Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Jumaat, November 29, 2013

PERJALANAN UMRAH ALA BACKPACKER

Perjalanan Umrah ala backpacker, mungkin Anda merasa bingung akan istilah ini. Istilah backpacker sendiri sudah populer dikalangan pecinta atau suka travel atau penghobi travelling yang biasanya dilakukan anak muda untuk menjimatkan belanja. Biasanya kita sering mendengar umrah dengan apa-apa pakej umrah, kali ini bagi saya umrah sendiri tanpa menggunakan khidmat agen pengendali umrah tidak jauh berbeza dengan yang saya sebut sebagai Umrah ala Backpacker karana semua hal dari persiapan, akomodasi, sampai pelaksanaan ibadah kitalah penentunya dan bukanagensi pengendali umrah atau haji. Dalam keadaan perbelanjaan menunaikan umrah terkini dengan perbelanjaan yang ditetapkan oleh agensi pengendali UMRAH atau HAJI, maka tidak ada salahnya anda mencuba cara ini untuk menjimatkan perbelanjaan perjalanan umrah anda. Untuk mewujudkan hal ini tentunya anda harus memiliki keberanian dan persiapan yang matang dengan mencari maklumat/info sebanyak mungkin.


Persiapan yang diperlukan :
Passport Malaysia
Passport Malaysia
  1. PM, buatlah Passport Malaysia di mana-man pejabat IMM tiga bulan lebih awal dari  perjananan yg di rancang bagi ynag buat passport satu tahun.  (Ada dua jenis passport Malaysia iaitu bagi tempoh 1 tahun dan 5 tahun.). Pastikan juga tempoh tamat passport melebihi 6 bulan selepas tamat tempoh umrah.
  2. VISA umrah, Visa di perlukan bagi kita melawat mana-mana bukan negara komenwell, Bagi perjalanan ke negara komenwell tidak di syaratkan untuk mendapatkan visa bagi perjalanan travel. Lainlah kalau untuk berkerja. Visa UMRAH tidak di keluarkan kepada orang perseorangan dan kepada mana syarikat pelancungan, hanya di keluarkan kepada syarikat  pengendali umrah yang berdaftar dengan kedutaan Arab Saudi saja. Rujuk senarai syarikat berkenaan di Jawhar. Jika kita tidak dapat visa umrah, kena buat visa ziarah.
  3. Gambar Photo - 4 keping gambar bersaiz PP dengan kelihat wajah 80% dengan berlatarbelakang putih dan tidak menutup kepala (songkok) bagi lelaki dan tidak berpurdah bagi wanita. Gambar pp yang biasa kita lihat adalah lebihkurang 60-70% saja. beritahu kedai gambar semasa ambil gambar itu bahawa gambar untuk kegunaan VISA umrah.
  4. Tiket, carilah informasi ke web yang menawarkan potongan atau special offer. waktu promosi tiket penerbangan ke Jeddah. Cuba tanyakan juga voucher hotel yang bisa disediakan oleh agent. Kalau ada penerbangan KUL- Madinah secara terus lebih baik,karana kalau turun di Jeddah kena naik Bas lama lagi perjalanan ke Madinah yang jaraknya hampir 500km, kecuali terus ke Mekkah yang jaraknya tak sampai 60 km. Tapi kalau terus ke Mekkah, kita kena pakai kain ihram dalam kapalterbang lagi sebab miqatnya sebelum Jeddah. kalau kapal terbang terus KUL- Jeddah, kena berihram di KL lagilah.
  5. Tempahan hotel untuk penginapan atau hotel. Kalau mau cara  backpacker, boleh sediakan alatan tidur nanti tidurnya di pinggir masjidil haram atau kalau tidak adapersiapan tidur masuk aja di dalam masjid karana saya banyak melihat jamaah yang melakukan hal ini terutama jamaah dari India dan Pakistan. Hati-hati terhadap barang bawaan karana banyak juga pencuri disana. Tetapi tempahan boleh juga minta bantuan mukimin yang ada di Arab Saudi, saya dapat contact person (info dari En Ade Sanjaya/ Abou Azeem yang punya pengalaman umrah back packer dari Doha) yang biasa di pakai oleh para jamaah haji atau umrah backpacker. Namanya En. Pahli nombor teliponnya +966507657094 . Beliau juga menyediakan kereta sewa atau boleh sewa (taksi kedatangan, taksi harian dan taksi ziarah ...terserah kemahuan kita). Dia juga bisa membantu mencarikan hotel sesuai dengan budget kita (dan utk mencari hotel dia cuma menolong saja). Keperluan lain adalah Catering (sarapan , makan siang, dan makan malam diantar berdasarkan pesanan jam yang diinginkan). 
  6. Kalau mau benar-benar back packer,  siapkan alatan tidur rengkas dan tidurnya dipinggir masjidil haram atau kalau tidak di tempat ramai melihat jamaah yang melakukan hal ini terutama jamaah dari India dan Pakistan. Hati-hati terhadap barang bawaan karena banyak juga pencuri disana. Boleh juga minta bantuan en Ade Sanjaya/ Abou Azeem yang punya pengalaman umrah cara ini dari Doha) yang biasa dipakai oleh para jamaah haji atau umrah cara ini. Namanya en . Pahli nombor tel +966507657094 . Beliau menyediakansewa kereta  atau bisa disewa (taksi kedatangan, taksi harian dan taksi jiarah ...terserah keinginan kita). Dia juga bisa membantu mencarikan hotel sesuai dengan budget kita (dan utk mencari hotel dia cuma menolong aja). Jasa lain adalah Catering (sarapan , makan siang, dan makan malam diantar berdasarkan pesanan jam yang diinginkan). 
  7. SAPCO Saptco BusSaptco Bus Seperti di artikal sebelum ini perkhimatan bas  SAPTCO (Saudi Arabia Public Transport Co.) dari dan ke bandar ke bandar. Perkhidmatan SAPTCo ini bukan saja untuk BAS tapi hampir semua pengangkutan darat di beberapa negara Arab. Bayaran adalah berpatutan. contohnya dari Airport Jeddah ke Madinah sekitar SR65  untuk perjalananmenghapiri 500km. Station utama bagi SAPTCo ini boleh di lihat disini.
  8.  Kendaraan lain (taxi) lain juga banyak, cuma dari beberapa pengalaman orang-orang yang menggunakan perkhidmatan taksi, pemendunya suka mengenakan bayaran tambahan dimana diperjalanan sering meminta wang tambahan dan kalau tidak diberi dia tidak segan-segan menurunkan penumpang dijalan. (tips nya kalau kejadian begini katanya telipon saja embassy/kedutaan besar dan catat no taxinya,pemandu pasti takut. Tapi ini pengalaman orang lain .saya belum lagi umrah back packer, Insya Allah akan di buat sedikit masa lagi.  

Unta Arab


Anda boleh membaca pengalaman umrah backpacker dari  cerita ini dan boleh berbincang dan bertanya banyak hal tentang cara umrah back packer.

Insya Allah saya bersama dengan keluarga seramai 10 orang plus seorang beli tiket kemudian sedang menyiapkan perjalanan ala backpacker tidak lagi, DOAkan supaya Allah permudahkan dalam semua hal termasuk pengeluaran VISA dan kesihatan kesebelasan kami. Kejayaan back packer itu akan saya kongsi kepada anda pengalaman yang akan didapati.

Tukaran RM = IDR

Jump ke artikal terkini

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian