Tambah kapsyen |
Mulai 01 april 2014 yang akan tiba tidak lama lagi, Perkhidmatan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Arab Saudi iaitu Nas Air telah melancarkan penerbangan tambang murah keseluruh dunia termasuklah sector Jeddah ke Kuala Lumpur dan balik Kuala Lumpur ke Jeddah.
Sebenarnya saya telah membuat search pada dari 01 april 2014
sehingga akhir mei 2014 untuk sector KUL-JED dan sebaliknya. Saya
dapati hanya bila di letakan 5 penumpang sahaja yang boleh dapat pada harga
SAR1000 untuk penerbangan KUL-JED dan JED-KUL boleh dapat SAR999.
Ramai yang memandang sepi bila disebut Nas Air terbang Kuala
Lumpur ke Jeddah. Pertanyaan yang selalu ditanya oleh bakal jemaah ialah “ada
ke makanan yang dihidang untuk jemaah dalam flight ?”. Atau nak makanan kena
beli ke? Seat dia mesti kecil dan tegak aje macam seat penerbangan murah sektor domestik. Sila search ke nasair dengan web flynas.com dan akan dapat semua maklumat yang anda fikirkan.
Makanan di dalam flight ?
Pengalaman menaiki pesawat Nas ke Jeddah merupakan
pengalaman kali pertama bagi saya. Dan yang pasti memang ada makanan yang
dihidangkan di dalam flight. Sama seperti penerbangan lain, makanan dihidangkan
2 kali iaitu kali pertama setelah kira-kira 1 jam atau 2 jam flight berada di
ruang angkasa dan kali kedua kira-kira 2 jam sebelum flight mendarat. Menu yang
dihidangkan samada seperti menu di bawah.
Seat di dalam flight ?
Seat dalam flight untuk kelas Perniagaan tidaklah banyak
seperti flight komersial yang lain. Hanya ada 4 seat sahaja. Manakala untuk
seat Ekonomi sama macam flight yang lain. Ada 3 kerusi di bahagian tepi kanan dan 3 kerusi di bahagian tepi kiri. C. Dan yang penting kerusi dalam flight boleh diadjust
untuk bersandar. Tidak seperti flight domestik. kerusibersaiz 32".
Check in
Kuala Lumpur di KLIA
Jeddah di King Abdulaziz International Airport - Southern Terminal
Semasa check in bagasi di KLIA, setiap
penumpang hanya dibenarkan membawa bagasi tidak lebih dari 20kg. Manakala
semasa balik, setiap penumpang dibenarkan membawa muatan bagasi tidak lebih
dari 30kg . Dan tambahan air zam zam 10 liter.
Khidmat Paramugari ?
Pakaian Paramugari bertudung kepala sangat menarik dan sopan.
Tidak seperti pakaian Paramugari tempatan NAS yang lain. Layanan paramugari juga mesra seperti paramugari Pesawat Antarabangsa yang lain.
Dengan kata lain, tidak ada masalah jika bakal-bakal jemaah memilih Pesawat
Nas Air. Yang penting dapat cepat sampai ke Arab Saudi kerana penerbangan terus.
KABIN BAGASI
Setiap Pelanggan boleh membawa satu (1) bagasi kabin 56cm H maksimum , 36 cm W, 23cm D dan berat maksimum 7kg. Anda juga boleh membawa kes komputer riba yang kecil atau beg tangan yang mesti cukup kecil untuk dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan anda. Jika Bagasi Kabin anda melebihi dimensi maksimum atau berat, atau jika kita membuat keputusan ia tidak selamat , anda perlu menyerahkan sebagai Hold Bagasi. Yuran Bagasi berlebihan akan dikenakan jika Bagasi tangan anda melebihi Peruntukan Bagasi anda. Sila ambil perhatian bahawa disebabkan prosedur keselamatan lapangan terbang anda adalah terhad kepada 100ml setiap cecair, aerosol dan / atau Gel Bagasi Kabin anda. Ini mesti dibawa di dalam beg plastik ditutup semula pula telus dengan kapasiti maksimum 500ml . Ini tidak termasuk ubat-ubatan dan makanan bayi.
BAGASI
Pelanggan Kelas Perniagaan boleh mendaftar masuk sehingga dua ( 2) Hold dengan dimensi maksimum 81sm H, 119cm W, 119cm D dan pemberat tidak lebih daripada 25kg setiap , Jika anda ingin mendaftar masuk barangan dan / atau berat tambahan ini akan diterima tertakluk kepada ketersediaan ruang dan pembayaran yuran Bagasi berlebihan .
Pelanggan ekonomi boleh mendaftar masuk 1 beg dimensi maksimum 81sm x 119cm x 119, beratnya tidak lebih daripada 20kg . Jika anda ingin mendaftar dalam beg tambahan anda boleh menyimpan sehingga 50% dengan membayar untuk Lebihan Bagasi anda terlebih dahulu perjalanan.
Sila ambil perhatian bahawa atas sebab-sebab keselamatan kita tidak dapat menerima apa-apa barang daripada Bagasi lebih 32kg dalam berat badan.
Mesti menunjukkan Bagasi bimbit di kaunter daftar masuk apabila anda tiba di lapangan terbang untuk penerbangan anda, sila pastikan semua item telah ditag untuk pengenalan.
Apabila anda daftar masuk Bagasi tangan anda, akan di berikan " Tag Pengenalan Bagasi " bagi setiap unit, ini adalah penerimaan anda yang anda mesti menyimpan sehingga anda mengumpul bagasi anda di destinasi anda.
HOLD (CHECKED) BAGGAGE
LEBIHAN BAGASI Penerimaan dan pengangkutan Bagasi berlebihan akan tertakluk kepada budi bicara mutlak flynas ' mengikut peruntukan flynas bagasi dan tidak boleh dijamin.
Jika anda merancang untuk umrah dengan lebih daripada Peruntukan Bagasi Pegang anda, anda boleh menyimpan sehingga 50 peratus dengan membayar terlebih dahulu.
Jadual Flight ?
Selepas selesai urusan Imigresen, jemaah akan dibawa menaiki bas menuju ke Madinah. Bagi jemaah yang memilih meneruskan penerbangan ke Madinah juga menaiki Nas Air dngn kadar SAR109 pada pagi selepas subuh.
Kesimpulannya, flight Nas Air ini tidaklah sama seperti nas air yang lain dan juga sama seperti MAS. Dan yang penting
sekali apabila dapat harga tiket yang murah berbanding yang lain, maka jemaah persendirian boleh menempah hotel ekonomi yang tidaklah terlalu jauh
dari Masjidil Haram terutama untuk musim Umrah cuti sekolah Mei-Jun ini nanti.
Jumpa lagi dan Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan