan ia sebagai identiti Masjid Quba.

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran, Surah At-Taubah (ayat 108) bahawa Masjid Quba adalah masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.





Sebelum bertolak ke sini mutawif telah mengingatkan kami supaya berwudhu dari hotel kerana kami akan menunaikan solat sunat di Masjid Quba. Sebaik saja tiba diperkarangan masjid kami diberi masa selama 20 minit untuk bersolat di dalamnya dan peluang ini rugi kalau dilepaskan sebab pahala yang dijanjikan begitu lumayan.


Sabda Rasulullah SAW :


"Barangsiapa yang mengambil wudhu di rumahnya dengan sebaik-baik wudhu dan pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, maka pahalanya seperti pahala Umrah"

Selesai menunaikan solat tahiyatul masjid dan solat sunat 2 rakaat kami bertolak meninggalkan Masjid Quba dan menuju ke Pasar Kurma yang terletak tak jauh dari situ. Kelihatan banyak pohon kurma ditanam di sepanjang jalan dan pada pengamatan aku rupa pokok kurma saling tak tumpah macam pokok kelapa sawit terutama di bahagian pelepahnya.

Hurm....inilah part yang paling melemahkan aku sebenarnya. Tau nape? Sebab kena bawak troli ikut bos bershopping. Mood aku memang kelaut sikit haritu, mungkin sebab badan masih panas sebab tu aku tak rasa teruja. Tapi aku teruja sebab boleh makan kurma free, katanya free testing, tapi dah lebih 10 bijik aku test. Hehehe. "Halal! Halal! Ambil jangan malu-malu! Ambil!". Hurm...takkan nak tolak kalau dah halal kan? Sebat jela. Oh ye, kebanyakan peniaga di sini boleh cakap Melayu dan rata-ratanya berasal dari Indonesia. Aku tak pasti dorang tu owner atau pekerja...aku tembak jela ye, sori kalau salah. Bukan kurma je ada kat sini, macam-macam ada....contohnya buah tin, kacang pistachio, buah badam, cashew nut, coklat berunsurkan kurma, nougat dan berjenis kurma yang aku sendiri pun tak tau namanya sebab aku reti makan je.




Tapi kurma yang paling sedap apa lagi kalau bukan kurma Ajwa atau lebih dikenali sebagai kurma Nabi. Kalau biasa dengar iklan bisik-bisik Yusop Taiyob mesti boleh cam dia sebut kurma Ajwa kan?


Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang memakan kurma Ajwa sebanyak 7 biji sehari, maka Allah akan memeliharanya dari terkena ilmu sihir dan racun pada hari tersebut"


Selain dapat menghindarkan dari terkena ilmu sihir, kebaikan memakan kurma Ajwa ialah ia dapat menguatkan urat perut, mengendurkan saraf serta melembutkan perangai. Melembutkan perangai? Sounds interesting! So kalau ada anak yang degil tak dengar kata, bini yang suka melawan atau laki yang ketegaq...memang elok sangat bagi dorang makan kurma ni, Insya Allah nanti lembutlah sikit.

Di sebelah Pasar Kurma ada ladang kurma dan aku tak lepaskan peluang untuk meninjau kawasan ni. Ada peniaga yang menjual kurma fresh yang baru gugur dengan tangkainya sekali tapi aku tak beli, cuma amik gambar je.




Hampir sejam kitaorang habiskan masa dan tabur duit kat sini. Nampaknya masing-masing tersengih dengan bukan 1 tapi lebih dari 1 plastik hasil borongan. Aku tengok mak aku pastu sengih. Sengih bukan ape, sengih sebab aku dah tau mesti barang-barang tu akan berpindah ke beg aku....pasti! Takpelah, asalkan mak bahagia sudah. Tapi kan, aku nak bagitau sikit....sebenarnya kalau nak shopping kurma memang elok borong banyak-banyak kat sini sebab kat Mekah harganya lebih mahal. Sama jugak dengan jubah, kat Madinah lebih murah dan design pun lebih cantik dan banyak pilihan berbanding di Mekah. Apapun jangan dok ralit sangat bershopping sampai ketepikan tujuan asal ke sini iaitu beribadah.



suasana di dalam Pasar Kurma

amacam, sempoi tak bangunan Pasar Kurma ni?






bersambung ke episod seterusnya ......................................

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teruk benar bagunaab pasar kurma, tak ada plan langsung agaknya.

Unknown berkata...

Negara Arab tertinggal kemajuan dari Malaysia selama 30 tahun

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian