Perhatian

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga."
Blogger TIDAK menyediakan atau menganjurkan apa-apa pakej UMRAH mahupun pakej pelancungan bentuk lain. Sebarang maklumat yang di paparkan di sini adalah sekadar pandangan serta panduan mengikut pendapat admin dan pembaca jika ada pengunjung yang mengalami apa-apa kerugian akibat membaca blog ini adalah menjadi tanggungjawab pembaca itu sendiri. Sebarang komen dalam hal berkaitan umrah back packer adalah di alu-alukan bagi membantu rakan taulan melaksanakan UMRAH secara termurah, bagaimanapun janganlah komen yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih dan berkunjunglah selalu ke blog ini.

Malaysian Ringgit Calculator

Carian

Isnin, Mac 17, 2014

Itinerary Umrah Persendirian Menggunakan Nas Air


KSA telah mengetatkan permohonan visa bermula 2013 dimana wanita 45 tahun dan kebawah serta lelaki dibawah 18 tahun WAJIB ditemani mahram…


Umrah Persendirian 
Umrah Persendirian

Umrah Persendirian
Offer Nas Air 1 Apr 2014 - 31 Mei 2014


Umrah Persendirian
Nas Air Crew


Hari Pertama

Di jadualkan terbang ke Jeddah menggunakan Nas Air sewa khas , direct flight dari KLIA pada 24 Februari 2013 pukul 12.40 tengahari. Berada di Airport seawal jam 09.00 pagi, Check in sekitar jam 11 pagi dan flight sepatutnya berlepas jam 12.40pm tapi delay sampai pukul 1.15 pm … Kebanyakan jemaah adalah yang mengikuti pakej dari beberapa syarikat TA berdasarkan bag sandang mereka dan juga pakaian yang seragam. Kumpaulan kami dan ada kumpulan lain yang jumlahnya tidak ramai setiap kumpulan yang melakukan umrah persendirian agaknya. Semasa naik pesawat sebahagian besar mula melakukan pertukaran seat, mereka ingin bersebelahan dengan keluarga mereka walaupun seat asal mereka tidak lah berjauhan sebab mereka dari kumpulan TA yang sama. Mmg tak teratur. Keadaan ini adalah salah agency mereka jugak sbb tidak di satukan tempat mereka yang pergi bersama pasangan / keluarga semasa check-in. Jemaah pun salah juga sbb sblm masuk flight Pegawai2 pengiring da pesan duduk je dulu seat as in the interery, dah take off nnt bru tuka suka sama suka. Tapi sudah tak dengar lagi, maklumlah sesetengahnya mungkin inilah kali pertama naik kapalterbang.

Umrah Persendirian
flighttime bulan april 2014
XY2   =   12.40 KUL-16.26 JED
XY1  = 20.00 JED-10.30 KUL(+1day)

Setengah jam selepas take off , NAS Air mula mengedarkan makanan tapi susah nak pilih walaupun menu yang di catatkan banyak seperti di bawah. Nasi dah tak ada maklumlah kumpulan kecil kami tak lah populer dan duduk diam aje dari awal penerbangan. Mee pun jadi lah.

Umrah Persendirian
Mee aje yang dapat.

Umrah Persendirian
Menu Dalam Rekod
Umrah Persendirian
Umrah Persendirian


Landed at Jeddah iaitu King Abdul Aziz Selatan pada  jam 5.15 pm waktu Saudi, solat zohor dan ashar yang telah di jama'.  Malangnya satu penyakit di Jeddah mana-mana terminalpun ialah nak lepas Imegresennya. Penyakit ini kena juga walaupun terminal khas untuk plane Arab saja. Bila dapat keluar, kumpulan kecil kami ambil bas kecil, coaster dan bergerak ke Madinah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk jarak sekitar 450 km, Solat magrib dan isya secara jama' di suatu tempat. akupun dah lupa apa nama tempat itu.


jom pakatpakat pergi umrah cara persendirian, jimatlah sikit dan yang penting kena tau buat sendiri tanpa panduan mutawif kecuali rakan sendiri yang lebih arif tentang ugama



Hari Ke 2

Dari hotel Al Saha Hotel, dalam ring 250m dari Masjid Nabawi. Mula dengan sembahyang subuh.
Umrah Persendirian

Umrah Persendirian


Umrah Persendirian
Ring 250m



Umrah Persendirian


Umrah Persendirian

Umrah Persendirian


Umrah Persendirian


Umrah Persendirian


Umrah Persendirian

Umrah Persendirian


Umrah Persendirian



Selepas waktu subuh, ronda Madinah

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian



Solat fardhu kat Masjid Nabawi memang kena datang awal. Kalau x, mmg xdpt masuk sbb penuh. Kalau subuh kat luar mmg kena pakai sweater. Sejuk sgt…..

Umrah Persendirian



Hari Ke 3


Okeh, kalo ikut jadual hari ni akan diadakan Ziarah Luar. En Mazlan kenalkan kami dengan mutawwif kami, pelajar di Universiti Islam Madinah Ustaz Faiz & Ustaz Nabil. Muda-muda lagi mereka berdua nih masing-masing dari Malaysia. Memula sekali kami di bawa ke Masjid Quba’, masjid pertama yang dibina mengikut sejarah Islam dan dibina atas dasar Taqwa. Sabda Nabi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba’ lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. Kami pon xlepaskan la peluang ni, solat sunnat tahiyattul masjid & solat sunnat dhuha. Tapi memang berebut2 la gamaknya. Saya xpasti la musim saya pergi nih tengah cuti ke ape tapi memang dekat mana2 pun sentiasa penuh.

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Selesai solat kami dibawa ker Jabal Uhud, kawasan perang Uhud dan terdapat Perkuburan Syuhadah Uhud disitu. Ustaz Faiz da pesan datang sini kita nak melawat para syuhadah Uhud, jadi xhormat la sekiranya kita membeli belah di situ. Memang byk gerai2 jalanan yang terdapat disitu. Kalau nak tau kisah lanjut mengenai perang Uhud bole la pegi ke link nih wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud
Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Bukit pemanah, dimana ditempatkan 50 orang pemanah di atas bukit tersebut.

Tanpa membuang masa kami terus dibawa ke Ladang Kurma, kena kejar masa sbb nak solat zuhur kat Masjid Nabawi. Haaa kat sini mmg terlupe langsung nak amek gamba sbb khusyuk sangat memilih. Orang dok excited pilih kurma saya pulak dok excited pilih coklat & manisan. 1kg – SR40. Banyak sgt pilihan, ada coklat mcm2 flavour, nougat, turkish delight & etc, juling materrrr….Yang x best berebut dengan Jemaah dari Indonesia. Sorry to say dorang nih memang menyakitkan hati. grrrrr~


Next kami ker Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh, dua2 masjid nih sempat lalu je sbb waktu da suntuk sangat nak masuk zuhur. Tgk dari dalam bus jer la…..xpela…


Umrah Persendirian
Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat)

Umrah Persendirian
Masjid Tujuh

Selesai sudah Ziarah Luar di Madinah. Kami terus segera ke Masjid Nabawi untuk solat Zuhur. Hari ini dihabiskan dengan solat fardhu di masjid dan tawaf kedai sessi 2. Adoii serius gile tgk abaya2 kat sini. Saya dengan kakak mmg da plan awal2 ktorg nak sopping kat Madinah je sbb menurut rakan2 lain Madinah lagi seronok shopping compared to Makkah. Kalo ikut pengalaman saya, saya pun bersetuju dengan kenyataan tu. Kalo kat Madinah, peniaga sana lebih mesra, mudah untuk menawar, banyak pilihan, lebih selesa, material lebih baik. Kurma Ajwa pula kami beli dengan Ustaz Faiz, SR120/kg alhamdulillah sedap kurmanya.


Selepas solat fardhu, peniaga-peniaga jalanan akan bermula membuat lelongan. Jubah perempuan boleh dpt SR30 & Jubah lelaki bole dpt serendah SR20. Untung la kakak2 & anak-anak buah kami, masing2 dapat sorang satu. Saya pulak sempat beli 3 yang cantek2. Tapi x tau la bila nak pakai. Kalau kat sana ye la hari2 pakai abaya.

Umrah Persendirian


Xpayah risau x pandai cakap arab ye kawan2. Sbb peniaga2 nih mostly tau la cakap melayu sket2. Mostly dorang akan panggil, Mari2…Murah2….Masuk Dulu…Lihat2…. Kalo nak tawar2 pon dorang paham. Biasa kalo yang jual kat tepi jalan nih Hamsa Riyal (SR5) atau Ashshara Riyal (SR10).



Hari ke4

Hari terakhir di Madinah sebelum bertolak ke Makkah. Lepas Zuhur kami buat ziarah Wida’. Selepas makan tengah hari kami terus di bawa ke Bir Ali untuk berniat Ihram.

Umrah Persendirian
Ready untuk melakukan ibadah Umrah di Makkah.

Umrah Persendirian
Miqat di Bir Ali

Solat Sunat Ihram dan Berniat Ihram di Bir Ali, bermula la menjaga pantang larang ketika dalam ihram. Mula gerak dari Bir Ali pada jam 4.30 petang. Perbanyakkan talbiah ketika di dalam bus. Hati berdebar2 untuk ke Baitullah. Macam2 perasaan yang datang. Berdoa Allah permudahkan urusan ibadah ku di sana nanti.



Labbaik ALLAH!!


Alhamdulillah, perjalanan lebih kurang 5 jam telah membawa kami ke tempat yang terlalu ingin dikunjungi, Kota Suci Makkah. Sebelum bertolak ke sini, En Mazlan ade cerita, don’t expect Makkah will be the same like Medina. First impression masa dari dalam bus lagi dah nampak Makkah sangat sibuk dengan kenderaan yang suka main hon, jemaah yang sedang jalan kaki pergi dan balik dari masjid. Kami tiba di hotel lebih kurang pukul 10mlm. Kami bawa hand carry bag ke bilik dan turun untuk makan malam. Luggage pula Hj Zaidi, mutawif kami akan uruskan. Jam 11.30 semua diminta berkumpul di lobby untuk ke masjid untuk mengerjakan umrah. Untuk umrah kali ini kami dibimbing oleh Ustaz Yusouf dan dibantu oleh En Mazlan. Hotel kami terletak lebih kurang 1km dari masjid. Jauh jugak kan, mungkin kerana terlalu banyak hotel yang dirobohkan untuk dinaik taraf, kami tercampak la jauh sedikit dari masjid. Tapi ada jemaah yang dari agency lain diletakkan lebih jauh, 3km tuh. Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada.


Kami berjalan kaki secara berbaris panjang yang diketuai oleh Ustaz Yusouf, diikuti oleh golongan wanita-wanita yang pergi bersendirian, pasangan suami isteri & keluarga dan diakhiri oleh En. Mazlan. Kami masuk ke Masjidilharam dari pintu no.1 ( King Abdul Aziz Gate). Rasanya memang gate nih paling sibuk. Perasaan berbaur2 sebelum masuk ke dalam masjid. Apekah kunjungan ku ini diterima olehNya. Terlalu banyak dosa yang dibawa bersama. Disaat melihat Kaabah di depan mata, hati terkedu, ya Allah terima kasih kerana telah menjemput ku kemari. Kami memulakan tawaf umrah. Secara jujur masa tawaaf kali ni saya memang xbole nak focus untuk baca doa. Sbb masa tu ramai yang tolak2, ada group yang baca doa kuat2, nak tgk buku pun susah. Mungkin kali pertama dan x biasa dengan keadaan sebegitu. Setelah selesai 7 kali pusingan kami solat sunnat tawaaf di hadapan kaabah.


Setelah semua berkumpul, kami terus ke Safa Marwah untuk Saie. Saie mmg sedikit tough, sebab jauh perjalanannya. 450m x 7 = 3150m. Alhamdulillah walaupun terlalu ramai jemaah yang mengerjakan umrah rata2 dari Malaysia, Indonesia, India, Turki & Pakistan, kami dapat menyempurnakan umrah pertama kami pada jam 3pagi. Selesai bertahallul, kami terus balik ke hotel
Umrah Persendirian


Umrah Persendirian


Untuk hari ke 5 & 6 memang tiada aktiviti dengan group agensi, so kitorg bebas untuk dua hari tersebut. Aktiviti saya dengan kakak macam biasa je, pergi masjid untuk solat fardhu & buat tawaf sunnat. Masa buat tawaf sunnat tuh, saya dan kakak berpeluang memasuki kawasan Hijr Ismail, tapi kerana ramai yang berpusu2 kat dalam tuh, x dapat la kami nak solat sunnat. Hanya dapat berdoa. Saya berpeluang untuk memegang kain Kaabah. Ya Allah, bau wangi melekat ditelapak tangan saya selepas saya menyentuhnya. Masa kat Makkah nih mmg kami dah xade passion sgt nak tawaf kedai. Mungkin jauh sangat berulang alik jalan kaki ke masjid buat kami letih dan x berminat nak masuk kedai yang ada disepanjang jalan ke hotel. Cuma masa kat Mekah kami banyak habiskan duit utk makanan. Boleh kata hari2 kami makan kebab & nasi arab dekat al-Tazaj.




Hari ke 7


Untuk hari ini seperti yang telah dijadualkan, kami akan dibawa ziarah ke beberapa tempat sekitar Kota Mekah. Mutawif kami hari ni Ustaz Zaidi yang berasal dari Kelantan tapi da berbelas tahun tinggal di Mekah. Tempat pertama kami lawat adalah Jabal Thur, tempat dimana Rasulullah SAW & Saidina Abu Bakar bersembunyi dari bani Quraisy ketika penghijrahan Baginda ke Madinah. Jabal Thur ni tinggi, memang xada orang yang panjat. Kalau ade, memang ler saye teringin sgt nak naik.

Umrah Persendirian


Kemudian kami terus di bawa ke Jabal Rahmah. Ya Allah, akhirnya sampai juga kami disini. Saya dan kakak memang da plan nak naik Jabal Rahmah. Kami di bahagikan kepada dua kumpulan, yang nak naik Jabal Rahmah akan ikut Ustaz Zaidi, yang xnak naik akan ikut En Mazlan. Jiran bilik sebelah kami, Makcik Sharifah & Makcik Sabariah, masing2 da masuk 60 tapi masyaALLAH, masih kuat bertenaga. Saya dengan kakak kena tinggal dengan dorang, dorang siap lambai2 lagi dari atas. Oleh kerana terlalu ramai orang berpusu naik & turun menggunakan tangga, saya menggunakan alternative lain dengan memanjat batu2 tersebut. Nasib la pakai seluar mudah la nak memanjat. Akhirnya kami tiba di puncak Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah berpuluh tahun terpisah. Berdoa untuk diri sendiri dan sahabat2 yang masih belum di kurniakan jodoh. “ya Allah ringankan la jodoh untuk ku, berikan la ku jodoh yang beriman…….”

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian
Makcik Sharifah & Makcik Sabariah yang sgt baik…

Kami meninggalkan Jabal Rahmah dengan penuh pengharapan, berharap agar doa kami diterima olehMu Ya Allah.

Kemudian kami dibawa ke Mina & Mudzalifah. My first impression masa lalu dikawasan tersebut was like, Ya Allah mampu kah aku untk berada di sini untuk menunaikan fardhu Haji nnt. Kawasan yang tandus dan panas. Tapi skang nih kerajaan Arab Saudi dalam usaha untuk menanam pokok dikawasan2 tersebut. Jika berkemampuan inshaaAllah aku ingin menunaikan Haji ketika masih bertenaga.
Umrah Persendirian
One of the Jamraah, tempat untuk melontar bagi jemaah yang menunaikan Haji.

Kemudian kami terus di bawa ke Masjid di Jaraanah untuk bermiqat dan berniat ihram bagi mereka yang akan menunaikan umrah. Selesai menunaikan solat sunat ihram kami terus naik ke bus dan pulang ke hotel. Kali ni kami menunaikan umrah berdua je tanpa pembimbing. Kami mulakan tawaf sebelum Asar dan Saie selepas Asar. Kemudian kami beriktikaf sehingga selesai solat isyak.

Umrah Persendirian
Dibawah matahari pada suhu 35c & i get tanned……Kalau duk malaysia pun da ngeluh2 panas kat sini lg panas….




Hari ke 8

Kami direhatkan dari aktiviti ziarah hari ni. Kakak saya pula dah mula demam sbb semalam kami dapat solat Asar di dataran di hadapan Kaabah. Suhu ketika tuh lebih kurang 35c. Hari ni memang kaki dah mula terasa sangat sakit, nak sujud tuh ya Allah sakitnya……Nasibla masa kat Malaysia da siap2 beli Salonpas 2boxes & Panadol Extend 1 box. Alhamdulillah masih kuat untuk ke masjid & dapat la juga buat tawaf sunnat.
Umrah Persendirian
Almose half of the area of the Mosque has been demolished in order to rebuild & expand.



Hari ke 9


Kami di bawa ziarah ke Hudaibiyah. Kali ni bersama Ustaz Ali. Kami di bawa ke ladang unta untuk destinasi pertama. U can taste the fresh milk for SR5/bottle. Kalau tanya saya, saya rasa rasa susu unta tuh ada rasa cam santan la (nih mesti kes rindu benor nak buat kuih).

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian


Kemudian kami di bawa ke perkampungan hudaibiyah untuk bermiqat & berniat ihram. Kali ni saya akan melakukan umrah bersendirian sebab mak da sakit kaki dan kakak da demam. Masjid kat sini kecik jer. Dekat sebelah belakang masih ada kesan tinggalan masjid lama yang dibina masa zaman nabi. Xsempat pulak nak ambil sebarang gambar masa kat sini. Something unforgettable happen here bila ambil wuduk. Masa tengah berkumur, terus terkujat sebab air dari paip tuh masin macam air laut. Kat sini memang kawasan padang pasir, mungkin bekalan air susah sket kot kat sini. Alhamdulillah dapat solat sunat ihram dalam masjid nih, sbb ramai makcik2 yang x turun sebab ramai sgt orang kat dalam masjid.

Kami tiba di hotel lebih kurang jam 10.15pagi. Ustaz Ali menawarkan upah untuk mewakafkan AlQuran di Masjidilharam dengan bayaran sebanyak SR55 atau RM50. Jam 10.30 pagi saya terus berjalan kaki ke masjid. Mula tawaf lebih kurang jam 11 dan selesai saie jam 12.20. Alhamdulillah. Walaupun dengan matahari yang berada di atas kepala dan dengan keadaan kaki yang terlalu sakit, masih mampu untuk menyempurnakan umrah. Tawaf & saie bersendirian lebih mudah dan cepat kerana mudah untuk kita menyelit. Selesai solat zuhur saya terus pulang ke hotel. Berehat sementara menanti Asar.


Hari ke 10

Hari terakhir di kota Mekah. En Mazlan beri sedikit penerangan mengenai Tawaf Wida. Kami akan berangkat pulang selepas Asar. Selesai tawaf wida, kita memang x dibenarkan untuk membeli apa-apa pun di Mekah, tidak dibenarkan untuk bersenang2/tido kat bilik hotel. Jadi kami menyempurnakan tawaf wida selesai solat zuhur. Kami lakukan secara perlahan sebab keadaan mak yang sakit kaki. Selesai tawaf kami menyempurnakan solat sunat dan berdoa dihadapan Kaabah buat kali terakhir. Air mata mula berlinang di hadapan Multazam. Ya Allah terima kasih kerana diberi peluang ini dan semoga diberi peluang untuk berada di sini lagi nanti. Sayunya hati ku ini. Air mata terus mengalir disaat kaki mula melangkah pergi. Lambaian dan kucupan terakhir saya tinggalkan bersama air mata.

Balik ke hotel lebih kurang jam 2.30, makan tengah hari dan menanti waktu Asar yang akan masuk pada jam 3.55ptg. Selesai solat Asar kami meninggalkan bilik hotel dan terus menaiki bus untuk ke Jeddah.

Bertolak pada jam hampir ke 5 ptg dan tiba di Masjid AlRahmah Jeddah pada jam 6.30ptg, hampir masuk waktu Maghrib. Sempurnakan Jamak Takdim Maghrib & Isyak di masjid tersebut. Dan kami di jamu dengan Nasi Ayam Penyet di situ.

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Umrah Persendirian

Kami terus dibawa ke King Abdul Aziz Airport Selatan. Flight kami akan berlepas pada jam 1 pagi.




Hari ke 11

Selamat tiba di KLIA. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sempurnalah urusan umrah kami. Masa solat zuhur kat senai serius rase lain sangat. Masa tuh da wujud rasa rindu pada Baitullah. Harap2 masih berpeluang untuk kesana lagi one fine day.




Tips yang saya rasa boleh untuk dikongsikan…

Medicine Supply; Bawalah ubat secukupnya. Antara yang wajib bawa adalah Ubat batuk, ubat sakit tekak, paracetamol, panadol extend, salonpas, vicks, tiger balm, Moisturiser (kulit mesti akan kering kat sana, kalo moisturiser anda kurang berkesan cubalah sapu dengan air zamzam), lip balm. Air zamzam memang kena selalu minum.

Niqab / Face mask kene selalu pakai. Kat sana berpasir & berhabuk nak2 tengah major renovation sekang nih. Niqab kat sane SR10, kalo pandai bargain ble la dpt SR5.

Selipar/Kasut: Jangan risau kasut hilang, inshaaAllah selamat. Saya biasa gunakan pintu King Abd Aziz, kat situ memang sibuk sket. Kalo lama kat masjid saya x advice anda untuk letak kasut kat rak kasut kat pintu masuk. Sbb mengikut perhatian saya mereka yang hilang kasut akan selamba amik kasut orang lain kat situ. So better letak kat tempat letak kasut belah dalam masjid. So far kami letak kat belah dalam masjid, Alhamdulillah kasut x pena ilang. Plastik memang disediakan dalam masjid, tp kalo nak senang kenal baik bwk plastic/karung kasut sendiri.

Stokin: Bagi jemaah wanita, bawalah stokin yang ade tapak yg kasar / kasut khuf. Mudah untuk tawaf dan saie. Kalo xsempat nak beli kat sane pun ada jual jugak. Tapi so far saya selesa dengan stokin korea yang bole dibeli secara online. So everytime solat saya akan pakai juga just in case socks saya pakai jarang & bole menampakkan kaki.


Stokin Korea. Ble try google k?…


Sedekah: Saya tak pernah beri sedekah dekat peminta sedekah di jalanan, with some bad reviews from others buat saya takut, ramai yang akan kejar nnt. So saya prefer bersedekah untuk pekerja-pekerja masjid.

Security: Kalo dkt Masjidil Haram x ketat sgt. Mostly memang xde org jaga pun. Tapi kalo dekat Masjid Nabawi mmg sgt ketat. Setiap pintu mesti ada pengawal yang akan periksa beg. Org ckp x le bawak hp tp saya tengok org-org arab selamber je amek gamba & wat phone call dalam masjid. Saya mmg bwk hp masuk masjid tp masukkan hp dalam beg kecik & selitkan la kat bawah2 sling bag yang selalu bawak tuh kan. So far xpena la kene tahan.

Tiada ulasan:

Catatan Popular



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Visitor Umrah Persendirian